Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 14 Julai 2011

Apa Kaitan Antara Anak Menyembur, Mak Gugur Rambut??

Kata orang tua-tua kalo anak (read:baby) dah start menyembur, mak anak akan keguguran rambut. Kenapa eh?? Memanglah takde bukti sains yang kukuh nak sokong andaian tu tapi aku perasan setiapkali anak-anak aku menyembur air liur, haaaaa rambut aku akan gugur dengan jayanya *seb baik tak botak tau*

Kalau sekali sikat rambut, bukan selai dua malah berpuluh-puluh helai rambut aku gugur dengan jayanya, tu tak tengok atas katil lagi, penuh ngan rambut-rambut halus bertaburan..Dalam toilet je, sekali mandi dah penuh dah kat lubang-lubang salur air tu..Isy..isy..

Tapi aku tak risau sangat sebab dah biasa dah terjadi kejadian ni (3 orang anak, 3 kali botak hampir-hampir botak) so takderlah sampai nak g buat treatment bagai..Lagipun Alhamdulillah, rambut aku jenis hitam & lebat, Ameera tu ikut akulah tu *kembang hidung* nak tengok rambut aku, tengok rambut anak aku;)

Pasni kalau mengandung (jangan bulan ni atau bulan depan sudahlah), lebat baliklah nanti rambut aku..Selalu macam tu, lebat..luruh..lebat..luruh..Aisy, tua sudah T__T



ini gambar budak bebab tengah main air liur, bersungguh menyembur buat buih macam buih ketam buat tu..pastu tak cukup ngan tu, suka makan penumbuk sendiri..Huhuhu..Seb baik penumbuk sendiri, kalau penumbuk mama camno;P

haritu kena gigit nyamuk, banyak juga..sian Ashraf..mama tak pandai jaga anak..Cikgu Ashraf yang jaga Ashraf kat nurseri siap marahkan aku cakap tak jaga Ashraf elok-elok..Amboi, ni anak sape ni?? Mama dia rilek je orang lain hak bising..Hahahaa..Bukan aku xreti jaga anak, tapi nyamuk kat dalam bilik aku ni kebal sangat, entah ilmu pendinding ape ntah yang dia pakai..AKu pasang ubat nyamuk hak jenis letrik tu pon xjalan..Siap pusing-pusing depan aku lagi..Chesss!! Nyamuk ni aku bakor karang!!!



Sekarang ni aku sembur dulu dengan racun serangga (panggilan yang betul kepada ubat nyamuk ya adik-adik) pastu baru bawa masuk Ashraf dalam bilik tu..Barulah mampos semua nyamuk-nyamuk ittew..Hahahaha



Oklah, apa motip cerita pasal nyamuk plak...



Korang pernah alami tak sindrom keguguran rambut selepas bersalin??Kalau ya, korang buat apa ya??

4 ulasan:

Nur berkata...

Very True! and weird.. masa lepas bersalin selalu dengar so called pepatah ni tpai tak percaya. masa Amir 3-4 bulan dia mmg dok main air liur dan mmg luruh rambut. Tapi masa 6-7 bulan die dah tak main liur, keguguran rambut adalah kadar normal. hmm pelik. takde buat ape2 pun.

jane_doe3328 berkata...

ada sebenarnya scientific correlation antara budak menyembur dengan gugur rambut nie. masa preggykan kita punya hormon berubah, which at that time rambut/bulu akan tumbuh lebih byk/ lebat.

jadinya, after giving birth the hormone change back to the state before pregnancy. so rambut/bulu yang terlebih tumbuh dulu akan gugur. normally benda nie jadi 3-6 months after, which at the same time masa budak tu at that age they just explore their tongue and dok sibuk nyembur air liur :D

Unaizah berkata...

Redha je la...hihi

Lily@MamaZaraZareef berkata...

bulatnye mata asyraf!!!!hehehe..nway..sama perangai ngan zareef,,suka makan penumbuk sndiri..kekekekke

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^