Bagi mereka yang tak pernah menjejakkan kaki lagi ke Cameron Highland, meh aku nak bagi beberapa tips sket yang dapat aku kongsikan bersama..Senang nanti bila korang nak g sana korang dah boleh expect apa yang menarik kat sana. Tapi takderlah secara details sangat sebab aku pun bukannya g lama, 2 hari jek
*tupon nak kecoh ke*1) Perjalanan ke sana memanglah akan melalui jalan yang agak berliku-liku..Tapi orang cakap kalau dari highway PLUS tu, amik exit Simpang Pulai, jangan naik ikut exit Tapah sebab katanya jalan teruk ikut situ..so memang kami ni lalu pergi & balik ikut Simpang Pulai. Jalan yang elok
*bak kata dioranglah kan* pun boleh buat aku pening, nak-nak bila pergi time weekend ni bersiap sedialah nak menempuhi jem, jalan kecik pastu naik turun bukit, kalau boleh setiapkali jumpa stesen minyak, isi full tank terus, nanti takderlah dok berdebar-debar bila tengok tangki kosong kan;P
2) Hotel pula memang banyak, yang penting korang kena rajin survey. Kalau nak pergi berkumpulan, eloklah booking apartment yang fully furnished tu, memang puas hati!! Tapi, kalau setakat nak pergi berjalan-jalan dengan laki bini, aku nasihatkan cari yang terletak kat Berinchang. Bukan apa, kalau malas nak bersesak-sesak cari parking boleh jalan kaki je ke pasar malam Berinchang tu. Kalau nak kan ketenangan, cariklah area Tanah Rata..Kalau di bandar Berinchang, banyak kedai makan,restoran Thai ada, steam boat ada, KFC ada..Kalau Tanah Rata pun sama juga, Marry Brown ada, Starbuck ada, kedai nasi kandar pun ada..Percayalah, kalau korang duduk kat sini, perut asyik lapor aje..hehe
3) Strawberry Farm memang berlambak..Paling best sebab kita boleh petik sendiri fresh dari ladang & of courselah kena bayar kan
*takkan free kot* tapi aku haritu tak berkesempatan pon sebab pergi lewat sangat, semua strawberry dah kena petik dah pon. Ikutkan boleh singgah ladang yang lain tapi dek kerana malas, aku petik strawberry kat pasar tepi jalan tu je;P
Kakak ipar aku sempat masuk petik, katanya RM18 untuk setengah kilo, diorang main petik-petik sampai terlebih sekilo kena bayar RM50..Pasar tempat aku petik buah tu terletak sebelum pasar malam Berinchang, RM10 untuk 4 kotak kecil strawberry. Duduk sana nanti muntahlah korang makan strawberry, strawberry celup coklat (RM5 untuk 3 cucuk), dadih strawberry, ais krim strawberry, air strawberry, apa lagi?? Sampai
cherry berry aku makan strawberry tau;P
strawberry ni rasanya masam ya anak-anak (image dari google)
4) Pasar Malam Berinchang memang best!! Semua jenis makanan ada tapi mostly banyak yang goreng-goreng je, aku perasan ada satu je gerai jual nasi bungkus yang lain banyak jual benda merapu-rapu yang boleh merabakkan poket korang secara tak sedar..Yerlah, jalan sket beli cendawan goreng RM5 semangkuk kecil..Jalan kejap lagi beli strawberry celup coklat RM5 plak melayang..Pastu terliur plak jagung bakar RM3 ntok sebatang jagung tau..Tapi tak kisahlah sebab memang sedap jagung bakar / rebus yang dijual kat situ. Pastu terliur plak daun bayam goreng celup tepunglah, kimcai gorenglah..Pendek kata segala daun2 yang korang tak kan makan kat bawah ni sedap di atas sana;P *nampak sangat pelapar* Pastu ada juga tempat jual keychain & fridge magnet & baju..Aku belikan baju tidur ada gambar strawberry 2 helai untuk anak-anak aku pada harga RM15 sepasang, aku rasa berbaloi sebab kainnya yang tebal. Kalau FM, toksah beli sebab RM10 untuk 4 pcs sedangkan aku boleh dapat harga RM1/pc di kedai cenderamata tepi jalan tu..Kalau key chain, ada yang RM1/pc so boleh campur-campur..
image dari google
5) Sayur memang murah & segar..aku yang jarang masak nipun boleh naik gila pilih sayur-sayur padahal bila bawak balik takdan nak masak & kuning dalam peti ais jugak..so mak-mak budak yang kejenya bukan memasak 24 jam, berpada-padalah bila membeli sayur kat situ. Memanglah MURAH katanya, yelah RM10 boleh dapat 10 peket sayur hijau kecil-kecil tapi kalau setakat nak makan 2,3 orang..tak berbaloi untuk beli..Kalau nak belikan untuk anak beranak, haaa ni boleh..bagi Mak Jah cili padi sepeket, Mak Limah sayur sawi, Mak Uda kacang buncis..Hehehe..Gurau je;P Lagi satu, jagung-jagung manis yang makan kat situ bukan main lagi manisnya sampai nak hisap ke pulur (batang) *ops kelucahan sket* tapi once dah jejak bumi rata ni, sikit pon tak manis ok!! ada lagi jagung yang kami dok berebut atas sana dalam peti ais rumah aku ni, tak manis hoccay!!
6) Teh pun berlambak-lambak kat sana..Kalau tak silap ada Ladang Teh BOH plantation ngan Cameron Valley (Bharat ke apa nama plantation tu). Tapi kan, yang kelakarnya, segelas teh kat atas sana punyalah mencekik darah!! huhuhuhu..tapi aku tengok ramai je yang minum *nak amik feel sedut teh depan ladang tehlah katakan* tapi aku xbeli pon..bagi orang kedekut macam aku ni, xkoser nak bazir duit semata-mata nak minum teh tarik, balik rumah buat sendirik lagi puas hati;P Lagi satu, janganlah beli teh kat kedai souvenir plantation tu, MAHAL & harga tak boleh tawar langsung!! Pelancung-pelancung oversea ramailah yang tertipu..hehehe..Pastu teh jenama Cameron Valley hak macam-macam perisa tu boleh dapat pada harga RM10 untuk 2 kotak tapi aku tak beli pun sebab orang kata tak sedap. Aku pernah rasa dulu & memang not my taste so better beli teh BOH yang biasa tu je tapi baik beli kat TESCO sebab dapat harga lagi murah;P
7) Owh kat situ aku perasan ada orang jual jambu epal..Rupa-rupanya itu buah jambu yang dikupas kulit & direndam pewarna so nampak macam ala-ala buah epal..sila jangan jakun beli ok!!
8) Cuaca kat sini confirmlah sejuk kan. Masa aku g ni bukannya time hujan gerimis tupon dah sejuk..Rumah aprtment kami ni takde kipas / aircond pon..air paip hak keluar tu sejuk gila sampai rasa tak nak basuh muka. Mandi takde masalah sebab ada water heater..Pada yang ada anak-anak kecil, aku nasihatkan bawa sweater / baju lengan panjang untuk dipakai di sana. Anak-anak aku siap pakai stokin lagi & tidur pun berselimut youu (kecuali Husna yang memang kulit tebal sampai boleh tidur pakai pampers je dalam air cond)..Huhuhuu..Alhamdulillah, seb baik bila balik sini diorang tak kena demam, aku lak yang lebih-lebih sakit tekak & selsema;P
Itu jelah yang sempat aku kongsikan. Banyak juga tempat aku terlepas macam Rose Valley, Cactus Valley, tak sempat pon nak feeling ala-ala #NoraElena kat situ..Hahaha..Nampak dah bunga-bunga segar kat situ tapi sedih pasai laki aku tak seromantik Seth nak surprisekan Nora dengan beli bunga penuh bonet keta. Versi laki aku dia cakap "Hah, mama gi lah beli sendiri" T__T
Lepas ni kalau boleh nak pergi lagi tapi tak naklah dalam masa terdekat ni sebab sekarang pun masih pening bila teringatkan jalan naik ke situ..Ni aku duduk belakang macam mem besar, kalau drive sendiri macamanalah..Huhuhuhu..Apa-apa pon, kalau setakat nak merasa angin sejuk, bolehlah pergi..Kalau selalu..huhuhu..Mintak mahap..Baik aku jajah shopping mall;P
4 ulasan:
dah lama tak pergi sana.last time pergi,strawberi tak banyak so no chance petik strawberi.lepas ni nak gi sana sbb nak feeling2 nora elena.boleh?hehe
rindu ngan ladang teh cameron hland..tak tau apsal jatuh chenta sgt ngan ladang teh tuh..last pergi bulan jan arituh..rasa nk pergi lagi jek..huhu
zaila
x pernah lagi bawak anak2 pg sana..sbb mengingatkan jalan dia yg berliku2 tuh yg rasa mcm x konfiden jek..
terfikir nak ke sini cuti nanti. Ada cadangan best hotel? bugdet sederhana? 1st nak stay CH..
Catat Ulasan