Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 30 April 2014

Alhamdulillah Catuan Air di Selangor Sudah Tamat


Assalamualaikum,

SHAH ALAM: Catuan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya membabitkan kira-kira 2.2 juta akaun pengguna sejak awal Mac lalu, akan ditamatkan serentak mulai esok. 

Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, sebentar tadi. 

Khalid berkata, keputusan menamatkan catuan air itu dibuat kerana yakin bekalan sedia ada mampu menampung permintaan untuk tempoh lima hingga enam bulan. 


Katanya, kerajaan negeri tidak perlu menunggu empangan mencapai takungan 50 peratus kerana yakin usaha yang dilaksanakan seperti mengepam air kolam selain hujan berterusan di kawasab tadahan hujan dapat meningkatkan bekalan. 

"Buat masa ini jumlah bekalan air di tiga empangan utama iaitu Empangan Sungai Selangor, Empangan Sungai Tinggi dan Empangan Klang Gates berada pada paras 40 peratus," katanya.

Khalid juga berkata, Selangor berhasrat menggunakan kepakaran Thailand bagi menjalankan pembenihan awan menerusi kaedah 'Enjectable Flare Rack'. 

Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi mendapatkan sokongan dan kebenaran Kerajaan Persekutuan. 
"Berdasarkan maklumat yang diperoleh terdapat sekatan untuk melakukan teknik ini kerana dipercayai mempunyai unsur yang mungkin memberi kesan kepada isu keselamatan negara," katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Catuanairdihentiserentakesok

Alhamdulillah, akhirnya berita gembira bagi semua rakyat Selangor yang terlibat dengan catuan air. Esok bolehlah guna air dengan suka hati. Kalau tak, mesti takut-takut nak membazir sebab dibuatnya air takungan habis kang naye :P

Pengalaman aku sepanjang berlaku catuan air sebenarnya tidaklah seteruk pengalaman orang lain. Memang bersyukur sangat-sangat sebab walaupun rumah kami terlibat juga dalam catuan air tapi bekalan air masih mencukupi buat kami sekeluarga (air tangki cukup untuk bekalan 2 hari). Yang bagusnya, jadual aku membasuh pakaian juga telah ditetapkan selang 2 hari iaitu apabila air sudah ada. Masa ini memang pulun lah membasuh segala pakaian kotor dan baju kerja en suami. Jika hari air dicatu, kita rilek-rilek aje di rumah dan kadang-kadang makan tengahari pun en suami yang belikan sebab air tidak ada di sinki dapur :)

Memang sentiasa ada hikmah yang tersembunyi bukan? Bil air bulan lepas pun percuma, harap-harap bulan ini juga sama memandangkan penggunaan air tidak sebanyak dulu.

Oklah, sehingga bertemu lagi. Sejak dua menjak ni, aku memang sibuk sikit. Maklumlah sudah ada projek baru iaitu projek ejen jualan raya. Alhamdulillah sambutan memang menggalakkan dan ramai juga yangmendaftarkan diri.

Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^