Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 5 Mei 2014

Penangan Nasi Arab Home Made

Assalamualaikum,

Kita mulakan hari Isnin ini dengan sesi tayangan gambar nasi arab "home made" al Bayt. Tapi ini bukan aku yang masak, tapi gambar-gambar ini diambil dari pelanggan-pelanggan yang telah berpuas hati dengan pes segera nasi arab ini.

Pelanggan pertama sudah tentulah adik beradik ipar duai aku. Kak Ni ini tinggal di Karak, hari tu Kak Ni beli Mandy Kambing. Semalam baru berkesempatan untuk buat.


Macam biasa, bukti kena ada :)


Ini pula gambar yang dihantar. Sampaikan aku telan air liur sebab terliurkan nasi mandy kambing ini.

Di bawah ini pula adalah masakan dari Kak Rafeah dari Johor. Beliau memilih untuk memasak Mandy Ayam. Katanya suami dan anak-anak cukup suka sampai tak sempat nak tunggu nasi dihidangkan semua dah pakat minta nasi :)


Ini pula gambar sebelum penyediaan nasi di mana beras basmathi sudah disediakan siap-siap di dalam kotak pes nasi arab ini.


Rempah untuk perap ayam pun juga telah disediakan. Pendek kata tak payah nak pening-pening cari resepi lagi. Hanya ikut sahaja apa yang tertera di kotak. Sampaikan resepi untuk buat salad pun ada di beritahu juga. Cukup mudah! Yang penting ianya home-made dan disediakan penuh kasih sayang gittew.


Aduhhh, ada yang puasa tak hari ini? Ampun maaflah ya sebab mendera perasaan korang semua. Aku ni sambil taip sambil telan air liur. Aduuh laparnya!


Ini pula gambar nasi Mandy Ayam yang diambil dari facebook kawan aku yang berada di Mukah, Sarawak. Iya, walaupun jauh menyeberang lautan, jangan risau, POSLAJU Malaysia kan ada. Zaman serba senang, nak makan order sahaja dan insya Allah dalam beberapa hari sampai depan pintu terus.


Alhamdulillah, 50 kotak pes nasi arab al Bayt telah terjual ke segenap negeri di Malaysia. Bagi yang mahu merasakan keenakan dan kesedapan nasi arab al Bayt, boleh buat pre-order dengan aku. Insya Allah, aku akan tambah stok lagi untuk persiapan bulan puasa nanti.

Hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
SMS / Whats App / Telegram : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Atau isikan borang di sini supaya aku boleh menghubungi kalian : BORANG TEMPAHAN 

Terima kasih dan selamat terliur!!!!

1 ulasan:

tifaanvar berkata...

x prnah makan nasi arab seumur hidup

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^