Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 21 Jun 2014

Penjelasan Tentang Kilang Nasi Arab Yang Terbakar

 Assalamualaikum,

Sebenarnya berita ini sudah lama iaitu pada 8hb lagi di mana dilaporkan tentang berta kebakaran kilang pembungkusan nasi arab (yang aku jual) di akhbar tempatan. Tapi masa itu aku sibuk dengan urusan petunangan dan kebetulan notebook pun rosak, jadi memang tak dapat nak kongsikan kisah yang sebenar di blog ini.

Jadi, hari ini aku kongsikan mesej yang di "screencapture" (tangkap??) iaitu Whats App antara aku dan Pn Waidah (tauke nasi arab Al-Bayt sendiri). Puan Waidah menjelaskan sendiri tentang berita yang dilaporkan oleh akhbar sama sekali tidak benar.



Biasalah berita di Malaysia ini kadang-kadang terlebih kuah dari nasi. Jadi memang jangan percaya bulat-bulat tentang isu yang ditulis itu. Sama juga kalau ada iklan minta derma kilat atau bantuan di Facebook. Salah satu kelemahan rakyat Malaysia adalah suka tekan butang "share" (kongsi) tanpa selidik kesahihan berita. Aku juga banyak kali pernah terkena. Bila nak pindahkan duit, akaun tak boleh terima atau ada masalah. Bila diselidik rupa-rupanya berita itu tidak sahih atau no akaun telah di "block" dari menerima sebarang transaksi lagi.

Jadi, kesimpulan yang boleh diambil adalah di akhir zaman ini akan ada fitnah yang berleluasa, kenalah jadi orang yang bijak dalam menilai berita. Kalau boleh jangan percaya bulat-bulat berita yang dikeluarkan dan sebolehnya selidik dahulu kesahihan berita tersebut.

Oklah, laluan iklan pula :



Jangan lupa meriahkan Eh Eh Bazaar di MAEPS Serdang minggu ini. Boleh dapatkan pes segera nasi arab Al-Bayt di gerai nombor RH12. Tapi minta maaf banyak-banyak aku memang tak ada di situ yaa

Jom datang bagi sokongan pada peniaga-peniaga online kita :)

2 ulasan:

Wa berkata...

La, kesiannya..kenapalah diorang sanggup tabur fitnah sampai macam tu sekali..:(

zailahafni berkata...

Jangan sebab dengki atau khianat sudah la kan. Alhamdulillah stok cukup :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^