Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 4 September 2014

Balik Kampung Halaman Memang Best Tapi ...

Assalamualaikum,

Sempena cuti kemerdekaan yang lepas, aku berpeluang balik ke kampung halaman. Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 10.30 malam dan terkejut juga apabila sepanjang jalan tu ada banyak kereta yang bergerak menuju ke Pantai Timur. Alahai, ingatkan cuti 3 hari tiada yang mahu pulang ke kampung tapi rupanya sangkaanku meleset. Dah gaya macam nak balik raya pun ada!

Tahniah buat en suami yang memandu "non stop" dari malam sampai lah pukul 5 pagi baru kami berhenti tidur sekejap di Kuala Krai. Kalau ikutkan en suami tu baru aje pulang dari Bangkok pagi Jumaat tu tapi punyalah semangat nak balik kampung kan. Alhamdulillah dalam pukul 9 pagi kami dah selamat sampai di Tumpat rumah en suami. Pagi tu sempat bersarapan dengan nasi berlauk dan nasi kerabu yang aku beli di kedai tepi jalan di Wakaf Bharu. Silap percaturan beli di kedai yang masakannya tak berapa nak kena dengan selera. He he he Tapi habis je makan semuanya :)


Gambar masjid yang terletak di sepanjang jalan balik kampung. Lawa masjid ni, dari jauh nampak macam istana sebab senibina nya yang unik.


Gambar nasi kerabu air tangan mak mertua. Kalau balik kampung tak sah kalau tak makan nasi kerabu ni. Warna biru tu bukan sebab pewarna ya, mak mertua gunakan bunga telom masa masak nasi tu. Sebab itulah warna biru :)


Ini pun masjid yang baru siap yang terletak di bulatan Pasir Pekan. Cantik kan? Kubah tu sebenarnya warna emas kalau tengok di luar lagi lah bersinar-sinar aje.


Ni lauk bila dah balik Shah Alam dah. Kami balik tak lama, dari Sabtu sampai Isnin sahaja. Cukuplah untuk berjumpa dengan mak ayah dan mak mertua di kampung. Anak-anak pun suka aje bila dapat bertemu dengan Mok Na, tapi ituler sekejap sangat tak sempat nak bermanja puas-puas. Insya Allah, cuti sekolah nak balik lagi dan kalau diizinkan Allah hari raya haji pun nak balik juga.

Tok Ayah di kampung tak berapa sihat sekarang ni, jadi aku lebih selesa balik ke kampung sahaja dari pergi bercuti. Lagipun anak-anak pun suka bila balik ke kampung sebab ada Mok Na untuk melayan karenah anak-anak aku :)

Oklah, tak sabar rasanya nak balik lagi! Kelantan semestinya sentiasa di hati walaupun setiapkali balik mesti akan menempuhi jem yang lama T_____T"

1 ulasan:

Mak Wardah berkata...

Salam Kenal. Cerita merdeka kita sama tapi tak serupa.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^