Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 29 Disember 2014

Masih Lagi Berita Banjir Di Kelantan 2014

Assalamualaikum,

Masih lagi berkisar tentang musibah banjir yang melanda negeri Kelantan. Aku kongsikan di sini gambar-gambar banjir di sepanjang jalan menuju ke rumah en suami. Sumber gambar ini dari kawan-kawan mahupun penduduk kampung sekitar kampung en suami. Alhamdulillah, walaupun teruk juga banjir kawasan ini tapi rumah en suami ni terletak di bahagian tinggi sedikit, memang air tak naik sampai ke dalam rumah tetapi dah jadi macam pulau lah pula. Tak boleh nak keluar masuk memandangkan sekeliling dipenuhi air.

Air pun surut tak banyak, hanya sekaki setiap hari. Terkini tak tahulah macamana. Doakan moga cepatlah mentari keluar memberikan sinar harapan yang baru buat mangsa yang terjejas.


Dah jadi macam lautan tempat ini. Papan tanda Berangan tu menuju ke kampung en suami iaitu kampung Berangan Tumpat


Memang tak dinafikan banyak harta benda yang musnah dalam banjir tahun ini. Ada yang tenggelam, ada yang hanyut dibawa arus dan macam-macam lagi. Besarnya dugaan buat mangsa ni kan? Kita yang jauh hanya mampu memandang gambar sahaja. Jika mampu, bagilah sumbangan sedikit seorang bagi meringankan mangsa


Bangunan itu adalah homestay yang kami tidur masa balik kampung sempena majlis kahwin adik tempoh hari. Tak sangka air sudah naik sampai tahap nak tenggelam tingkat satu tu. Kat bawah adalah kedai jahit, kedai runcit dan kedai makan. Mesti banyak yang rosak dek kerana lama terselam dengan air lumpur ni


Yang ini gambar rumah kakak kepada kawan UPM aku. Rumahnya hampir tenggelam juga. Ya Allah, besar dugaan buat mereka. Mohon banyak-banyak bersabar ya


Kedai-kedai dan rumah hampir semuanya ditenggelami air. Ya Allah tak tahu nak cakap apa dah. Didoakan semoga mangsa-mangsa tabah dan percaya pada Allah. Ini adalah sebahagian rencana yang telah ditakdirkan. Semoga selepas ini Allah memberikan sebaik-baik ganjaran buat mereka yang sabar


Speechless!


Ini pula gambar kiriman sepupu en suami yang mengatakan bahawa basikal ini banyak berjasa kepada beliau. Dalam keadaan kereta dan motorsikal yang tidak dapat digunakan lagi, basikal ini banyak berjasa. Bayangkan beliau mengharungi arus dan mengayuh basikal dengan gigihnya semata-mata untuk mencari makanan untuk disalurkan kepada keluarga kami. Ya Allah besar jasanya kerana dapat berbakti kepada mak saudara dan ayah saudara en suami yang terperangkap di dalam banjir. Walau rumah tak dinaiki air tapi tak boleh nak keluar ke mana-mana kerana dikelilingi air. Semoga Allah memberikan setinggi-tinggi ganjaran pahala buat sepupu en suami ini (Abe Sid).

Itu sahaja gambar yang aku boleh kongsikan. Kalau ikutkan banyak yang aku terima dalam group-group Whats App tapi aku hanya kongsikan yang mana aku kenal sahaja. Yang lain itu, biarlah foto berbicara.

Semalam adik ipar aku bergerak dari Kuala Lumpur ke Gua Musang membawa sedikit bantuan makanan dan pakaian untuk diberikan kepada mangsa yang juga saudara mara keluarga en suami dan biras kami. Alhamdulillah selamat sampai di Paloh Gua Musang. Insya Allah hari ini misi mencari dan menyelamatkan kakak ipar aku yang khabarnya berada di Masjid Manek Urai pula untuk dibawa ke rumah keluarga besan mak mertua di Paloh. Ya Allah semoga dipermudahkan Allah. Sangat-sangat sedih bila mengenangkan anak bongsu Kak Num yang sebaya Azzam. Saat ini entah apa lah yang mereka makan dan pakai? Allahu rabbi, Dia yang maha mengetahui.

Semoga mangsa tabah dan sabar dalam menghaapi segala dugaan yang berlaku. Bagi kawan-kawan yang ingin memberikan bantuan / derma, boleh PM atau Whats App aku di 012-970 6828. Insya Allah nanti akan disampaikan bantuan yang patut. Kalau tak boleh nak bantu di sini, boleh aje salurkan ke mana-mana NGO yang sangat bertungkus lumus membantu mangsa. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik mereka.

Oklah, nanti insya Allah akan aku update lagi perkembangan kakak ipar dan juga keluarga di kampung. Terima kasih kerana sudi membacanya.



Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^