Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 31 Disember 2014

Selamat Tinggal 2014 Semoga 2015 Lebih Bermakna


Assalamualaikum,

Hari ini hari terakhir dalam tahun 2014. Sejak dua menjak ini, banyak pula kejadian sedih atau musibah menimpa negara kita Malaysia. Terbaru tentang musibah banjir di Pantai Timur dan juga beberapa negeri yang lain. Tak lupa juga musibah kapal terbang Air Asia QZ8501 yang telah disahkan jatuh terhempas di tengah lautan. Salam takziah buat semua mangsa. Semoga tabah menghadapi dugaan yang melanda.

Bagi perjalanan diari hidup aku pula, tahun ini pun mencatatkan banyak kenangan manis dan pahit dalam tahun ini. Tapi rasanya lebih banyak yang manis-manis aje kot? Bukan apa, bukan tak ada dugaan tapi rasanya aku ni jenis yang tak nak ingat sangat jadinya ingat yang manis-manis sahaja (kot)

Apa-apa pun syukur tahun ini sudah menginjak 2 tahun aku berada di rumah dan masih bekerja dari rumah. Ramai yang bertanya apa yang aku buat untuk jana pendapatan? Jawapannya berniaga kecil-kecilan sahaja. Alhamdulillah cukuplah buat beli licu ngan bedak sediri tanpa mengharapkan belas ihsan suami :P

Herm, rasanya tahun 2015 pun aku masih selesa untuk terus berada di rumah bersama anak-anak. Mungkin akan lebih giat menjalankan kelas asas blog & fanpage secara offline pula. Niat di hati nak bantu seramai mungkin surirumah agar boleh berdikari dan menjana pendapatan dari rumah. Tak kisahlah nak jual / buat apa, selagi tidak bertentangan dengan hukum agama dan undang-undang apa salahnya kan? Oh lagi satu mahu keluarkan ebook sendiri juga yang mana masih dalam proses untuk siapkan ebook sulung aku iaitu hasil perkongsian pengalaman selama 6 tahun aku berniaga secara online dan offline, jangan lupa untuk beli ya :)

Alhamdulillah antara kenangan manis tahun 2014 sepanjang tahun ini yang akan aku ingat adalah kelahiran cahayamata bongsu (setakat ini) kami iaitu Nur Aaliyah Hafizah pada bulan Julai 2014. Berpantang dalam bulan puasa lagi tu! Syukur tak terhingga dengan rezeki ini. Tahun 2015 kalau boleh nak berehat sekejap dari mengandung dan melahirkan anak :P

Selain itu melihat wajah (gemuk) sendiri di dalam majalah Keluarga & Sri Dewi juga adalah satu kenangan manis bagi diriku yang tak berapa nak terkenal ni. Walaupun hanya sekadar berkongsikan pengalaman berniaga semasa hamilkan Aaliyah tapi sebenarnya aku cukup teruja untuk berkongsi pengalaman mengandung bersama semua. Bagi aku, keadaan fizikal kita bukanlah satu halangan untuk terus bergerak iaitu berniaga. Lagipun sekarang ini semuanya hanya dihujung jari sahaja, tak perlu nak keluar ke hulu ke hilir membawa barang. Eh tapi adalah sesekali kan keluar beli barang untuk dijual tapi bukan setiap hari.


Kalau dari segi pencapaian aku sebagai seorang surirumah berpendapatan, aku rasa tahun ini lebih baik dan terurus bebanding tahun sebelumnya. Awal-awal berhenti kerja tu macam masih "blur" lagi tapi alhamdulillah tak lama kemudian aku ditemukan (lagi) dengan Pn Masayu Ahmad dan seterusnya bersama sehingga kini di bawah jaringan Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Harapan aku sudah tentulah mahu lebih cemerlang dari tahun ini dari segi pengurusan duit dan masa. Syukur sangat-sangat sebab tahun ini juga aku telah mempunyai pembantu. Tapi tak tahulah sampai bila pembantu ini akan bertahan kan? Kita tengok sahaja ;)

Percutian keluarga ke Sabah juga menjanjikan kenangan manis buat aku dan anak-anak. Walaupun awal-awal dicemari insiden kehilangan Mykid Haziq tapi lepas tu alhamdulillah semuanya beransur baik dan anak-anak juga gembira. Sampai sekarang pun si Ashraf sibuk nak pergi Sabah lagi. Hu hu hu Ingat dekat ke Kota Kinabalu tu dik?

Episod gembira memang best apabila bercerita tapi episod sedih? Simpan dalam hati sahaja kan? Yang paling sedih sudah tentulah sewaktu kehilangan henbeg sehari sebelum hari raya tempoh hari tapi apalah sangat yang hilang tu jika nak dibandingkan dengan penderitaan mangsa-mangsa banjir di Kelantan Terengganu Pahang Johor dan Perak sekarang ini. Sebab itu aku malas nak ingat, redha dengan kehilangan dan biarlah Allah yang membalas segala perbuatan jahat anak bangsa sendiri yang suka mencuri tu.

Oklah, semoga tahun 2015 menjanjikan tahun yang bahagia dan kaya raya buat semua. Selamat menyambut tahun baru ya. Jangan lupa beberapa hari lagi ulangtahun kelahiran nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW juga :) Selamat bercuti dan terima kasih kepada pembaca blog aku yang cukup setia membaca coretan aku yang ntahapahapa ini. Terima kasih!

1 ulasan:

mummY daniSha berkata...

selamat taun baru kak...wahhh glemer u masuk majalah hehe

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^