Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 1 Januari 2015

Persiapan Sekolah Anak-Anak Untuk 2015

Assalamualaikum

Esok anak kedua aku akan ke sekolah sempena dengan hari suai kenal tahun 1 sekolahnya. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Dua tahun yang lepas, aku masih ingat lagi hantar Haziq ke sekolah pada hari pertamanya dan Haziq menangis di perhimpunan. Alahai, anak orang lain tak menangis tapi anak aku pula yang menangis. Masa itu aku sedang hamilkan Azzam. Selang beberapa hari Azzam pun dilahirkan :)

Tahun ini giliran Husna pula tapi aku rasa Husna tak akan menangis kerana dia sudah biasa sangatlah dengan sekolah tu. Kami selalu aje bawa anak-anak yang lain setiapkali ada program yang sekolah anjurkan. Harapan aku semoga Husna akan belajar sungguh-sungguh dan menjadi anak yang solehah dan mendengar kata.

Persiapan sekolah memang ala kadar sahaja. Baju sekolah kami beli 3 pasang setiap seorang tapi Haziq beli baju sahaja memandangkan seluar sekolah dah ada banyak. Kasut sekolah kedua-duanya kami beli di Plaza GM Klang. Ada satu kedai jual jenama Sparx (teringat kasut masa kita kecil-kecil dulu) harga RM20 sepasang. Kami terus belikan 2 pasang seorang. Beg sekolah guna aje yang tahun-tahun lepas. Banyak yang "recycle" balik memandangkan masih elok lagi.

Buku sekolah aje tak boleh nak guna balik dah. Ada buku teks yang dah hilang atau rosak jadinya terpaksa beli baru. Pengajaran buat aku juga supaya simpan terus buku-buku teks Haziq sebab nanti boleh adik-adiknya pula yang guna. Buku-buku latihan memang sah-sah kena beli baru semua. Hermm, nak kena balut lagi. Adui banyaknya nak kena buat. Kalau dulu anak seorang pun dah rasa lenguh-lenguh pinggang balut buku sekarang bertambah seorang lagi. Mahu patah pinggang aku ni haaa :P

Aku tak tanya lagi yuran van sekolah. Kalau tahun lepas naik RM5 tak tahulah macamana pula tahun ni. Hermmm, ikutkan hati nak aje pergi hantar dan jemput sendiri tapi en suami masih tak benarkan atas alasan ada baby kecil nanti susah nak keluar kalau time dia outstation. Betul juga, nanti akan bertambah meroyanlah pula diriku ni kan. Bukan jenis lasak sangat ni, kalau setakat duduk rumah menulis depan PC bolehlah, cuba kalau kena keluar pagi petang ambil jemput anak? Mahu ada yang bertukar jadi harimau jadian karang :P

Tahun ini azam tahun baru nak lebih berhati-hati dalam menggunakan duit. Sebolehnya duit berniaga nak masukkan dalam akaun simpanan anak-anak terus. Nak buat tabung pendidikan mereka. Haziq & Husna kan sekolah persendirian jadi haritu en suami ada tercakap juga yang kos pendidikan sekarang sudah makin meningkat jadi kemungkinan Ashraf kena sekolah biasa. Isy, tak sampai hati pula nak biarkan Ashraf sekolah jauh dari abang dan kakaknya. Jadi antara salah satu penyelesaiannya adalah dengan menabung siap-siap duit yuran tahunan dan tabung pendidikan anak-anak. Tak banyak pun tapi sekurang-kurangnya boleh bantu ringankan beban en suami juga.

Oklah, nanti aku tulis lagi dan kongsikan azam tahun baru aku ya. Terima kasih kerana sudi membaca coretan ini. Bye!

2 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

ohw kita igt zai dpt buku teks ..so kena jaga elok2 yer buku teks yg beli sendiri tu ..

Ismail Ahmad berkata...

kasihan mangsa banjir..ada yang rosak habis kelengkapan sekolah anak mereka

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^