Assalamualaikum,
Tak lama lagi dah nak puasa (pada yang belum habis ganti puasa tu sila-silakan ganti ya). Peringatan ditujukan buat diri kerana masih berbaki 24 hari lagi. Hu Hu Hu
Ok tak nak cerita pasal ganti puasa tapi nak cerita pasal sampel sambal kentang sedap produk laku keras pada bulan puasa tahun lepas. Aku dah lupa rekod berapa peket yang telah terjual tapi rasanya melebihi 200 peket. Memang ramai yang menggemarinya kerana sambal kentang sedap ini lain dari yang biasa dijual di stesen minyak Petronas. Sambal kentang sedap ini ada bahan istimewa iaitu tempe. Walaupun kelibat tempe hanya kelihatan sayup-sayup dalam timbunan kentang, kacang tanah dan ikan bilis tapi tetap ada juga tau!
Sempena bulan puasa yang menjelang tiba, aku nak buka peluang dropship kepada mereka yang berminat untuk menjual produk ini di pejabat, sekolah, taman perumahan atau mana-mana sahaja yang disukai :P
Untuk bulan ini aku akan edarkan sampel-sampel dahulu, jadi yang berminat boleh hubungi aku melalui :
E-mel : zailamohamad@gmail.com
WA / Telegram : 012-970 6828
Boleh like fanpage "SAMBAL KENTANG SEDAP"
Tagline kami : "Pedas Manis Sekali Rasa Pasti Nak Lagi"
Oklah, Untuk menjadi ejen jualan WAJIB beli sampel dulu dan rasa sendiri baru boleh promote kan. Kalau sedap bagitahu kawan, kalau tak sedap duduk diam-diam. HAHA *gurau je
Jangan tunggu lagi, cepat bertindak sebelum terlambat! Pencarian ejen bermula 3 bulan awal sebab nak bagi latihan menjual dulu. Surirumah yang ingin jana duit poket untuk hari raya boleh mula dari sekarang dah. Jangan esok puasa baru nak mula, mana boleh nak bagi orang rasa sampel dah ye. Jadi, ambil peluang untuk melakukan promosi seawal mungkin tau.
Sehingga bertemu lagi :)
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan