Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 21 Januari 2016

Tahun 2016 Putih Dominasi Dekorasi Rumah

Assalamualaikum,

Lamanya Mekla menyepi dari membebel di sini ya? Bukan apa, tahun 2016 dimulakan dengan macam-macam dugaan. Tapi, dugaan yang biasa-biasa aje, syukur sebab hampir semuanya berjaya di atasi ;) Benarlah kata orang, dugaan ini menguatkan diri kita tapi sewaktu diuji kena lah banyak-banyak bersabar ye idok?

Awal-awal tahun ni memang duit mengalir deras semacam aje, dengan anak-anak mula bersekolah, dengan yuran tadika Ashraf yang mahalnya mengalahkan nak masuk Universiti ;) dengan rumah kami yang sedang diubahsuai lagi, dengan penat mengandung lagi. Syukur ya Allah, sekarang ini boleh tarik nafas lega sikit. Alhamdulillah, tahun 2016 dimulakan dengan sedikit penambahbaikan di bahagian dapur rumah kami. Sebenarnya dah lama aku bersabar dengan sinki lama rumah ni, sudahlah bocor lepas tu dah terkoyak besinya (pendek kata memang teruklah) dan tak sangka pula bila suami bagitahu nak baiki, terus diubahsuai satu dapur. Ubahsuai ikut kemampuan kami juga dan kalau Allah tak izinkan sudah tentu aku masih gunakan dapur yang lama T___T"

Syukur juga sebab tempoh ubahsuai pun sekejap aje memandangkan en suami bagitahu kepada kontraktor kami yang aku akan bersalin bulan Februari, jadi memang mereka buat kerja dengan cepat juga. Walaupun ada lah sikit compang camping tapi kita pejamkan aje matanya. Yang penting, mereka buat kerja mengikut apa yang aku bayangkan. He he he Mesti kontraktor tu cakap aku ni banyak songeh, nak minta macam-macam tapi bayarnya nak murah (semua orang pun macam tu kan?)


Kalau dulu kat dinding yang ada cermin tu ada kertas dinding, kami terpaksa korbankan dan dinding dipecahkan dan aku minta diletakkan pintu kaca. Konon-konon terinspirasi dari "french door" tapi yang aku jenis budget punya. Mula-mula datang pintu tu warna kayu jadi aku minta kontraktor catkan warna putih dan bahagian tepi rangka pintu aku minta tambahkan papan plywood konon-konon nak bagi kesan rangka pintu yang besar. Apo-apo jelah sebab dapur Mekla kan :P

Kemudian aku minta kontraktor tu alihkan cermin ke dinding tapi dulu cermin tu warna coklat tapi nampak macam kejanggalan lah pula kan? Hasil buat undian di facebook (macam biasa tanya kawan-kawan) semua suruh tukar warna putih. Jadi, terpaksalah Mekla mengecat kembali frame cermin ni sebab kalau nak beli yang baru memang takde lah kan. Rakyat marhaen tapi ada hati nak berdeko-deko, maka kena lah kreatif sikit. Terus minta en suami belikan cat untuk kayu dan peralatan mengecat :)


Sebenarnya dapur baru ni takdelah besar mana sebab rumah Mekla pun bukan rumah banglo tapi syukur lebih selesa jika dibandingkan dengan dapur lama. Anak-anak pun teruja sangatlah dengan dapur baru sampaikan asyik masuk keluar masuk keluar dapur aje :P

Warna atau tema tu takde cuma kami minta kontraktor bina kaunter dari simen dan letak jubin jenis granit (betul ke aku cakap ni) sebabnya tak nak dah tragedi lama berulang lagi di mana kabinet lama kami ni hampir roboh sebab bila basuh pinggan air terpecik dan kayu kabinet pun rosak. Bukan nak marah ke apa tapi biasalah, usia kabinet tu pun dah masuk hampir 10 tahun juga di mana tuan rumah lama yang pasang lagi. Kami beli rumah ni pun semua kabinet dapur dah ada siap dengan dapur pasang dalam kabinet lagi. Alhamdulillah kan, rezeki kami juga tu :)


Oklah hasil setelah cat rangka cermin tu selama 3 kali sapuan. Mula-mula aku yang buat kemudian en suami yang tambah sehingga hilang warna coklat. Abaikan tompok-tompok putih di dinding tu, biasalah kalau orang yang tak reti buat kerja mengecat ni,habis comot satu rumah T____T"

Meja makan tu kami takdelah nak cat putih juga. Cukuplah frame cermin dan pintu aje, yang lain tu pejam mata ajelah sebab lepas ni nak fokus untuk kemas bilik berpantang pula. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Terima kasih kerana membaca coretan Mekla ya. Ada masa nanti sambung lagi. Bye!

2 ulasan:

Nurhayati berkata...

wah cun dah bila frame cermin tu dah warna putih.. baru feeling obersi gitu hehehe.. dapur aku pun kecik weh.. tp takpe yg penting kita selesa nak wat keje kat situkan. biasa la bila perabot or ape2 brg dah lama.. pasti kena ganti baru.. :)

Unknown berkata...

cantikkk..suka kombinasi kaler tu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^