Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 29 Januari 2016

Tips Jimat Cermat Dari Surirumah Anak Lima

Assalamualaikum,

Taip entri ini laju-laju sebab nak keluar ambil anak pula :)

Sedar tak sedar sekejap aje dah nak sampai ke penghujung bulan Januari kan? Sekejap aje masa berlalu dan memang terasa lah akan kelajuan atau kederasan duit mengalir. Tambahan pula anak-anak sudah kembali ke sekolah. Haziq tu kejap-kejap minta duit untuk bayar buku lah, bayar itu dan bayar ini. Bertabahlah jika punyai anak ramai, bukan merungut tetapi nak bagitahu inilah realiti kehidupan :)

Tapi hari ini Mekla nak kongsikan beberapa tips yang aku amalkan untuk berjimat-cermat. Sudah tentu lah sebagai surirumah merangkap timbalan menteri kewangan rumah merangkap tukang masak utama merangkap segala jawatan yang ada, Mekla akan terkena tempias bila barang dapur habis atau bil elektrik melambung naik. Haaaa, mesti Pak Menteri akan tanya kenapa? Apabila anak ramai ni, nak tak nak kita sebagai seorang ibu kena bijak (atau dalam erti kata lain rajinkan diri sikit) untuk kawal perbelanjaan rumah. Bukan nak cakap kedekut tapi faham-fahamlah dalam ekonomi yang mencabar ini, kena lebih banyak bersedia dari tak buat apa-apa. Faham tak?

Tak faham sudah! Biar Mekla membebel sorang-sorang. He he he

1) Masak Sendiri Lebih Jimat

Yang ini sudah tentu lah kan. Bagi rakyat marhaen macam Mekla ni, ada ketika dah tenat sampai hujung bulan ni apakata cuba sediakan menu yang kos nya minima seperti gulai ikan masin ni. Beli ikan masin sepeket dan nenas sebiji kos tak sampai RM5 pun. Masak lebihkanlah kuah lepas itu tambah telur dalam beberapa biji bagi pilihan untuk anak-anak yang tak makan ikan masin :)

Kalau musim awal gaji boleh tukar kepada menu gulai ikan tenggiri atau ketam. Pendek kata, sesuaikan ikut masa gaji :)


2) Belajar Untuk Bersederhana

Sejak berkahwin dan menjadi ibu memang Mekla akui tabiat membeli-belah dan gaya hidup sudah berubah. Kalau waktu bujang nak beli apa-apa mana nak fikir panjang, padahal waktu tu bukan ada duit sangat pun. Beli make up sampai ratusan ringgit tapi lepas tu tak guna sampai buang macam tu aje. Sejak jadi mak anak ramai ni, bukan tak ada barang make up tapi bersederhana aje (by the way Mekla sekarang pilih Artistry sebab yakin dengan kandungan dan telah lihat sendiri testimoni pemakai produk ini).

Sama juga untuk anak-anak kita ajarkan supaya tidak terlalu memilih dalam kehidupan contohnya tak nak pakai baju lama, tak nak makan kalau bukan KFC tak nak pakai kalau bukan dari jenama X atau Y. Kalau kita dari kecil lagi sudah ajar anak-anak bermewah, sudah tentu sehingga ke besar mereka akan terikut-ikut dan satu masa akan menyusahkan kita juga. Macam anak-anak Mekla, alhamdulillah semuanya ok sahaja jika tak dibelikan baju baru setiap bulan, tak dibelikan mainan atau gadget atau apa-apa sahaja. Paling best bab makan memang tak berkira langsung.

Pagi tadi Mekla sediakan roti piza dari roti Gardenia aje dan mereka ok aje. Takde nak komplen tak sama macam Pizza Hut :)


Mudah aje nak sediakan : Ambil roti Gardenia, letak sos tomato, mayonis, kepingan sosej yang dipotong serong, lada benggala merah dan hijau, nenas dan taburkan keju mozarella. Bakar pada suhu 200 darjah untuk 10 ke 15 min bergantung pada jenis oven.

Kalau berminat nak sertai kutu Breadmaker Noxxa boleh WA Mekla di 012-970 6828. Yang ni lagi best, bangun pagi boleh makan roti panas-panas :)

3) Ajar Anak Bawa Bekal

Terima kasih juga buat ibu-ibu yang rajin berbento-bento ni, sampaikan anak-anak aku pun rajin nak bawa bekal sebab nak kongsi dengan kawan-kawan. Setakat ini Husna setiap hari boleh simpan RM1, HAziq memang tak lah, dalam azam tahun baru bukan main nak simpan duit. Ha ha ha

Begitulah ragam anak-anak tapi kita sebagai ibu bila anak-anak suka bawa bekal ni, nak masak pun rasa semangat aje. Setiap hari aku akan pastikan menu yang disediakan mengikut citarasa anak-anak. Semalam buat bihun goreng singapore letak sosej dan telur sebab kebetulan ayam habis. Masak bihun guna bantuan Noxxa Pressure Cooker tak sampai 3 minit dah siap dan tak perlu bangun awal pagi semata-mata nak masak. Mudah kan? Jomlah join kutu atau beli secara tunai acik noja ni. Memang sangat-sangat memabantu mudahkan kerja memasak tau!


Oklah, dah lewat ni nak ambila anak. Nanti kalau ada masa aku kongsikan lagi tips jimat cermat gaya surirumah anak ramai. Bye!

1 ulasan:

Rizziela berkata...

pm sikit mcm mn nak main kutu periuk noxxa tu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^