Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 25 November 2009

Yeaaa..Malam Ni Balik Kampung!!!

Walaupun dalam berita/surat khabar rata2 bercerita tentang banjir yang melanda Pantai Timur & memutuskan perhubungan di antara Kuala Lumpur dan Kelantan, tapi Zaila masih berkeras juga mahu mencuba naseb kami untuk meredah banjir itu..Owh, harap2 hari ni hujan sudah berhenti & matahari akan muncul mengeringi bumi Kelantan..

Insya Allah, malam ini kami anak beranak akan bertolak pulang ke kampung..semangat waja sungguh!! Padahal boleh aje kalau lepas kerja balik rumah tidur dahulu kan?? Tapi kalau nak tahu, memang kami tersangat excited bila mahu pulang ke kampung so kalau pejamkan mata pun mata ini tak akan terlelap, so ada baiknya kami terus bertolak balik kan?? Dan Zaila juga sangat bertuah sebab ada suami yang gagah perkasa cukup bertenaga untuk memandu sampai ke kampung selalunya balik rumah dia dululah!!

Jom kita semak apa yang wajib di bawa semasa bercuti di kampung;-

1. Pakaian anak2 yang banyak - maklumlah sekarang kan musim hujan, rasanya agak susah untuk menjemur pakaian mereka so kalau boleh, bawa balik sebanyak mungkin baju2 mereka agar anak kita tidak berbogel kesejukan sepanjang berada di sana nanti..Kalau Zaila, satu beg tu memang sudah wajib dipenuhi dengan pakaian mereka;)

2. Ubatan - Benda inilah yang terpenting buat Zaila..Maklumlah, Haziq kan ada athma so Zaila memang kena sentiasa bawa inhaler & beberapa lagi ubatan yang lain..Selain itu, Zaila bawa juga Vicks, minyak yuyi, minyak gamat & segala macam nama ubat lagi..Make sure letakkan di dalam satu bekas yang senang untuk disimpan & dicari..Hihihihi..kang berterabur ubat2 tu, kita juga yang susah kan??

3. Diapers & susu anak2 - Yang ni memang penting jugalah..Pernah sekali Zaila balik kampung & terlupa bawa pampers anak2, agak haru jugalah sepanjang perjalanan itu..seb baik ada Petronas!! Nak tak nak, kenalah beli juga walaupun harganya agak mahal berbanding biasa;)

4. Barangan berharga - Owh, yang ni sudah pasti kena bawa bersama, kalau tak pun..simpanlah di tempat yang kawan2 rasa selamat dari dirompak dicekup oleh penyamun yang akan berleluasa semasa ketiadaan orang sempena raya nanti!! Ya ALLAH, lindungilah harta kami semua dari benda yang tidak diingini..Amiinnn..

5. Charger bateri handset & kamera - Yang ni juga sangat penting..Lainlah kalau dekat kampung kawan2, ahli keluarga hanya memakai handset chap Nokia (pasal charger mereka sama aje) tapi kalau kita pakai handset lain brand seperti LG ke, iphone ke, Blackberry ke..haaa..haruslah bawa pulang kalau tak mahu kehilangan duit beli charger cetak rompak yang hanya tahan selama seminggu pakai sahaja;p

6. Lappy & broadband - haahaahaa..ini hanyalah pada Zaila yang konon mahu bersiaran dari pusat pemindahan banjir!!! Macamlah ada coverage kat kampung tuuu;p

8. Payung - yang ni paling penting bila pulang ke kampung pada musim tengkujuh!!!

Rasenya itu aje kot..Selain itu, jangan lupa juga bawa balik pakaian dalam banyak2, kang ada yang dapat rasa pakai kain tak pakai spender kang;p Ops, kalau ada yang tertinggal silalah tokok tambah ya;)

Pada sesiapa yang mahu kirim ole2 dari Kelantan, janganlah malu untuk email atau sms Zaila..Insya Allah, Zaila akan cuba cari..Tapi janganlah sampai nak kirim botol budu sedozen dari Zaila..kang pecah botol budu tu, kami jugak yang naya..Kalau mengidam nak makan keropok ikan segera atau bukan segera tu bolehlah bagitau Zaila ya...Ramai juga rakan office yang buat kiriman;) Fridge magnet?? yang tu Zaila tak tahu nak cari kat mane;P

Klah, doakan keselamatan kami ya!! Semoga kami selamat pulang ke kampung halaman walaupun banjir & pulang balik ke Shah Alam ini jangan kena naik flight sudah!!
Kawan2 tak balik kampung ke???

13 ulasan:

Nurhayati berkata...

bestnyerrrrrrrrrrr nak ikot bole hihi

yati doakan korang semua selamat sampai ke kg yer.. jangan lupa balik nanti bawak buah tangan hehehe

kesempatan ni gak nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA buat zaila sekeluarga. (kot la dah balik kg tak online hihi)

linahilmin berkata...

selamat pulang kekampung! best blk beraya di k'tan, sgt meriah.
selamat hari raya aidiladha.

puan.farah. berkata...

sy balik mlm ni jgk!! tak sabar~

honeylanz berkata...

dah siap checklist. tp betul balik muim hujan bj anak kena bwk extra. kalu ac jap2 nk main hujan. rmh has x banjir. cuma jalan nk samapi kr kg tu adalah yg naik air...huhuhu..nak redah gak..tp esok pagi ;)

zailamohamad berkata...

Lina, selamat hari raya juga;)

paun.farah, samolah!! semangat berkobar2 ni;)

Yati, Insyaallah kalau sempat online aje;)

Has, betol tu..kampung zaila pun xbanjir, jalan nak ke kampung yg banjir..haahaahaa..nanti bersiaran dalam banjir pula!!!

N A N I E berkata...

Zaila..selamat menyambut aidiladha..hati hati memandu..best kan kat pantai timur meriah sangat raya haji :)

~Umi.Sufira~ berkata...

Selamat beraya sakan di Kelantan yer!! Semoga selamat sampai:)

yatie chomeyl berkata...

nok kelik retek tp takdop pitih hehe

wan berkata...

jangan lupa buat checklist tempat2 makan jugak! nasik kukus zakini, nasik kerabu, ayam percik yati, nasik dagang,ayam kampung goreng& kerutub hati kat hoover,kopitiam white house,roti canai gear box,four seasons, etc..etc.. urghh!*salivating*

enjoy your trip,dear!

zailamohamad berkata...

US, thanks!!

Nanie, excited macam nak balik raya puasa je

Wan, banyaknya list tuuu;)

Yatie, xpo..demo dok Jepun lagi besh!!

Lady of Leisure berkata...

selamat hari raya aidiladha untuk zaila sekeluarga..
:-)

CT NORAMIZA berkata...

ish ish ish budak ni, nak jugak dia balik time2 kritikal camni, tp akak doakan zaila & family selamat di perjalanan ok :)

maya amir berkata...

dh balik sini lom? camne raya? slmt hari raya:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^