Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 1 Disember 2010

Tentang Haziq

Kalau masuk je hujung tahun macam ni, mulalah Zaila & husband risau. Bukan apa, risaukan anak bujang Zaila yang semakin meningkat remaja ni;D 21hb ni genaplah usi Haziq 4 tahun..Rase macam baru je melahirkan dia & jaga Haziq masa dia kena jaundice dulu..Owh cepatnya masa berlalu kan??

Tahun depan ramai kawan-kawan Haziq akan mula bersekolah. Ada yang akan ke Genius Aulad, ada yang akan ke Krista, ada yang akan ke Smart Reader & ada juga yang akan stay belajar dengan Cikgu Sham di Tadika Intelek Jaya. Memikirkan banyak sangat pilihan kindie & montessori untuk Haziq bisa membuatkan Zaila & en suami termenung panjang..Of courselah kami mahukan yang terbaik buat Haziq & at the same time nak juga buat pilihan yang senang untuk kami. Senang tu in term of kewangan, lokasi & masa. Kalau sampai kena bayar sampai RM300 (atau lebih) rasanya agak mengarut juga kan?? Baik digunakan aje duit tu untuk perkara lain yang lebih berfaedah seperti..errrr?? shopping?? hahaha gurau je..macam simpan duit tu untuk Tabung Pendidikan dia di zaman U ke, buat pelaburan untuk dia ke & macam-macam lagilah!!

Lokasi pon penting sebab kalau boleh tak naklah yang jauh sangat dari kediaman kami. Masalah nak menghantar tu satu hal, time balik pon satu hal..Kalau kami tak sempat ambil, haruslah kena bayar tambang transit kan. Haaaa, yang nipon satu masalah juga, nak biarkan orang yang tak dikenali bawa anak kita ke sekolah dengan van yang entah selamat atau tidak. Takpon, boleh harap ke anak aku ni naik van?? Karang dia tak reti nak masuk dalam van, takpun dia sendiri yang tak nak naik van..huhuhuu..Lagi satu kalau jauh dari rumah pon, nanti kalau en suami outstation, mampos mama nak berkejar ke sana ke mari menghantar anak-anak. Kalau diletakkan semua sekali under one roof kan senang;)

Dalam kepala otak kami ni berligar kindie jenis islamic & kebetulan pilihan yang ada adalah Genius Aulad & Little Khaliph. Tapi kan, yang xsukanya bila semuanya terletak kat tingkat atas bangunan (meaning Haziq kena naik tangga everyday)..Lagikan tangga kat rumah pon silap haribulan nak jatuh, inikan pula tangga nak ke sekolah yang sudah pastinya bertambah sekali ganda dari tangga rumah. Aduuussss, im i too protective sampaikan selalu fikirkan yang bukan-bukan?? Memang semua ibubapa akan berfikiran macam Zaila juga ke r?? Ke Zaila sorang je yang lebih-lebih?? Lagi satu, boleh ke anak aku survive dengan persekitaran barunya?? Boleh ke dia buat kawan nanti?? Tak menangis ke nanti?? Buatnya kami dah berhabis beribu ringgit untuk bayar yuran persekolahan dia tetiba Haziq tak nak bersekolah di situ?? Tak ke haru biru nanti??

Kalau nak teruskan belajar di Tadika Intelek (tadika dia sekarang) takut nanti Haziq tak berdaya saing pula. Nanti semua kawan-kawan dia pandai membaca tapi Haziq hanya pandai hisap jari sahaja (yap, dia sukalah hisap jari). Maklumlah, dekat Tadika Intelek ni bilangan pelajar pon tak ramai & pengisian masa pon tak menentu. Memanglah Zaila ada lihat buku-buku latihan Haziq, cuma yang Zaila hairan adalah silibus yang digunakan di sana masih kabur lagi. Sepanjang setahun bersekolah, Haziq masih blur-blur bila ditanya tentang sukukata mahupon huruf. Bukan nak perkecilkan bakat anak, tapi itulah hakikat. Kalau membaca ABC sampai Z memang boleh diharap. Mengira pon sudah sampai ke angka puluh-puluh tapi Zaila masih tak tahu apa yang sepatutnya dia capai bila mencecah usia 4 tahun??

Kalau terus bersekolah di Tadika Intelek Kreatif ni, maka tiadalah konsert mahupon apa jua persembahan akhir tahun. Hari sukan pon belum pasti boleh buat. Maklumlah, tak boleh nak salahkan management aje tapi bilangan pelajar yang tak ramai juga boleh jadi satu faktor kenapa management tak nak sewa dewan buat hari graduasi. Tapi Haziq tetap dapat sijil juga;-

Kalau nak tahu, Haziq dapat no. 5 out of 6..Bravo my son;D Mama bangga juga dengan Haziq

ini markah kertas Matematik (dapat 90 markah)


tengoklah huruf 3 tu
ni markah Bahasa Melayu (dapat 77 markah)

yang ni pula Bahasa Inggeris (86 markah)



Sekarang ni kami masih buntu..Harap-harap dalam masa terdekat ni Zaila dapat keluar survey-survey kindie yang ada. Risau juga kalau Haziq ketinggalan dalam pelajaran. Anak-anak zaman sekarang ni cerdik-cerdik belaka so kalau boleh nak juga dia menjadi seorang yang berdaya saing & berani berhadapan dengan cabaran / orang luar. Jangan jadi macam mama & papa, yang bila je sebut kena buat presentatio terus lomah segala sendi;D

Pada sesiapa yang ada pengalaman, bolehlah kongsi-kongsi pengalaman bersama Zaila. Macamana nak tangani masalah anak yang akan bersekolah di tempat baru?? Macamana nak pujuk mereka supaya bersekolah?? Nak umpan dengan apa?? gula-gula ke?? Penting ke hantar ke kindie yang mahal-mahal?? Atau kekalkan aje Haziq di tadika yang lama??

1 ulasan:

littlehumblelynn berkata...

zaila

samaler entry kita pg nih..lynn pun tgh survey kindy utk ain skrg nih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^