Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 17 Oktober 2013

Balik kampung, Pantai Irama Dan Colek, Semuanya Sedap!

Assalamualaikum,

Maaf andai blog ini sunyi seketika. Empunya blog baru sahaja pulang dari bercuti di kampung halaman. Iya, bersempena dengan hari raya Aidiladha yang lepas, harap masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya korban buat semua pembaca :) Mesti setiap hari kekenyangan kerana makan menu yang sama kan? Kalau di kampung, sup tulang, singgang daging, colek perut adalah punca berat badan semakin menaik. Yang ada darah tinggi bertambah tinggi bacaannya. HAHAHA Sekadar bergurau ya, semoga kalian semua pandai mengawal nafsu makan dan jangan lupa untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang:))

Kami pulang tidak lama, dari Sabtu sehingga Rabu tetapi cukup-cukup bermakna buat anak-anak. Bertemu dengan Tok Ayah, sepupu-sepupu dan juga ibubapa saudara cukup menggembirakan anak-anak. Cuaca di kampung tidak dapat diduga, sekejap panas sekejap hujan.


Motif adalah ingin mengambil gambar sawah tetapi dalam kereta yang bergerak, inilah hasilnya

Rindukan Pantai Irama, petang Sabtu kami singgah sebentar membawa anak-anak mengenali pantai yang mengadap Laut China Selatan ini. Ombak bah menyapa indah tepian pantai yang sudah bertahun aku tinggalkan. Perubahan memang jelas nyata apabila ada timbunan batu-batu besar di bahagian depan pantai. Entah apa tujuannya aku pun tak pasti.


Husna, Haziq dan Ashraf berkejaran di sepanjang pantai.

Yang pasti jika ke Pantai Irama, wajib singgah di warung-warung sepanjang tepian pantai untuk pekena colek. Macam-macam jenis pilihan ada, dari sosej, ikan, udang dan sotong celup tepung. Ada juga keropok lekor, ABC dan air kelapa. Pilih sahaja mana yang berkenan di hati tapi adalah dinasihatkan untuk bertanya dahulu harga setiap makanan. Kalau tidak, jangan terkejut apabila diberitahu sotong celup tepung berharga RM18 seekor (besar) atau RM10 seekor (kecil).


Pilihan kami, colek tidak semestinya makan dengan buah-buah tetapi macam-macam. Colek maksudnya cicah. Apa sahaja yang dicicah ke dalam sos akan dipanggil colek :)


ABC yang manis leting (manis sangat). Walaupun aku orang Kelantan tapi tekak ini masih tak boleh telan minuman yang disediakan di kedai..aduss manis yang amatss dong!


Muka budak girang dapat bermain barang Tok Ayah. Habis lampu suluh Tok Ayah dikerjakan Ashraf. Nasib baik Tok Ayah rajin melayan cucu. Walau tidak faham apa yang dituturkan oleh Ashraf Tok Ayah sedia menjawab soalan Ashraf dan Husna :)


Makanan kegemaran Tok Ayah iaitu roti tempayan. Cukup popular di kampung, rasanya kalau di sini seperti roti nan yang dibakar di dalam tempayan.


Kedai di kampung biasa-biasa sahaja tetapi orang tidak putus mengunjunginya. Apakah rahsianya? Mungkin kerana kesedapan makanan yang disediakan dan juga layanan yang diberikan yang membuatkan pelanggan sentiasa mahu berkunjung ke sini.


Tok Ayah bersama cucu bongsunya si Azzam Haneef. Ya Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kedua orang tuaku.


Akhir sekali, gambar kesukaanku. Tenang rasanya duduk di atas batu di tepian pantai. Angin sepo-sepoi bahasa menyapa pipi.

Oklah, hari ini sudah memulakan kehidupan kota semula. Alhamdulillah walaupun semalam mengharungi kesesakan lalulintas (seperti biasa) selama 12 jam kami sampai juga di rumah sendiri. Semoga diberikan rezeki bertemu lagi dengan mak ayah di kampung lagi. Insya Allah.

Kelas asas blog & fanpage yang dikendalikan olehku masih lagi berterusan seperti biasa. Jom daftar untuk bulan November dan nikmati harga tawaran RM200 untuk 4 ebook sebagai rujukan memulakan sebuah bisnes:)

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

1 ulasan:

kasihredha berkata...

bestnya kelik kapong
huhuhu....rindu nok make mace2

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^