Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 28 Oktober 2013

Tempat Menarik Di Selangor : Review Hotel Gold Coast Resort Morib

Assalamualaikum,

Hari minggu yang lepas kami bercuti ke Gold Coast Resort di Morib. Kali ini mengikuti percutian yang dirancang bersama teman sekerja en suami. Anak-anak bila aje sebut mahu tidur hotel masing-masing memang penuh teruja untuk ke sana sampaikan setiap hari pun asyik bertanya bila mahu tidur hotel.

Pagi Sabtu kami tiba dalam pukul 12 tengahari dan terus check in bilik. Rezeki kali ini dapat bilik mengadap hutan pula. Senyap sunyi je bilik, berbeza sangat-sangat dengan kali pertama kami menginap dahulu iaitu bilik mengadap taman tema memang sentiasa terdengar bunyi jeritan kanak-kanak bermain air di bawah sana.


Kali ini harga bilik yang kami dapat dalam RM200. Memang puas hati kalau ke sini kerana harga biliknya termasuk sarapan pagi dan juga 2 tiket masuk ke taman tema. Kali ni en suami dan anak-anak pula yang pulun mandi, aku hanya duduk dalam bilik sahaja, dapat rehatkan badan dari melakukan kerja rumah sudah cukup bagi aku :)


gambar taman tema (ihsan dari internet)


peta sekiranya mahu ke sini. Lebih kurang 40 minit sahaja dari rumah kami.


Budak kecil dua orang ini mandi di dalam bilik sahaja. Apa yang best di sini adalah setiap bilik mandi dilengkapi dengan set jakuzi. Bolehlah kalau rasa nak berendam dalam air, duduk dalam jakuzi tu lama-lama:P


Lepas berendam terus tertidur, tapi masa ini Ashraf tak sihat. Boleh pula tiba-tiba panas badan..


Tengahari pula kami keluar makan di Dataran Morib, ada banyak gerai yang menjual macam-macam masakan seperti nasi campur, masakan panas, nasi ayam, soto, dan ada juga sotong bakar. Bolehlah buat alas perut kerana bila balik ke bilik anak-anak aku pakat turun lagi main air. Pukul 7 malam baru masing-masing sibuk nak naik bilik, en suami pun sama..Amboi, mentang-mentang kali ini pergi bersama teman sepejabat, main air sampai tak ingat!!

Kali ini Haziq memang dah tak takut dah main air. Bersungguh dia turun main semua gelongsor yang ada, Husna pula terkulat-kulat seorang diri sebab tiada kawan. Nampak gayanya mama kena "berikan" adik baru pada Husna ni :P

Oklah, nak bagi review sedikit tentang hotel ini : bilik memang luas dan bersih tapi semua kelengkapan dalam bilik adalah biasa sahaja. Ada TV tapi tiada siaran yang menarik (hanya siaran tempatan sahaja), ada peti sejuk mini, ada pengering rambut dan tandas yang cukup luas. Bilik juga agak besar jadi kalau mahu selesa boleh bawa tilam sendiri dan bentang tidur atas lantai.

Sarapan pagi kali ni agak mengecewakan sebabnya tiada menu yang menarik. Rupa-rupanya kami terlambat turun jadi kena pergi bersarapan di tepian pantai (dalam khemah putih) di mana menu kat dalam khemah ini tak banyak berbanding di coffee house hotel. Kali ini Haziq, Husna dan Ashraf tidak turun sekali kerana kalau turun mereka akan dikenakan bayaran RM18 untuk satu kepala padahal makan bukannya banyak. Jadi aku dah belikan siap-siap biskut dan mereka lepak di dalam bilik sehingga kami selesai makan :)

Aktiviti lain di sini ada banyak cuma kami je yang tak mencubanya. Aku tertarik juga perkhidmatan spa yang disediakan cuma hari tu macam belum bersedia lagi untuk mencubanya. Insya Allah lain kali boleh datang lagi, anak-anak memang suka datang sini sebab tarikan utama adalah taman tema dan jakuzi.

Bagi yang sedang merancang percutian keluarga, aku cadangkan hotel Gold Coast & Resort di Morib ini. Silalah buat tempahan awal untuk mendapatkan harga yang murah yaaa

Boleh baca entry aku yang lama semasa kali pertama kami menginap di sini
http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/04/check-in-gold-coast-morib.html

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

2 ulasan:

NORAIN ISMAIL berkata...

macam mana nak dapat harga bilik sekali tiket taman tema yer :)

Tanpa Nama berkata...

Menariknya tempat ni.. Boleh try pergi nanti kalau ada rezeki.. :)

Ni pula percutian bajet tetapi menarik di area Selangor yang saya kunjungi hari tu..

http://miaqaisarah.com/2015/04/28/ajlaa-village-resort-yang-best/

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^