Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 21 Februari 2014

Diari Suri Bekerja Di rumah : Kini Surirumah Juga Boleh Jana Pendapatan Sendiri


Imej : Google
Teks : Zaila Mohamad

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah,  tahun ini sudah masuk tahun kedua saya berhenti kerja dan menyambung perniagaan online yang telah saya usahakan sejak dari tahun 2009 lagi. Dulu saya pernah terdengar bisik-bisik dari kawan-kawan yang mengatakan tidak mahu berhenti kerja kerana risau akan tiada sumber kewangan sendiri untuk membeli barangan peribadi seperti gincu, henbeg idaman hati dan sebagainya. Alhamdulillah, saya ingin war-warkan di sini yang semua itu boleh kita dapat sekiranya kita tahu caranya.

Sejak berhenti kerja, tak dinafikan saya lebih berhati-hati dalam menguruskan kewangan. Setiap wang yang masuk dikira dan akaun bank juga dikosongkan setiap hari. Bekerja sendiri melatih diri menjadi sangat disiplin dan meletakkan sasaran setiap minggu. Namun tidak selalunya saya bernasib baik dengan mendapat jualan yang meletop setiap bulan tapi yang pastinya sejak bekerja sendiri, semua bil internet yang berjumlah RM98 setiap bulan saya yang bayar, selain hutang sendiri iaitu hutang  PTPTN. Kalau dulu semua en suami yang bayarkan, tetapi sekarang sudah boleh melunaskan hutang-hutangdengan "gaji" saya sendiri hasil dari usaha bekerja dari rumah.

Bagi surirumah yang masih teragak-agak untuk bermula, adalah sangat merugikan bagi kalian sekiranya melepaskan peluang yang ada di depan mata. Alasan apa lagi yang mahu diberikan lagi?Andai ini adalah alasan sebelum anda bermula, maka bacalah jawapan yang saya berikan di bawah. Saya juga sudah melalui fasa-fasa bekerja makan gaji, bekerja sendiri dan sudah pastilah bekerja sendiri lebih dekat di hati saya:)

1) Alasan : Saya malu dan tidak tahu berniaga

Jawapan : Saya dulu pon semasa bermula memang pemalu dan tidak boleh berdepan dengan orang langsung. Tapi saya bermula dengan blog dimana saya menjual kepada mereka yang berminat dengan produk jualan saya. Yang bestnya saya tidak perlu berhadapan dengan pelanggan pun, hanya berhubung melalui telefon dan juga email sahaja. Setelah beberapa kali melakukan jualan secara online, saya bergerak selangkah lagi dengan menyertai jualan-jualan di bazar-bazar. Saya gunakan blog juga sebagai medium untuk mengwar-warkan bazar yang saya sertai dengan menawarkan promosi-promosi sekiranya pelanggan berkunjung ke gerai jualan saya.

2) Alasan Suami tidak memberikan sokongan

Jawapan : Bagaimana suami kita mahu memberikan sokongan andainya kita tidak bersungguh-sungguh membuktikan kepadanya yang kita betul-betul serius dalam perniagaan yang kita ceburi. Pengalaman saya yang lepas, saya banyak menghabiskan masa membangunkan blog jualan saya dan sehingga perniagaan saya mendapat sambutan. Selepas itu, suami memang menjadi orang kuat yang membantu saya dalam berniaga seperti meminjamkan modal, menjadi pemandu dan memberikan sokongan yang tak putus-putus kepada saya.

3) Alasan : Saya tiada modal untuk bermula

Jawapan : Modal bukanlah alasan lagi kerana sekarang apa yang terbaik adalah mulakan dengan apa yang ada dahulu. Sekiranya tidak mempunyai modal yang besar untuk membeli stok, boleh bermula sebagai ejen dropship dimana anda hanya perlu menjual produk orang lain dan menikmati keuntungan dari komisen bagi setiap barangan yang terjual. Setiap duit yang dapat boleh dikumpul untuk dijadikan modal. Sekiranya komisen setiap jualan hanya RM5, maka gandakanlah wangnya dengan menjual sekurang-kurangnya 5 produk tersebut. Jadi sehari sudah dapat RM25 untung bersih!

4) Alasan : Saya tiada internet di rumah

Jawapan : Zaman IT dihujung jari ini memang sangat-sangat tidak boleh diterima sekiranya ada yang memberikan  alasan sebegini. Kecuali orang miskin yang memang nak beli beras pun tak mampu itu iyalah, kita terima alasannya. Tapi jika anda mampu untuk membeli sebuah telefon smartphone walaupun ianya hanyalah klon dari China, maka anda memang layak untuk berniaga melalui facebook. Terus terang saya katakan telefon saya sekarang hanyalah Samsung S2 yang skrinnya pecah dua. Alhamdulillah masih beroperasi dengan elok dan telefon saya hanya gunakan prabayar sahaja setiap bulan dimana saya membeli data internet secara prabayar mengikut penggunaan data. Kalau facebook kita boleh buka dan skrol tanpa jemu, gunakan peluang yang ada untuk belajar menggunakan kemudahan yang ada. Facebook, Whatsapp, viber, Instagram dan Telegram antara aplikasi yang sangat-sangat membantu dalam berhubung.

5) Alasan : Saya tiada masa untuk berniaga kerna sibuk jaga anak

Jawapan : Setiap orang diberikan jumlah masa yang sama oleh Allah iaitu 24 jam sehari. Jadi, atas kepandaian dan kebijaksanaan sendiri untuk menggunakannya. Rata-rata saya melihat orang yang berjaya dalam bidang yang diceburinya adalah kerana mereka tidak membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Mungkin masa untuk menonton sinetron atau tidur bersamaanak-anak boleh digantikan dengan mencari ilmu dan belajar untuk menguruskan perniagaan atau kewangan dengan lebih baik. Untuk berjaya, tak dinafikan disiplin memang sangat-sangat penting. Saya juga kadang-kadang kecundang terutamanya apabila badan penat menguruskan keluarga dan anak-anak. Tetapi sebagai seorang peniaga (walaupun bukanlah yang punyai bisnes besar skala juta-juta) kita kena cepat-cepat bangkit agar tidak hanyut dibuai perasaan.

6) Alasan : Saya tiada kenderaan untuk keluar menghantar barang

Jawapan : Sekiranya kita menjadi ejen dropship, kita tidak perlu pun untuk bersusah-susah menghantarkan barangan yang dijual kerana kita hanya bertindak sebagai ejen untuk promosi dan menjadi pengantara kepada pelanggan sahaja. Saya juga walaupun menjual produk sendiri sudah jarang ke pejabat pos untuk mengepos barangan. Ini kerana saya menggunakan khidmat Gdex dimana lori Gdex akan datang ke rumah untuk mengambil barang yang kita akan hantar. Proses penghantaran juga cepat berbanding dengan Poslaju. Tak dinafikan bayaran agak mahal tetapi saya telah menetapkan terma dan syarat awal-awal lagi sebelum pelanggan bersedia untuk membeli barangan tersebut.

7) Alasan : Saya cepat sentap jika pelanggan marah

Jawapan : Sebagai manusia biasa memang tak dinafikan kita akan ,mudah berasa cepat sentap, terasa, kecik hati apabila menghadapi masalah dengan pelanggan atau perniagaan kita. Sebab itulah pentingnya ada kumpulan sokongan yang boleh membantu dalam memberikan nasihat dan kata-kata semangat. Seperti saya sendiri, kumpulan Akademi Bekerja Di Rumah memang banyak mebantu dalam memberikan semangat dan sokongan yang saya perlukan. Oleh sebab itu, sangat penting kita mencari sifu yang betul dalam perniagaan. Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan lagi seperti mengikut (follow) fanpage sifu perniagaan dan motivasi yang terkenal seperti Dr. Azizan, Irfan khairi, Coach Bahar dan banyak lagilah! Jangan buang masa melayan fanpage-fanpage artis dan laman-laman politik yang di dalamnya sendiri terdapat banyak aura negatif.

8) Alasan : Saya tiada idea nak jual apa sebab semua saya rasa mahu buat

Jawapan : Bagi saya tidak ada masalah untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa iaitu dengan menjual pelbagai barangan untuk menambah pendapatan kita. Saya sendiri suka mencuba dan menjual apa yang saya suka. Tidak mengapa asalkan sekurang-kurangnya kita bermula juga. Ada orang suka merancang apa yang mahu dijual tapi sampai sudah tidak terjual-jual. Dari hasil jualan kita, kita boleh tengok nanti mana jualan yang mendapat sambutan paling tinggi dan bolehlah kita fokus menjual produk tersebut sahaja.

Baca alasan seterusnya di sini : Surirumah Juga Boleh Jana Pendapatan Sendiri

Alhamdulillah, terima kasih pada mereka yang sudi berurusan jual beli dengan aku. Sepanjang berada di rumah, masih tidak putus-putus rezeki yang datang dari Allah. Bagi mereka yang masih ragu-ragu, mulakan dari sekarang. Jangan ambil keputusan untuk berhenti kerja lagi sebaliknya usaha dulu dari apa yang ada.


Bagi sesiapa yang mencari barangan untuk "goodies pack" parti harijadi mengikut tema, mungkinboleh hubungi aku untuk mendapatkan sebut harga. Alhamdulillah, ada pelanggan dari Cyberjaya yang telah menempah 100 keping set alat tulis tema Mickey, Cars & Angry Bird. Barangan telahpun selamat dihantar menggunakan Gdex.


barangan sunnah pon masih lagi berjalan seperti biasa, terutamanya produk sunnah iaitu pakej berpantang dan kehamilan.


Nak buat promosi sket : Mickey Mouse Stationery Set (RM3/pc) PM untuk harga borong

Alhamdulillah, nikmat Allah apa lagi yang kamu dustakan? Semuanya sudah nampak di hadapan mata bagi siapa yang berusaha mereka yang dapat hasilnya.

Untuk mendaftar kelas asas blog & fanpage, boleh hubungi saya melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Whats app/sms/telegram : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Selamat berhujung minggu semua!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^