Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 7 Oktober 2014

Raya Haji 2014

Assalamualaikum,

Semoga tidak terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya Aidiladha buat semua pembaca sekalian. Mesti semua sudah merasakan keenakan dan kemanisan daging korban kan? Alhamdulillah tahun ini kami berpeluang menyambut hari raya di Shah Alam. Pada awalnya memang kami merancang untuk balik ke kampung halaman tetapi en suami memberitahu yang beliau terpaksa ke Manila sehari selepas raya. Tapi akhirnya tak dapat pergi juga kerana tidak mendapat kelulusan dari bos en suami. Jadi, terpaksalah kami beraya di perantauan :)

Seminggu sebelum hari raya Haziq ada membawa balik sekeping surat dari sekolah yang mengatakan tahun ini sekolahnya akan mengadakan acara korban di sekolah. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, en suami terus mengambil bahagian di dalam rancangan korban sekolah Haziq tahun ini. Lagipun, kami memang tidak pernah lagi merasai pengalaman korban di sini (Shah Alam). Kalau di kampung, selalu juga tengok acara korban di rumah mak aku atau mak saudara tapi kalau di bandar selalunya acara korban diadakan di surau sahaja.

Pagi selepas solat raya (aku tak pergi pun solat raya sebab tak ada siapa yang boleh tengok-tengokkan anak-anak) en suami dan Haziq ke padang sekolah. Awalnya kami ingat macam tak jadi aje sebab tiada maklumbalas yang diterima oleh pihak sekolah tapi rupa-rupanya ada. Nasib baiklah Haziq yang beritahu pada hari Jumaat ada lembu dibawa ke padang sekolahnya :))


Tahun ini 6 ekor lembu dikorbankan di padang sekolah Haziq. Seekor lembu disumbangkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk dibuat makan-makan di situ.


Dalam pukul 11 pagi en suami balik ke rumah ambil aku dan anak-anak yang lain. Sampai di sekolah, ramai juga yang datang memberikan pertolongan. Meriah juga lah tapi aku tak dapat menolong kaum Hawa yang sediakan makanan di bawah khemah, maklumlah anak kecil ni susah nak masuk. Lagipun khemah yang disediakan untuk kaum Hawa pun sudah penuh. Menu yang dimasak pada hari itu adalah nasi arab; 2 jenis iaitu mandy dan kabsah. Lauk pula sup daging lembu dan kurma daging.


Alhamdulillah memang sedap sangat hidangan yang disediakan oleh pihak sekolah. Kami makan pada pukul 12 tengahari. Cuaca pun mendung sahaja pada hari tu. Sambil makan sambil lap peluh. He he he Walaupun terpaksa berangkut makanan dan makan agak jauh juga, secara keseluruhan kami berpuas hati dengan program ini. Insya Allah, kalau ada rezeki tak dapat balik beraya di kampung bolehlah sertai acara korban di sini. Tapi kalau korban di bandar, rata-rata ramai warga Indonesia & Bangladesh yang banyak membantu. Malah lebih cepat dan rajin dari orang kita sendiri.


Bagi yang korban pada hari tersebut, kami diberikan sedikit daging dan tulang. Tapi en suami minta juga dalam 5 plastik daging untuk diagih-agihkan kepada jiran-jiran kami. Yang penting, ada juga rezeki untuk merasa hati lembu :) Waah memang sedaplah! Daging korban juga sedap dan lembut. En suami bagitahu sebelum lembu-lembu tersebut disembelih, tukang sembelih bertakbir dahulu. Patutlah mudah sahaja untuk menumbangkan beberapa ekor lembu :)

Dah kenyang tu kami balik ke rumah. Petang itu kami ke Jalan Duta ke rumah kakak en suami. Alhamdulillah, sekali lagi bersyukur sebab walaupun tak balik kampung tapi masih boleh bertemu dengan saudara-mara yang seangkatan dengan kami. Selalunya raya haji memang cutinya sekejapan sahaja. Jadi memang ramai yang mengambil keputusan untuk tidak pulang beraya. Walaupun begitu, kami tetap menyambutnya sama seperti mereka yang balik ke kampung juga. Kalau di bandar, daging korban akan diagih-agihkan di surau. Kalau mahu merasa daging korban kena lah ambil kupon di surau. Haaaa masa ini barulah nampak muka-muka yang "jarang" ke surau :P He he he


Pendek kata, walau di mana kita berada, sebagai umat Islam kita wajib menyambut hari kebesaran kita. Alhamdulillah dan syukur atas nikmat yang Allah berikan ini. Hermmmm hari ini aku cuti dari masak daging, al maklumler gusi dan rasa sakit-sakit sebab selalu kunyah daging. Kita tunggu hari minggu nanti kita buat sup gear box dan nyicah pula untuk jamu adik beradik lagi :)

Selamat hari raya haji sekali lagi dan berhati-hati dalam memakan daging :P


Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^