Hujung bulan April yang lepas kami ambil peluang untuk menghantar pembantu kami atas alasan yang tersendiri. Alhamdulillah genap setahun lebih perjalanan hidup Aini bersama kami. Mekla rasa banyak juga yang telah dia pelajarai dari kami. Daripada datang tak tahu apa-apa hinggalah pandai masak nasi dan masak lauk. Itupun kalau dia praktikkanlah, kalau lepas ni tak buat apa-apa nak buat macamana kan? Walaupun pada hakikatnya kami ingin membantu keluarga mereka yang susah tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik buat keluarga kami.
Buat masa sekarang Mekla ada pembantu-pembantu cilik yang sentiasa bersedia untuk menjaga adik mereka (iyalah tu, padahal sentiasa mencari alasan sebab tak nak pegang adik). Waktu selepas hantar Aini, en suami ke Jogjakarta selama beberapa hari kerana lawatan staf tempat bekerjanya. Pertama kali sendirian menguruskan 6 anak. Kelam kabutlah sikit tapi alhamdulillah, saat-saat sukar sudah berlalu. Syukur sangat di atas pengalaman ini :)
Haziq memang boleh jaga adik tapi ada masa-masa aje. Kebanyakannya asyik kena suruh (baca : marah) baru nak buat tapi adik Arman memang selalu tertidur atas dukung dia. Selalunya kalau Mekla nak masak memang kena minta Haziq jaga kan adiknya memandangkan Arman ni memang jenis tak boleh berenggang dengan mama. Kalau dia menangis, isy tak boleh dengar tau!
Kalau dengan HUsna dulu, Arman tak nak. Asal kakak dia dukung je mesti menangis. Tak tahulah kenapa tapi Mekla rasa mesti sebab HUsna ni tak pandai nak berlembut dengan adik. Tapi tu dulu lah, masa awal-awal, sekarang dah boleh pegang dan suapkan adik. Itupun kalau time angin rajin dia datang.
Kadang-kadang kesian juga bila teringatkan nasib Hazq dan Husna sebab kawan-kawan sebaya mereka masih sibuk bermain atau membaca buku tapi mereka kena jaga adik. Ha ha ha Nak buat macamana, dah tertulis mereka tu ditakdirkan ada adik yang ramai. Alhamdulillah, semakin hari nampak mereka pun dah biasa dengan kehidupan tanpa pembantu. Walaupun pada awalnya banyak meruntun emosi tambah-tambah apabila aku penat dan marah-marah mereka. Masa tu mulalah ada drama seperti Azzam akan bercakap "Kan best kalau ada kakak Aini".
Sekarang ni semuanya sudah faham tugas masing-masing. Alhamdulillah, en suami pun banyak faham dan membantu. Kalau Mekla tak sempat masak ke apa, kami akan makan apa yang ada atau bungkus. Hidup ni tak boleh stress-stress :P Allah sebenarnya mahu aku jaga sendiri anak-anak memandangkan aku juga tidak bekerja kan. Sebenarnya banyak hikmah yang tersembunyi. Sedih tu memanglah sedih tapi kita ambil hikmah dan teruskan kehidupan. Semoga apa yang akan mendatang lebih menjanjikan kebahagiaan buat kami sekeluarga :)
Yang penting dekatkan diri dengan Yang Maha Esa kerana Dia lah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat diri kita. Oklah nak pergi ambil Ashraf pula. Bye!
2 ulasan:
oo tak tau plak ada helper.. takpe semua tu pengalamankan.. baru tau apa beza ada n takde.
i plak lom rasa lagi. saja request kat zaf tp dia taknak hahaha.. 3 orang lom ramai lagi. tunggu 6 orang kot baru ok :p
i pun kecik2 dah jaga adik2 tau. okay je, sbb takde la sampai tak leh main langsung.
lama xbaca blog zaila...dah 6 org dah anak ye..mmg perlua ada pembantu...tp xpela..lama2 anak2 biasa kot
Catat Ulasan