Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 19 Julai 2011

Makanan Hari Minggu Kami

Waaah, matiklah..Hari ni blog aku gambar makanan aje yaaa..hehehehe..Pagi tadi pasal coklat ni gambar makanan hasil air tangan aku pula. Maklumlah tengah-tengah bulan ni, weekend kami duduk rumah aje, makan pun kat rumah..Hehehe..Save budget sket;P

Kebetulan hari Sabtu lepas adik ipar aku datang, bolehlah aku masak-masak tapi aku masak hak simple-simple je, mee kuah je pun..Senang & main campak-campak je..Malas nak masak nasi segala sebab dah petang & nak cepat..Lagipun masa tu sibuk dok layan bola (Malaysia 3 Liverpool 6)..Hahaha..Takpelah, kira bagus dah tu Malaysia boleh sumbat 3 gol..Walaupun kalah, tapi kami masih bangga;)




aku suka buat mee kuah kalau nak cepat, main campak-campak je..rasa?? belakang kira..muahahahaha;P



Resepi mee kuah;- tumis bawang putih, halia then masukkan udang..bila udang kemerahan, masukkan air (bergantung pada kuah nak banyak mana), masukkan siap-siap sos tiram, garam, gula, pak aji & bila dah mendidih tu masukkan sayuran & fish ball..Pastu rasalah macamana kan..Then celur mee, tumbuk cili padi merah+garam+gula & campur cuka..Makan bersama..Wallah!! Pedas hingga meleleh hingus;P

Pastu aku buat bubur jagung simple sebab pakai bahan basic je;- santan, garam, jagung & nise..sangat senang buat bubur ni;)









Pastu pagi Ahad breakfast dengan nasi lemak basic juga..Hehehehe..Anak-anak aku suka makan macam ni je, Kalau beli kat kedai ada lauk bagai last-last yang dicari ikan bilis dengan telur je pon..Buat rugi aje kalau amik lauk *dasar kedekut* Resepi nasi lemak cara aku;-


Masak nasi dengan santan, garam sket & hirisan halia


Goreng ikan bilis, rebus telur


Sambal pula tumis bawang merah, halia, cili boh sampai naik bau, masukkan air asam jawa, garam, gula then bila mendidih tu kira siaplah..Senang kan..




Resepi aku semuanya simple-simple aje sebab yerlah kat dapur aku ni selalu aje tak cukup bahan & kalau semua bahan ada pun aku kena masak cepat-cepat juga sebab nanti Ashraf ni berbunyi-bunyi, kejap nak tidurlah, kejap nak susulah..Macam-macam!!




Oklah, tata!! *malas nak bebel pepanjang, perut dah lapar balik ni*

3 ulasan:

mrs shaifull berkata...

hehehe, tq zaila, akak dah cilok resepi sambal simple awak tu, senang :)

Lynn Abd Latib berkata...

betullah..lapar tgk gambar nasi lemak tuh :-)

sy peminat tegar ikan bilis :)

Tie HT berkata...

emhh..cedap nye zaila :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^