Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 27 Julai 2011

Naik Bas RapidKL Pon Boleh Menang Hadiah

Pada sesiapa yang selalu ulang alik pergi kerja naik bas RapidKL, aku rasa eloklah korang beli satu kad Touch 'nGo & daftarkan no. siri kad korang untuk berpeluang menang pelbagai hadiah yang menarik..

Untungnya korang kalau selalu guna bas untuk p mana-mana. Boleh klik SINI untuk daftarkan no. siri kad TnG korang.

Aku rasa kali terakhir aku naik bas adalah masa zaman belajar di UPM dulu. Sedar tak sedar, dah hampir 6 tahun aku tak naik bas..Huhuhuhu..Harga tiket balik Kelantan pun dah tak tahu berapa RM, tapi yang pasti sudah semestinya akan NAIK kan??

Apa-apa pun, salah satu cara untuk berjimat adalah dengan menaiki kenderaan awam untuk ke mana-mana..Tapi bagi aku yang ada anak ramai kecil ni, rasanya sekarang bukan masa yang sesuai lagi untuk membawa mereka naik bas..Tunggu papa diorang beli bas dah besar sket baru boleh kot;P

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^