Korang derma sepasang baju kurung/baju melayu pun dah cukup & kalau boleh hebahkanlah di blog & laman facebook mahupun Twitter masing-masing supaya lebih ramai orang yang tahu akan kempen ini. Sambil-sambil beli baju raya untuk anak-anak tu, apa kata lebihkan sehelai dua untuk diberi sedekah kepada anak-anak yatim yang adakalanya tak bernasib baik seperti anak-anak kita;(
Aku takleh nak cerita lebih-lebih sebab aku cepat emo, tengok gambar anak yatim pun aku dah menangis keluar air mata segala. Yerlah, naluri keibuan aku tersentuh bila melihat muka mereka..Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh layari website sehelai baju atau like fanpage diorang di sini..Program ini akan bermula dari 1hb Julai sehingga 25hb Ogos 2011. So masih ada masa untuk kita sama-sama membantu mereka;)
Pada yang ingin memberikan sumbangan (hanya dalam bentuk baju melayu/baju kurung sahaja, sebab mereka tak menerima tunai) bolehlah poskan sumbangan ke alamat seperti di bawah;-
SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A : Ahmad Bin Sa'abun
No.12, Jln Platinum 7/44, Seksyen 7,
40000, Shah Alam,
Selangor
Tel. No. : 016-215 1192
Semoga dengan sumbangan ikhlas dari kita dapat menceriakan wajah-wajah anak yatim di pagi hari raya nanti *Insya Allah*
2 ulasan:
bagusnyo usoho gini. harap2 ramai hok sudi bantu
baru tengok gambar dah sebak.. :(
Catat Ulasan