Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Khamis, 27 September 2012
Resepi Sosej Roll With Cheese Versi Mek La
Assalamu'alaikum semua!
Petang-petang cenggini aku nak share resepi sosej roll versi aku. Eh actually resepi asal kawan aku si Nani yang first time buat kat rumah sewa aku dulu (cerita beberapa tahun yang lepas dah) pastu dek kerana senang bangat nak buat, memang akan menjadi santapan kami anak beranak di kala stok roti nak expired:P
Ok bahan-bahan senang saje;-
- roti gardenia
- sosej (nak belah 2 pon boleh)
- cheese yang keping tu (Cheesedale ke apa namanya?)
- telur (aku guna 2 biji)
- minyak untuk menggoreng
Cara-caranya :-
- aku ambil hak tepi roti tu (yang kaler gelap tu) & then blend semua so dapatlah serbuk roti (serdak roti)
- ambil sosej goreng sekejap atas kuali tanpa minyak yaa
- pastu ambil roti, letakkan cheese & sosej di atas roti tu then gulung ketat-ketat
- celup dalam telur then golek-golek dalam serbuk roti tu
- pastu goreng..
Jangan lama sangat..nanti hangit pula luarannya..Dah angkat toskan minyak..& hasilnya bila dipotong..perghhh cheese tu akan meleleh keluar membuatkan dirimu tak sabar-sabar nak menikmati potongan sosej roll bersama dengan Teh O di petang hari..Alamak!! laparnya..
Oklah, selamat mencuba:)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan