Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 4 Julai 2013

Aroma Ramadhan Datang Lagi


Assalamualaikum,

Malam tadi terbaca status di facebook kak Masayu Ahmad;-

Aroma ramadhan bertandang lagi, ia mengembalikan momen bersama arwah mek, masakannya, layanannya, sahutan mengejutkan anak-anak bangun. Aroma ikan kerisi gemuk yang dibakar, aroma sayur lemak, aroma sup ayam kampung, ia menu tak dapat digambarkan. Kesedapan yang bersalut enak kasih sayang. Ingatan juga suasana tarawikh dan moreh di bala soh (surau). Tergambar juga susana balik dari surau, enak menikmati colek pelbagai buah. 

Indahnya zaman kanak-kanak. Air batu hanya 20 sen beli di kedai wan hasan. Ketulan ais panjang, dibelah dua, atau harganya 50 sen. Sedapnya cendol yang diadun enak bersama kelapa mudah. Semua ini kenangan terindah. Kita mernikmati momen ini dan melekat hingga dewasa. Sungguh hebat ciptaan Allah, tayangan filem pendek yang kita boleh putar bila kita mahu, kita terbayang seolah ada skrin di depan mata.
AllahuAkbar. Al-Fatihah buat arwah mek Rakiah Daud.
Travelog Suri ;)

Teringat juga momen Ramadhan di zaman aku kecil dulu. Indah bukan perasaan bila bangun sahur dan tunggu waktu berbuka? Saat yang aku rindui seakan rasa mahu memutarbalik peredaran masa adalah saat di mana mak aku masih belum bekerja (berniaga). Masa itu memang indah, di kala menginjak petang aku akan berada di dapur menjenguk masakan mak. Tambah seronok kalau ada Kak Na bersama. Menu utama adalah lawa sejenis masakan yang menggunakan ikan mentah dan ulam-ulaman, sangat popular di kampung aku. Aku masih belum dapat menguasai lagi menu ini. Insya Allah akan cuba merajinkan diri mencuba untuk belajar menu kesukaan ayahanda ini. Insya Allah..

Bulan puasa juga ada meninggalkan kenangan sedih buat aku di mana bulan puasa juga aku kehilangan arwah Tok Cek (ayah kepada mak) yang kemalangan semasa balik dari pasar. Kenangan itu samar-samar sangat di dalam fikiran ini kerana masa itu aku masih lagi kecil tidak mengerti apa-apa. Yang aku ingat mak tidak pulang dari kedai walaupun hari sudah menginjak ke waktu Maghrib. Alhamdulillah masa tu ada jiran baik, ada pasangan warga Siam yang berhijrah ke kampung aku untuk menanam tembakau mengajak aku berbuka puasa bersama mereka:) Bila malam barulah ayahanda datang menjemput pulang. Masa tu mak masih lagi di hospital bersama-sama dengan adik beradik mak yang lain. Al-fatihah buat arwah Tok Cek Daud :( Memori indah bergurau di jerambah rumah arwah Tok akan tersemat di hati.

Hanya tinggal beberapa hari lagi aroma Ramadhan akan bertandang lagi. Insya Allah mari jadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya. Sebagai surirumah, aku ada agenda yang aku mahu teruskan atau serapkan dalam isi rumah aku. Insya Allah Ramadhan tahun ini mahu menyediakan sendiri juadah berbuka seperti tahun lepas, mahu serapkan lagi momen-momen bersama anak-anak di dapur supaya mereka juga bisa mengingati saat-saat indah ini bila aku tiada nanti. Insya Allah tahun ini aku harus melatih Haziq berpuasa tapi tak tahulah macamana nanti. Semoga Haziq diberikan kekuatan untuk bertahan menahan lapar dan dahaga sepanjang berpuasa nanti.

Bulan puasa juga ingin melatih hati supaya lebih menghambakan diri kepadaNYA. Ramai orang bila masuk sahaja bulan puasa akan berhijrah memakai tudung dan menutup aurat. Alhamdulillah semoga aku juga dapat istikomah dalam hal ini. Tahun lepas, aku berazam kepada diri untuk tidak lagi menyibukkan diri membaca gosip-gosip artis & mengunlike laman-laman gosip yang aku rasakan tidak perlu untuk aku tahu perkembangannya. Alhamdulillah sampai tahun ini masih lagi tidak membuka mana-mana laman gosip artis. Insya Allah semoga Ramadhan ini tangan kita akan lebih rancak untuk menekan butang like untuk perkongsian ilmu tanpa batasan di dalam facebook nanti.

Ramadhan kali ini juga aku berazam untuk menghalang diri dari meletakkan gambar masakan aku. Bukan apa sebagai satu cara untuk melatih diri agar sentiasa ingat akan mereka yang tidak bernasib baik di luar sana. Mungkin bagi kita berbangga dapat memasak air tangan sendiri buat santapan ahli keluarga tapi kita masih tidak tahu akan nasib orang-orang miskin di luar sana yang berbuka sekadar dengan air masak sebagai pengalas perut sahaja. Mohon Allah istikomahkan hati ini agar sentiasa mengingati mereka yang kurang bernasib baik. Amin..

Segalanya semua perancangan kita ini harus dapat perkenan dari Allah juga. Kita hanya boleh merancang tapi Allah yang menentukan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Bagi yang masih berminat untuk mengikuti kelas asas blog penulisan & fanpage, boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651

Kelas akan berjalan biasa walaupun di dalam bulan puasa. Insya Allah :)

Buat semua, selamat menyambut Ramadhan kareen. Ahlan wasahlan ya Ramadhon!

2 ulasan:

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

Salam Ramadhan Zaila..lps ni kerah otak fikir menu apa utk berbuka.. utk sahur :D

WAN ROKIAH berkata...

sedih la pulokk bc kisah2 zmn dulu kan....teringat arwah tuk n nenek..kedua belah mak n ayoh dh xdop..

duk bau sedapnya lawa....kecur liur dh jd....rasa nk blk wat slaluh

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^