Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Selasa, 22 April 2014
Mudahnya Masak Mee Bandung
Assalamualaikum,
Pagi-pagi update blog mesti cerita tentang makanan. Jangan ada yang stress masuk blog aku ni sudahlah!
Ok, semalam hari Isnin selalunya hari yang malas bagi aku. Maklumlah selepas Sabtu Ahad, masuk Isnin jadi lemau sket, nak masuk dapur pun malas sebab rasa nak rehat aje. Jadinya, aku suka menyediakan masakan yang ringkas untuk santapan aku dan anak-anak. Macam semalam perama kali aku mencuba pes mee bandung meletops yang aku jual tu. Mudah bangat sih!
Bahan-bahan :
- 7 cawan air rebusan daging (sudah tentulah aku masukkan daging & kebetulan ada udang juga jadi aku tambahkan sekali)
- 1 pek pes mee bandung meletops
- 1 plastik "fish cake"
- 1 plastik tauhu kering
- sebatang sawi hijau
- 2 biji telur
- 1 peket mee kuning
Cara-caranya :
- Rebus daging bersama 7 cawan air
- Agak-agak daging dah lembut masukkan pes segera mee bandung meletops
- Masukkan fish cake & tauhu kering yang telah dipotong kecil
- Masukkan sawi
- Cuba rasa kuahnya, jika perlu ditambah garam & gula maka bolehlah tambah. Semalam aku hanya tambah sesudu garam sahaja kerana pes ini sudah manis dan rasanya tidak pedas sangat
- Pecahan telur
- Jangan lupa ceur dahulu mee kuning dan kemudian masukkan kuah mee bandun ini
- Sedia untuk dihidangkan
Rasanya tak sampai dalam 30 minit pun siap memasak semuanya. Anak-anak aku pun suka terutamanya Haziq & Husna. Ashraf tu tahu kutip fish cake aje, dia memang susah sikit nak makan tapi mee memang kesukaannya!
Bulan puasa yang bakal mendatang ni, sesuai sangatlah bagi ibu yang bekerja membeli pes segera macam ini dan disimpan di dalam peti sejuk beku (freezer) untuk menyediakannya bagi juadah berbuka. Jangan cakap tak sihat kerana ini juga merupakan salah satu produk homemade yang memang menggunakan produk yang terpilih dan berkualiti sahaja. Yang penting memang menjimatkan masa anda untuk menyediakannya. Tak payah nak susah-susah tumbuk / kisar bahan. Hidangan pula sesuai dimakan oleh 5-6 orang. Semalam aku buat boleh makan sampai malam. En suami pun cakap sedap!
Boleh tempah di sini : Borang Tempahan
Sehingga bertemu lagi. Selamat menitiskan air liur yaaaa :P
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
1 ulasan:
sedapnya
Catat Ulasan