Johnson's BOTY 2014 Pic 1: (From L-R) Dr Anna Padmavathy Soosai, Consultant Paediatrician and Neonatologist; Dynas Mokhtar, Johnson's Baby brand ambassador & celebrity judge; Rabitah Hani, Committee Member of OrphanCARE; and Vaibhav Saran, Managing Director of Johnson and Johnson Malaysia.
7th from left) Dr Anna Padmavathy Soosai, Consultant Paediatrician and Neonatologist; Dynas Mokhtar, Johnson's Baby brand ambassador & celebrity judge; Rabitah Hani, Committee Member of OrphanCARE; and Vaibhav Saran, Managing Director of Johnson and Johnson Malaysia, with past winners of Johnson's Baby of the Year.
Terima kasih buat Miss Jean dari IN.Deed Communications yang emailkan aku maklumat tentang majlis ini. Maaf kerana tidak dapat menghadirinya kerana ada perkara yang berlaku di saat-saat akhir. Jom baca apa yang menarik tentang majlis ini :
Kuala
Lumpur, 19 April 2014: Lebih baik dan lebih menarik
tahun ini, edisi ke-22 pertandingan Johnson’s Baby of
the Year (BOTY) merupakan landasan yang sempurna untuk si manja
yang comel dan keletah, sihat dan pintar menawan hati orang ramai di
seluruh Malaysia! Dari 1 Mei – 30 Jun, Johnson’s Baby menjemput
ibu bapa (dan ‘bintang’ kecil kesayangan mereka) menyertai salah
satu pertandingan bayi comel yang paling dinanti-nantikan di
Malaysia. Ketahui lebih lanjut di
www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com.
“Bayi
adalah satu anugerah dan rahmat, dan Johnson’s Baby percaya bahawa
setiap anak adalah istimewa,” kata Encik Vaibhav Saran, Pengarah
Urusan Johnson & Johnson Malaysia. “Ternyata, bukan kami sahaja
yang berfikiran begitu kerana ini merupakan tahun ke-22
berturut-turut pertandingan Johnson’s Baby of the Year
diadakan. Ia merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh ibu
bapa kerana ia membolehkan mereka meraikan keriangan sebagai ibu bapa
bersama ibu bapa lain di seluruh Malaysia.”
Johnson’s Baby
of the Year 2014 Lebih Baik dan Lebih Menarik!
Tahun ini, Johnson’s
Baby bekerjasama dengan panel pakar paediatrik dan neonatologi yang
diketuai oleh Dr Anna Padmavathy Soosai, dan juri selebriti Johnson’s
BOTY yang pertama, Dynas Mokhtar, dalam pencarian bintang termuda
paling comel dan menawan hati di Malaysia! Pertandingan Johnson’s
BOTY 2014 mengambil pendekatan yang lebih holistik kepada
perkembangan kanak-kanak, di mana penilaian bukan sekadar berdasarkan
sifat-sifat fizikal, bahkan melibatkan aspek perkembangan kognitif
dan sosio-emosi juga.
“Tiada yang lebih
bahagia berbanding kebanggaan menjadi
ibu bapa, dan sebagai duta Johnson’s Baby dan juga juri
pertandingan bagi tahun 2014, saya berharap ibu dan bapa menganggap
pertandingan ini sebagai satu peluang untuk meraikan segala yang
istimewa pada si manja mereka,” kata Dynas Mokhtar, seorang
pelakon, usahawan tempatan dan ibu kepada dua orang anak.
“Kesihatan mental dan
sosial kanak-kanak sama pentingnya dengan kesihatan fizikal mereka
kerana semua unsur ini menyumbang kepada perkembangan dan pembesaran
kanak-kanak yang holistik dan sempurna,” jelas Dr Anna Padmavathy
Soosai. “Memasukkan proses penilaian ini dalam pertandingan ini
merupakan cara yang bernilai untuk mencari ‘bintang’ yang paling
comel dan menawan hati.”
Selain menawarkan
kategori baru berdasarkan umur tertentu – 0-12 bulan, 13-24 bulan
dan 25-36 bulan, pertandingan Johnson’s BOTY 2014 dianjurkan lebih
besar dan lebih baik dengan unsur baru dan menarik, termasuk tawaran
lebih banyak hadiah bernilai sehingga RM 100,000 untuk dimenangi.
Selain itu, semua bayi akan dijadikan bintang Johnson’s Baby dan
diberikan liputan dalam media.
Pada tahun 2014,
pertandingan ini juga menonjolkan unsur kemasyarakatan melalui
Yayasan OrphanCARE, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan
yang menolong bayi yang ditinggalkan dan anak yatim mencari
rumah perlindungan dan penjagaan – bagi setiap penyertaan dalam
pertandingan ini, sebanyak RM1 akan didermakan kepada program anak
angkat OrphanCARE.
“Johnson’s Baby ingin
mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa di Malaysia di atas
sokongan mereka sepanjang dua dekad yang lepas, dan dalam kami
mengalu-alukan edisi ke-22 tahun ini, kami ingin membalas jasa dan
menolong masyarakat setempat kami. Kami membuat keputusan untuk
bekerjasama dengan OrphanCARE kerana kami menyedari bahawa, bagi
setiap kanak-kanak yang sihat dan gembira, ada kanak-kanak lain yang
bernasib malang dan hidup terbiar. Kami berusaha untuk memastikan
lebih ramai kanak-kanak mendapat rumah perlindungan yang sempurna,
dan ini merupakan satu peranan yang amat penting dan yang kami sokong
sepenuh hati,” tambah Encik Vaibhav Saran.
“Kerjasama dengan
Johnson’s Baby merupakan cara yang amat baik untuk meningkatkan
kesedaran tentang ramainya kanak-kanak yang memerlukan rumah
penjagaan yang sempurna di mana mereka dilimpahi kasih sayang dan
dipupuk,” kata Pn Rabitah Hani, Ahli Jawatankuasa OrphanCARE.
“Setiap kanak-kanak memerlukan keluarga dan terdapat juga ramai
pasangan yang mencari anak untuk melengkapi hidup mereka, maka misi
kami ialah untuk mengurangkan bilangan kanak-kanak di rumah anak-anak
yatim dengan memendekkan proses pemadanan dan pengambilan anak
angkat. Sokongan dan kesedaran daripada penyertaan dalam pertandingan
Johnson’s BOTY akan membantu kami menolong lebih ramai
kanak-kanak.”
Cara
Penyertaan Pertandingan Johnson’s
Baby of the Year
Jadi,
berilah anak anda peluang untuk menjadi bintang dari 1 Mei hingga 30
Jun! Untuk penyertaan, cuma lampirkan
dua keping gambar terbaik si manja
anda. Kemudian, beli produk Johnson’s Baby bernilai
sekurang-kurangnya RM15 untuk melayakkan penyertaan, dan simpan resit
sebagai bukti pembelian.
Ingat,
bayi mesti berumur di antara 0-36 bulan, dan setiap bayi yang
menyertai pertandingan ini akan disiarkan dalam majalah!
Lengkapkan
borang penyertaan dan kepilkan gambar berserta resit. Penyertaan
boleh diserahkan di kedai-kedai yang mengambil bahagian di mana
khidmat fotografi percuma juga disediakan; melalui pos ke alamat
Johnson’s Baby of The Year 2014
Contest, PO Box 3186 Subang Jaya, Selangor;
atau secara
dalam talian melalui Johnson’s Baby Facebook Page:
www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com.
Sementara
itu, ibu bapa boleh mengunjungi acara Johnson’s BOTY sehingga 20
April di ruang legar 1Utama (Old Wing, Concourse Level), dan mendapat
peluang awal untuk menyertai pertandingan serta menikmati promosi
menarik sepanjang acara ini!
Untuk
maklumat lanjut tentang pertandingan Johnson’s Baby of the Year
contest, sila layari www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com.
Hashtag rasmi untuk kempen Johnson's Baby
of the Year tahun ini ialah #BOTY2014. Marilah
menyertai perbualan ini!
*********************************************************************************
Mengenai
Johnson’s Baby
Selama
lebih 100 tahun, Johnson’s Baby telah mengabadikan dirinya untuk
memahami bayi dan belaian istimewa yang diperlukan untuk mata, kulit
dan rambut mereka. Johnson’s Baby menggunakan pengetahuan itu untuk
menyediakan ibu-ibu produk yang selamat, ringan dan lembut yang
terbukti secara klinikal. Rangkaian produknya melibatkan deria dan
apabila digunakan bersama rutin bayi, boleh membantu membangkitkan
emosi positif dan akhirnya mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu
dan bayi. Dipercayai oleh ibu-ibu dan profesional penjagaan kesihatan
di seluruh dunia, Johnson’s Baby terus menggunakan pengetahuan dan
penyelidikan untuk menghasilkan produk pengguna yang selamat dan
inovatif serta murni, ringan dan lembut sebagaimana yang
dijanjikannya.
Mengenai
Johnson & Johnson
Prihatin
terhadap dunia, seorang insan pada suatu masa telah memberi inspirasi
dan menyatukan kakitangan Johnson & Johnson. Syarikat
ini merangkumkan penyelidikan dan sains – membawakan idea, produk
dan perkhidmatan yang inovatif untuk meningkatkan kesihatan dan
kesejahteraan insan. Johnson & Johnson mempunyai lebih daripada
275 syarikat operasi di lebih daripada 60 negara dengan pekerja
seramai kira-kira 128,700 orang. Pekerja Keluarga Syarikat
Johnson & Johnson bekerja dengan rakan kongsi dalam
penjagaan kesihatan untuk menyentuh kehidupan lebih satu bilion orang
setiap hari di seluruh dunia.
Wow! Memang menarik bukan? Jadi, bagi ibubapa yang ada anak kecil tu, seeloknya cuba sertai pertandingan ini. Mana tahu, tuah ayam nampak di kaki, tuah anak yang comel, boleh menang pertandingan :)
Hadiah pun memang menarik bangat!
Prize per Category
|
Category 1
(0 – 12 months old)
|
Category 2
(13 – 24 months)
|
Category 3
(25 – 36 months)
|
Grand Prize x 1
|
RM 10,000 Cash, Magazine Cover Shot and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
|
RM 10,000 Cash, Magazine Cover Shot and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
|
RM 10,000 Cash, Magazine Cover Shot and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
|
Second Prize x 1
|
RM 5,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
|
RM 5,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
|
RM 5,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
|
Third Prize x 1
|
RM 3,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
|
RM 3,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
|
RM 3,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
|
Consolation Prize x 7
|
RM 500 Cash, Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
|
RM 500 Cash, Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
|
RM 500 Cash, Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
|
Jangan lupa ya untuk menyertainya! Baca syarat di atas dan bertindak sekarang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan