Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 2 Julai 2014

Diari Ramadan Haziq & Husna


Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke 4 kita sebagai umat Islam menunaikan ibadah puasa. Maaflah aku sekarang memang agak sibuk (atau buat-buat sibuk) sampai asyik lupa aje nak update blog. Tambahan pula, dah berpuasa (walaupun hakikat sebenar tak puasa :P) penat dia lain macam. Ada banyak juga yang ingin dikongsikan tapi nak kongsi kisah anak-anak lah dulu iaitu kisah Haziq & Husna yang sudah mula berpuasa pada tahun ini. Tahun sebelumnya memang tak pernah berjaya puasa walau sehari pun!

Tahun ini sehari sebelum puasa aku sudah ingatkan Haziq yang dia kena puasa dah sebab dia dah besar. Tambahan pula, setiap tahun sekolah Haziq akan berikan Ramadan Chart (gambar di atas) kepada setiap pelajar untuk ditanda oleh setiap ibubapa. Macam tahun lepas banyak yang tak bertanda sebab bukannya Haziq buat pun jadi tak bolehlah nak tanda buat semua kan. Tahun ini insya Allah aku akan pastikan yang setiap hari Haziq akan buat seperti yang dicadangkan di dalam Ramadhan Chart ini. Tapi, sudah tentulah ada juga yang tidak dapat dibuat hari-hari. Pendek kata, kena jujur dalam menanda Ramadhan Chart ini. Walau iainya sekadar untuk memberi galakan kepada anak-anak untuk berpuasa tapi jangan sampai mereka menipu semata-mata untuk mendapatkan hadiah atau ganjaran.

Panjang pula intronya ya!

Oklah, secara ringkasnya hari pertama puasa Haziq dan Husna memang aku kejut bangun sahur dan alhamdulillah mereka boleh makan cuma bila nak minum air masak tu macam kena paksa, siap nak termuntah bagai. Inilah ragam anak-anak aku yang memang susah nak terima air masak. Memandangkan puasa pertama jatuh pada hari Ahad, dugaan untuk berpuasa itu agak tinggi sedikit. Bayangkan hari pertama Haziq dan Husna kecundang awal pagi lagi. Mereka pergi makan biskut raya Almond London yang aku beli sebagai bekalan kudapan di malam hari. Nak marah pun takde gunanya juga tapi aku paksa Haziq teruskan puasa sehingga ke petang. Alhamdulillah, merasalah mereka nikmat berlapar dan dahaga pada hari itu.

Puasa kedua bangun sahur aku dah pesan siap-siap dekat Haziq supaya makan nasi dan minum air banyak-banyak. Esok dah sekolah kenalah makan banyak supaya bertenaga untuk ke sekolah. Alhamdulillah, permulaan yang baik juga apabila balik dari sekolah pun masih lagi berpuasa. Petang itu aku bawa Haziq ke hospital untuk menemani aku buat check up, jadi banyak masa dia terluang dengan bermain dengan adik-adik atau baring di atas sofa tempat menunggu tu aje. Balik dari hospital tinggal beberapa jam sahaja untuk berbuka, jadinya puasa penuh Haziq adalah pada hari kedua berpuasa :)

Husna pula toksah tanya, seawal pagi dia p makan biskut Tiger sambil-sambil bermain dengan adik-adik. Takpelah, kakak Husna masih di peringkat latihan lagi jadi memang tiada paksaan sangat. Cuma yang bagusnya Husna ni, walaupun dia tidak puasa tetapi dia tetap tidak makan nasi. Hanya minum air Milo dan makan biskut sahaja.


Kalau nak tahu gigi Husna kat depan semua sudah tercabut. Sekarang dah macam nenek dah sebab takde gigi depan :P

Hari ketiga semalam Haziq juga berjaya puasa penuh dan Alhamdulillah tiada drama air mata kerana awal-awal lagi aku sudah pesan dekat Husna jangan bercerita dengan Haziq tentang makanan atau jangan makan di depan Haziq. Di sini aku kongsikan beberapa tips untuk latih anak berpuasa (copy paste dari wall facebook) :

- Kejut bangun sahur dan pujuk supaya makan nasi dan minum air sebanyak mungkin
- Jangan paksa jika anak tidak larat, jika mahu berbuka bagi minum air sahaja atau makan biskut, esoknya cuba latih lagi
- Bila anak balik dari sekolah, seboleh-bolehnya jangan bagi dia nampak adik-adik sedang makan atau minum
- Minta anak tidur sekejap untuk melengahkan masa
- Tanya anak nak berbuka dengan air apa, sesekali layan permintaan mereka
- Cuba wujudkan suasana teruja untuk berbuka dengan meminta anak-anak menolong semasa menyediakan juadah

Selamat mencuba!


Oklah, nanti sambung lagi yaaaa!!!

1 ulasan:

Irfa berkata...

kalau sahur mmg susah nak suh makan
akak sanggup suap kan je, kasi cepat abis, hahha

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^