Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 23 Mac 2015

Jalan-Jalan Cari Makan Di Pantai Irama Bachok

Assalamualaikum,

Sambungan kisah percutian kami di kampung. Petang Jumaat Kak Na bawa kami ke Pantai Irama jalan-jalan cari "colek". Musim cuti memang penuhlah pantai dengan manusia, ada yang berpiknik bersama keluarga, ada yang jalan-jalan tepi pantai, ada yang makan-makan, mandi-manda dan macam-macam lagilah. Pantai Irama ni tak jauh mana dari rumah mak jadi sekejap sahaja dah sampai. Susah juga nak parking tapi alhamdulillah kami dapat parking dekat dengan kedai makan "colek" yang berdekatan KFC tu. Takde lah tepi jalan sangat, bukan apa risau debu-debu dari kereta aje. Fuuuhhhhh, rakyat Kelantan memang jenis koboi, makan tepi jalan sebelah kereta lalu-lalang. Eh sakit perut i tengok tau *tutup mata

Tapi orang kata balik kampung pun sekali sekala jadi apa salahnya "dera" perut dengan pelbagai makanan yang ada kan. En suami tak ikut sama sebab dia cerdik, dia tahu mesti akan habis duit dia nak ikut kemahuan anak-anak. Jadinya dia cakap nak tidur sahaja di rumah (hehe sebenarnya en suami masih lagi penat, maklumlah dia yang drive sepanjang malam kan). Terima kasih Kak Na sebab belanja kami tapi mama bayar juga separuh-separuh. Nasib baiklah, mama ni ada duit juga :P


Kalau budak-budak mestilah suka kan makanan macam ni, eh mama pun suka tau. Alahai teringat sosej pulut tu, sedapnya lah!


Ashraf Hariz dapat makan senyap sekejap lepas tu bising balik


Ini sahaja pun dah bayar dekat ngan RM40 lebih. Alahai, kaya lah makcik jual "colek" ni. Bisnes bermusim walaupun hari biasa tak ramai orang tapi bila dah tiba musimnya, pakat-pakat kaut duitlerr gittew


Belah kiri tu abang sulung aku iaitu Abang Ram. Yang kelakarnya dia siap nak bawa tuala nak mandi sekali Kak Na cakap tak boleh mandi sebab susah nanti nak handle anak-anak. Maklumlah yang pergi semua rakyat jelata yang tak tahu apa, sudahlah hari tu baru aje ada kematian lemas kat pantai tu. Jadi, kita pergi makan dan tengok-tengok pemandangan sampah aje lah ya


Kat sini jauh dari laluan kereta jadi takdelah berdebu sangat. Tapi hati-hati pula dengan binatang seperti lipan. Maklumlah tempat jarang orang duduk tiba-tiba waktu cuti penuh dengan manusia. Aneka "colek" boleh dipilih di deretan kedai yang menjual. Kalau pergi ke sini jangan lupa rasa sosej pulut iaitu sejenis makanan siam.


Rambang mata nak pilih tapi berhati-hati sebelum pilih tu pastikan tanya dulu harga. Bagi orang kaya tak mengapalah semua balun ambil sahaja tapi bagi kami yang poket tak berapa nak tebal, baik tanya dulu harga secucuk. Ketam ni kalau bukan kes keracunan hari tu, dah lama aku ambil tapi sebab dah serik maka tengok sahaja.


Alahai tengok gambar ni tiba-tiba terasa lapar (memanglah lapar sebab hari ni puasa). Insya Allah bulan 6 nanti cuti sekolah boleh datang lagi.


Bersungguh budak ni pilih dan bersungguh pula Mok Na mereka layan. Semoga Allah panjangkan usia Mok Na dan anak-anak, jangan lupa pada jasa Mok Na yang suka melayan kamu-kamu ni terutamanya Ashraf.


Tengok tu Husna cakap nak 2 cucuk. Ha ha Sedap je order ya anak-anak :)


Aiskrim kelapa yang popular sekarang ni, tahu berapa harganya? RM7 satu youuuuuuuu. Padahal takde lah sedap mana tapi dek kerana teringin kita orderlah satu. Takpe, pengajaran supaya rajin berusaha cari duit. HA HA HA. Sotong celup tepung tu harganya RM16 satu yang paling kecil RM9. Waaahhhhhh best ya kak "ketuk" harga pada musim cuti sekolah ;) Tapi mungkin kos meniaga mereka juga sudah meningkat (bersangka baik). Apa-apa pun, sesekali belanja anak-anak makan apa salahnya kan.

Kat situ ada banyak sangat pilihan makanan. Di sepanjang pantai pun macam-macamlah makanan lain yang ada; lokcing (sate ikan), rojak buah, ais krim dan macam-macam lagilah. Sediakan duit sahaja tau! Tapi masa tengah makan tu tiba-tiba perut aku memulas, terpaksa berlari-lari juga untuk ke tandas awam. Hai, kat situ kena bayar 50 sen lepas tu menunggu punyalah lama nak masuk tandas.Bila dah masuk tu, faham-fahamlah tandas awam di Kelantan ni, alahai terpaksa juga pejam mata demi sebuah hajat. HAHA Tapi ini semua tak membantutkan mood aku untuk terus berada di situ. Mungkin selepas ini diharap pihak berwajib dan rakyat Kelantan semoga lebih pandai menjaga kebersihan tempat awam demi masa depan kita semua bersama. Eh macam ucapan pak menteri pula :P

Oklah, sampai sini sahaja. Sebenarnya nak sambung lagi tapi penat menaip. BYE!

1 ulasan:

Tie HT berkata...

sosej pulut memang sedap
kedai tepi jalan ni
sebab tepi jalan ramai orang
ada sesetengah orang dia tak suka sebab habuk, tak jamin kebersihan
..tapi saya tak milih sangat..
saya suka je beli jagung bakar tepi jalan..
:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^