Masih lagi bercerita tentang aktiviti bercuti di kampung, pagi Sabtu kami ke Pengkalan Kubor pula. Dah banyak kali juga aku ceritakan dalam blog ini yang rumah en suami dekat juga dengan Pengkalan Kubor ni, jadi memang menjadi tempat kami menyinggah setiap kali balik bercuti. Macam biasa, hajat mesti nak beli baju anak-anak. Sejak anak ramai ni, kami selesa pilih pakaian yang "biasa-biasa" sahaja, tidak perlu jenama luar negara kerana ianya tidak melambangkan jumlah akaun dalam bank kami pun :P
Kakak kat kedai ni pun dah kenal muka kami sebab memang kami akan singgah kedai dia aje untuk beli baju anak-anak. Kali ini bawa mak mertua sama dan beli baju untuk semua, aku sendiri pon sempat "pau" 2 helai baju dan 1 skirt labuh. Mak mertua pun cakap murah sedikit berbanding dengan kedai biasa yang dia selalu pergi.
Budak 2 orang ni aku dah caka tak payahalah ikut tapi sibuk nak ikut, sekali bila orang duk sibuk pilih baju depa dok cakap nak susu lah nak baliklah. Haziq, Husna & Aaliyah memang kami tak bawa sebab dah tahu kalau musim cuti ni mesti ramai orang dan cuaca pon boleh tahan panasnya.
Selesai beli baju, jalan-jalan cuci mata dulu. Dalam kepala ni ligat dok fikir nak beli ke tak periuk yang lawa-lawa tu. Sekali batalkan aje niatnya sebab memikirkan ruang dapur rumah aku yang dah makin menyimpit tu. Tunggu dapat dapur besar baru kita shopping periuk baru naaaa *entah bila lah tu?
Macam-macam ada kat sini, bantal, toto (bukan nombor ekor), selimut, cadar, periuk, perkakas dapur. Orang perempuan boleh naik hantu kalau datang sini. He he
Tengoklah Ashraf tu, kalau dulu aal datang sini nak beli belon yang tiup-tiup tu tapi sejak dah lama aku tak belikan dia pun sudah lupaa daaa
Sempat juga menyinggah masuk dalam kedai tudung ni. Mula-mula cuba-cuba sahaja sekali terbeli lah 2 helai, mak mertua ambil sehelai aku belikan untuk Mak Limah sehelai. Lawa-lawa juga dan harga tak pastilah murah ke mahal sebab dah lama tak beli tudung *sobs
Kedai tudung ni di bahagian hujung sekali. Ada telekung solat dan sejadah juga, akak yang menjual pun peramah dan tak lokek nak bagi kurang harga.
Aku beli selendang macam ni tapi yang dah siap ada awning dan inner. Harga dalam RM30
Tudung macam tu pun beli juga untuk mak. Harga berbeza ikut saiz. Kalau aku punya saiz L harga RM29 (kalau ambil banyak lagi boleh minta murah lagi)
Ada banyak juga kedai tudung tapi yang lain-lain tak sempat nak masuk tengok pun sebab tak boleh lama-lama nanti kesian Aaliyah duduk menangis kat rumah.
En suami cakap "Tak sudah-sudah lagi ko?" He he Kalau bawa bini shopping mesti dia bosan menunggu :P Thanks yang sponsor belikan baju, al maklumlah surirumah setahun sekali aje beli baju baru. Kalau duit sendiri mesti buat untuk shopping online je :P
Balik tu kami singgah beli keropok pula, Kalau di Tumpat ni memang dikenali dengan pusat pembuatan keropok ikan dan keropok segera. Aku siap dah tahu dah mana kilang keropok dan mana kedai yang boleh bagi harga murah. Maklumlah, ini pun salah satu bisnes "geli-geli" cari duit lebih juga. Hari tu balik beli 100 peket keropok segera dan 30 peket keropok segera sira untuk dibawa jual di pejabat en suami. Alhamdulillah, memang sentiasa dapat sambutan sampai en suami pon dah dikenali sebagai tokei keropok & kerepek. Ha ha ha Ini semua bini dia punya pasal lah :P
Tapi an jadda wajada. Tak salah untuk kita berniaga dan bukannya menjual benda haram pun kan?
Keropok ikan ni sedap sangat kalau digoreng, ianya tak serupa keropok losong Terengganu. Yang ni aku selalu beli banyak pastu masuk dalam freezer. Bila nak goreng keluarkan dan rebus dahulu kemudian potong pastu goreng makan dengan pencicah. Walah! Sedapnyaaaaaaaaa (tiba-tiba lapar)
Oklah, jangan terliur ya sebab barang bagus ni tak ada di Key Elllllll, nak kena balik Tumpat baru boleh makan yang asli punya. Insya Allah kalau ada cuti nak balik kampung lagi. Bye!
Iklan sat :
Semalam berbuka dan minum GC Tea lepas tu berpeluh-peluh macam duduk dalam sauna. Siapa nak beli dan amalkan untuk diet elok sangatlah. Boleh PM di 012-970 6828.
1 ulasan:
Byk dah yg berubah.
Kali terakhir K.Sham sampai ke sini masa mengandungkan Amsyar dulu.
Dah 16 tahun tu.
Catat Ulasan