Hari Ahad yang lepas, dalam perjalanan balik ke Shah Alam kami singgah banyak tempat juga. Salah satunya adalah di rumah Kak Na di Kuala Krai. Kak Na merupakan seorang warden di salah sebuah sekolah di daerah Kuala Krai jadinya memang laluan kami jika balik ke kampung. Pada sesiapa yang tak tahu, ini adalah Kak Na iaitu satu-satunya kakak aku yang menetap di Labuan dulu. Aku pernah melawat Kak Na di Labuan pada tahun 2012 yang lepas iaitu beberapa bulan sebelum aku berhenti kerja. Tahun lepas Kak Na dapat bertukar ke Kelantan. Alhamdulillah, memang best sangatlah bila Kak Na ada di kampung sebab sekarang ini mak ayah banyak bergantung dengan Kak Na. Ada hikmahnya juga Kak Na dapat berpindah balik ke Kelantan, dapat berbakti kepada kedua orang tua kami dan juga mak saudara dan saudara mara yang lain.
Eh panjang pula intro pasal Kak Na ya:) Hari tu masa berhenti rehat di rumah Kak Na, sempat juga aku "paw" sebotol petai jeruk yang ada di rumah Kak Na. Kalau bab makan, Kak Na memang juara membeli. Bukan sebalang bukan dua balang tapi hampir 7 balang petai jeruk yang ada. Katanya mahu dijual tapi entah bilalah tu nak habisnya :P Jadis ebagai seorang adik yang (tamak) baik, maka aku pun meminta belas ihsan seorang kakak untuk bawa balik ke Shah Alam satu balang besar ni;
Sukanya dalam hati, tapi tak boleh makan selalu kerana adik ipar aku cakap ini petai ubat "jarakkan anak" HAHA Faham tak? Tak faham? Sudah!
Isnin lepas berbuka dengan menu di bawah, semuanya di bawa dari rumah mak. Ada gulai itik serati, gulai daging (gulai kawah), nyelor timun dari kampung (manisnya cicah dalam budu), solok lada mak Limah buat dan petai jeruk. Wallah! Perfect kombo untuk makan berpinggan-pinggan :)
Oklah, nak cerita tentang Kak Na lagi. Aku memang ada jurang usia yang agak besar jugalah dengan Kak Na ni. Pendek kata kalau berjalan dengan dia orang akan ingat yang Kak Na ni emak aku walaupun sebenarnya dia kakak *ampun Kak Na jangan marah!
Perangai pun sangat-sangat berbeza, bagi yang mengenali Kak Na dan aku sudah tentu akan tergelak bila melihat kami ni suka bergaduh mulut. Kak Na seorang penyayang dan memang sayangkan anak-anak aku seperti anak-anak dia manakala aku ni seorang yang garang dan cepat melatah. HAHAHA *terkejut tak tahu perangai Mek La ni? Kak Na pula seorang yang rajin, hermmm tak rajin sangat tapi lebih rajin dari aku. Lepas itu dia seorang yang tak boleh nampak kain bersepah-sepah mesti nak ambil basuh manakala aku pula boleh tengok kain bersepah selagi tidak menenggelamkan rumah :P
Faham tak perbezaan kami? Kak Na ni ada darah bisnes macam aku lah juga. Sejak dari kecil lagi aku tengok dia berniaga tapi tak pernah kaya-kaya, cuma yang pasti sekarang ini Kak Na makin berusaha untuk tingkatkan taraf hidup dia sekeluarga. Pada yang tak tahu, dulu Kak Na pernah alami saat-saat "down" dalam hidup di mana ikatan perkahwinan yang dibina terputus tengah jalan (cewah!) tapi sekarang sejak jadi *janda Meletop ni* eh! Makin ligat pula berniaga. Tahniah buat Kak Na *tepuk tangan kuat-kuat*
Dia inspirasi saya! Kata Mek La. Sama macam Mak Limah juga. Seorang wanita yang kuat bekerja tanpa kenal erti penat atau putus asa. Jadi, aku pun kena kuat bekerja juga jika mahu membahagiakan insan-insan di kampung. Insya Allah, mahu bahagiakan mak ayah dan keluarga aku selagi usia masih ada. Tak salah untuk pasang impian kerana ternyata Allah memang akan makbulkan cuma tak tahu bila sahaja.
Nanti aku cerita pengalaman Kak Na sendiri ya mengapa dia memilih produk ini untuk diamalkan olehnya. Tunggu entri lainlah sebab malas nak taip dah. Ok bye!
Iklan :
1 ulasan:
kisah kak Na mcm akak lah jgk
sygkan adik2, bila jauh dr family
kalau adik2 sebut nak makan apa, mesti akak cuba buat
nt nak add kak Na lah
Catat Ulasan