Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 20 Disember 2017

Mudahnya Buat Roti Benggali

Assalamualaikum,

Dugaan betul bila nak update blog tiba-tiba notebook rosak. Godek punya godek syukur menjadi juga ;) Ada potensi untuk merapu lagi di sini. Cuti sekolah ni tak dinafikan memang kelam kabut sket menguruskan rumah. Selain dari mejawat jawatan chef sepenuh masa, aku juga kadang-kadang menjawat jawatan ghimau jadian atau naga yang akan bertukar warna bila sudah naik marah :P

Tapi itulah kemanisan cuti sekolah. Ada masa anak-anak baik (selalunya kalau waktu diorang tengok kartun kat TV) tapi tak dinafikan anak-anak yang besar memang banyak membantu. Sebab tu rasa saying aje nak lepaskan mereka pergi kem atau tinggal dengan nenek atau atok mereka di kampong.

Macam hari ini Haziq minta kebenaran untuk buat roti. Kenapa minta kebenaran? Sebab aku selalu marah dia kalau lepas buat roti dapur bersepah dan aku tak bagi dia buat dah. Ha Ha ha Kejam kan aku? Kadang-kadang lagak macam mak tiri pun ada tapi iyalah kan, penat nak mengemas segala perkakas yang mereka sepahkan. Nasib baik, mood aku agak baik jadi bagilah dia buat sendiri semua benda bermula dari sukat bahan-bahan (dia dah hafal dah resepi asas doh) hinggalah masuk bahan dalam Noxxa Breadmaker tu. Kali ni buat fungsi nombor 4 iaitu Rapid Bread, breadmaker ni akan uli, kemudian rehatkan dan terus bakar. Kita hanya tunggu roti siap aje.

Dalam 2 jam menunggu juga, ya Allah tak sangka cantik kejadian roti Haziq buat. Malu aku tau sebab kalau aku buat mesti tak menjadi. Ha ha ha Ces Breadmaker ni nak tangan jantan ke untuk buat semua benda ni? Masa panas-panas tu cecepat letak marjerin untuk kasi efek berkilat. Hak crust tu sedap


Gemoknya roti benggali ni

 
Bila keluarkan dari bekas penguli Nampak macam ni


Rasanya takdelah sedap macam roti Gardenia tu tapi oklah kan sebab takde pengawet sangat. Ni anak-anak makan cicah dengan mentega kacang pastu nak buat sardine biar mereka cicah sampai habis. Percayalah, sekejap aje ni dah habis.

Kalau uols nak join kutu Breadmaker Noxxa, aku ada buka untuk tahun 2018. Apa-apa Whats App 012-970 6828 untuk sebarang pertanyaan harga. Berbaloilah ada sebab nak buat roti pun mudah, anak-anak boleh buat bersama kita. Boleh jadikan satu aktiviti bonding time dengan anak-anak walaupun selepas itu kita yang serabut kena kemas dapur. Ha ha ha

Nantikan update seterusnya dari aku ya. Kalau nak follow Instagram boleh follow di @zailabinimdae atau add sahaja di facebook : Zaila Mohamad.

Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^