Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 28 Disember 2017

Resepi Mudah Telur Bistik


Assalamualaikum
 
Lamanya tak kongsi resepi kat dalam blog ni. Alhamdulillah rupa-rupanya ada yang mencuba resepi-resepi dari Mekla. Walaupun hanya semudah atau resepi yang biasa-biasa sahaja. Semoga resepi ini menjadi saham akhirat aku nanti. Iyalah, nak mengajar memasak memang tak daya jadi kita kongsikan sahaja resepi, mudah-mudahan ramai ibu-ibu yang mencubanya nanti :)
 
 
Kali ni aku nak kongsikan resepi telur bistik. Teringat zaman belajar kat UPM dulu, pernahlah makan kat food court Sri Serdang dan ada kawan yang cuba menu telur bistik. Boleh tahan juga rasanya cuma waktu tu aku bukanlah seorang penggemar telur jadi takdelah suka sangat. Sekarang bila ada anak, mereka pula "hantu telur" maka teringat kembali menu ini. Alhamdulillah senang aje nak buat tapi versi aku lah, main campak-campak aje.
 
Bahan-bahan untuk telur :
 
 
- Telur 5 biji (bagi anak ramai kena banyak sket)
 
- 2 sudu Tepung jagung
 
- garam dan gula atau gantikan dengan 1 sudu serbuk cukup rasa
 
 
Masukkan semua bahan dan goreng macam kita buat telur dadar tu. Ketepikan dulu.
 
Bahan-bahan untuk kuah :
 
- 3 ulas bawang putih (selalunya aku ketuk je, nak mayang pun boleh)
 
- 1 ulas bawang Holland (saiz sederhana) mayang siap-siap
 
- 3 atau 4 biji cili padi diketuk
 
- 1 cawan daging kisar
 
- 2 sudu sos cili, sos tiram dan sos tomato
 
- Sedikit lobak merah dipotong dadu
 
- 1 cawan air bancuhan dengan 1 sudu tepung jagung)
 
- Garam dan gula secukup rasa
 
 
Cara-cara :
 
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi. Masukkan daging kisar dan tumis hingga kering atau daging masak. Kemudian masukkan sos cili (kalau nak pedas lebihkan sikit), sos tiram dan sos tomato. Kacau lagi dan pastikan api perlahan sebab tak nak hangit. Masukkan lobak merah dan kalau ada sayur lain macam jagung sejukbeku tu ke, lada benggala ke boleh masukkan juga. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan perisakan garam serta gula. Garam tu tak masuk pun takpe sebab sos tiram dah masin. Kalau takde rasa baru tambah sikit. Sos cili pun dah manis jadi tak perlu gula banyak sangat. Pandai-pandailah ejas rasa ikut selera masing-masing. Dah siap, curahkan kuah atas telur dadar tadi dan nikmatinya bersama nasi panas, ayam goring kunyit dan tom yam. Masya Allah sedapnya :)
 
 
Selamat mencuba ya.
 
 
Hari-hari buat pun anak suka :)


Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^