Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 8 Januari 2018

Deko Mudah Bersama Kertas Dinding Kaison

Assalamualaikum,

Dah lama rasanya tak deko rumah. Sejak bersalinkan Arman mood mendeko memang ke laut. Tambahan sibuk menguruskan anak-anak membuatkan aku terlupa sekejap hobi lama ni. Tahun lepas, sambil-sambil sibuk menguruskan anak-anak dan bisnes (acah-acah bisnes je) sempatlah buat perubahan sikit pada ruang dalam rumah ni. Itupun memang deko versi budget. Sekarang ini kan ada banyak tempat yang jual kertas dinding yang murah-murah. Nak tapal pun senang aje sebab hanya perlu koyak dan tampal. Tak macam kertas dinding zaman dulu yang perlu tampal dengan gam. Tapi bagi aku, kertas dinding yang tampal pakai gam tu yang berkualiti sebab tebal dan ada corak 3D tapi atas pilihan masing-masinglah kan.

Macam aku ni hanya nak tampal bahagian tangga yang aku tutup dengan simen masa ubahsuai dapur dulu. Memang dah penuh dengan contengan anak-anak jadi terfikir nak tampal dengan kertas dinding dari Kaison sahaja. Kebetulan ada seorang kawan alam maya (member facebook) yang ada buat PS (Personal Shopper) barang-barang Kaison, jadi apalagi terus minta khidmat dia untuk belikan. Aku beli 3 gulung aje, harga 1 gulung RM19.90 tapi sebab guna khidmat PS kawan aku cas RM25 segulung. Oklah kan sebab aku pun tak daya nak pergi Kaison di Setia City Mall tu. Nak berjalan nak parking. Tak larat dah aku nak buat semua tu.

Bila dapat je terus pasang walaupun sebenarnya tak reti. Semangat yang mengatasi segalanya. Masa ni en suami takde, dia ke Miri kot (tak ingatlah) jadi konon-konon nak bagi kejutanlah kan.


Aku suka corak macam ni. Orang kata tema Morocco. Kalau tiles corak macam ni pun lawa. Sebenarnya deko macam ni sesuai letak kat dapur tapi biasalah aku, suka buat kelainan dan bila siap Nampak ok je (biasalah sendiri pasang sendiri puji). Maklumlah yang nak mengadap tengok setiap hari adalah diri sendiri kan :P


Yang ini pula ada lebihan tampal kat ruang mendobi. Lepas tu letak cabinet hitam untuk isikan barangan seperti sabun dan perkakas DIY en suami. Yang penting sabun Amway tu. Kat rumah ni memang guna sabun Amway sebab jimat dan bersih.


Sekali pandang macam lawa kan? Dua kali pandang macam serabut. Kah kah kah


Yang ni pula pandangan kertas dinding yang aku tampal kat tangga. Sikit je pun dan tak habis satu gulung. Waktu ni anak-anak bergotong-royong nak pasang rak buku Billy yang dibeli di Ikea. Nak tengok ke? Kenalah komen "Nak" ya :P


Dalam bilik tidur pun aku pasang juga tapi jenis bunga-bunga. Mula-mula tu beli sebab nak letak dalam bilik Husna tapi sebab sakit mata tengok bilik sendiri yang penuh dengan gambar hasil tangan anak, maka aku minta bantuan Haziq pasang. Kalau tengok dekat memang haru tapi peduli apa. Bukan nak buat "show room" pun kan?

Dalam bilik anak-anak lelaki pun aku ada beli kertas dinding bergambarkan Cars. Nanti aku kongsikan gambar. Kalau ada duit nak beli letak bilik anak dara pula. Pelan-pelan kayuh bak kata orang tua :)

Oklah ni nak promosikan beg bertali (material plastic) khas untuk majlis harijadi anak-anak uols. Ada banyak lagi pilihan. Boleh like fanpage BARANGAN PARTI HARIJADI di facebook atau Whats App 012-9706828 untuk sebarang pertanyaan.



Terima kasih kerana sudi membaca blog aku. Boleh follow Mekla di Instagram @zailabinimdae atau Facebook : Zaila Mohamad. Bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^