Sudah masuk hari kedua persekolahan. Alhamdulillah hari ni Ashraf pun sudah nampak dapat menyesuaikan diri dengan rutin hari sekolah. Malam tadi semua tidur awal gara-gara kepenatan. Aku pun boleh tahan juga penat menjadi supir, dari bermula pukul 12 ambil Azzam terus ambil Ashraf lepas tu berkejar balik rumah untuk tukar baju sekolah agama. Pukul 2.15 petang keluar hantar Ashraf ke sekolah agama pula. Kemudian balik rumah kejap, dalam pukul 4 petang keluar pos barang dan terus ambil Haziq, Husna dan terus ke sekolah Ashraf ambil Ashraf dari sekolah agama. Sampai rumah pukul 6 petang rasa nak melepek kepenatan. Tapi syukurlah, semalam dah jumpa van sekolah untuk Ashraf jadi esok bermulalah sesi ke sekolah agama dengan menaiki van sekolah. Moga dipermudahkan segala urusan kami nanti.
Hari ni pun takde sangat drama. Bekal yang Ashraf bawa ke sekolah pun dia dah pandai bawa ke kantin dan makan di situ cuma duit belanja aje yang tak pandai nak belanja lagi. Takpe, nanti pandailah tu. Silap-silap duit belanja RM2 pun tak cukup nak guna :P
Syukur juga walaupun semalam seharian sibuk menguruskan anak tapi tempahan melalui bisnes online di blog masih ada. Walaupun tak banyak tapi bolehlah kan buat belanja beli barang keperluan diri. Semalam ada kawan aku yang beli #noxxapressurecooker dengan aku. Maklumlah bulan ini ada promosi dapat percuma "speedy chopper" yang ala-ala Tipperw @re tu. Promosi bermula 15hb Januari ni jadi kena cepat-cepat standby duit untuk "berebut" Ha ha ha
Alhamdulillah masih ada rezeki untuk menjual Noxxa Pressure Cooker ni. Walaupun ramai yang suka bandingkan dengan jenama lain tapi sudah semestinya setiap produk mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Bagi aku, memang puashati ada gadget ni sebab membantu memudahkan kerja memasak di dapur. Kalau berminat untuk mendapatkannya, boleh lelaju Whats App aku di 012-970 6828 ya :)
Gambar semalam di hadapan sekolah agama Ashraf ada taman permainan. Sukalah budak-budak ni sebab dapat bermain. Memang jakunlah sikit, balik rumah semua kepenatan dan tidur awal. Bagus juga rutin bermain waktu petang untuk anak-anak ni kan?
Tapi bila difikir balik, syukur juga sebab sekolah kebangsaan sekarang sesi pagi dan hanya 10 minit dari rumah (kalau waktu pagi tu dalah dalam 20 minit) dan sekolah agama pun tak jauh. Jadi, tak payah nak merungut ke apa, semuanya Allah dah tentukan. Kita aje yang kena sentiasa berfikiran positif dan terima segala ujian dengan berlapang dada. Semalam urusan di sekolah agama pun mudah sahaja cuma aku terlupa untuk belikan dia songkok. Hari ini Ashraf mengadu ada kawan ejek dia sebab tak pakai songkok. Alahai anak, nasib baik ada songkok lama Haziq jadi aku bagi dia pakai dulu songkok Haziq tu. Petang tadi pun aku hanya berhenti kereta tepi jalan sahaja dan dia berjalan sendiri ke sekolah agama. Jiwa mak-mak ni memang sedih bila tengok muka moyok tapi kena kuatkan hati. Masa aku sekolah dulu, mak aku tak tunggu pun di sekolah, usahkan tunggu hantar ke sekoah pun tak T____T"
Tapi biasalah kan, benda beginilah yang membuatkan diri kita menjadi seorang yang kuat semangat, boleh berdikari dan mudah sesuaikan diri dengan keadaan baru. Bukan tak sayang anak pun :P
Oklah, panjang pula aku membebel. Insya Allah sekarang memang ada waktu lapang pada belah pagi jadi bolehlah update blog. Mahu simpan segala kenangan membesarkan anak-anak. Bukan mudah tau nak besarkan mereka apatah lagi dengan setiap anak pelbagai perangai dan karenah. Moga Allah permudahkan segala urusan kita dan jadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah. Aamin.
Bye!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan