Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 4 Januari 2018

Tips Pantas Menyediakan Bekal Sekolah Anak

Assalamualaikum,

Sudah memasuki hari ketiga persekolahan 2018. Setakat ini Alhamdulillah anak-anak sudah mula menyesuaikan diri di sekolah masing-masing. Azam tahun baru seorang ibu mestilah mahu sediakan bekal untuk anak-anak kan? Setakat ini memang mereka sentiasa bawa cuma hari pertama dan kedua mood aku macam ke laut dalam lagi. Lagipun macam tak sempat sebab seawal 7 pagi anak-anak sudah perlu keluar ke sekolah. Jadi aku lontarkan pertanyaan di facebook mengenai SOP ibu-ibu yang sentiasa membekalkan bekal buat anak-anak. Terima kasih atas segala jawapan. Dulu, ingatkan bila bekerja pejabat je kena ikut SOP (Standard Operating Procedure) tapi rupa-rupanya duduk rumah pun kena sebab bila ada SOP ni sangat-sangat memudahkan segala urusan kita.

Jadi aku kongsikan di sini SOP ibu-ibu hebat yang telah menjawab pertanyaan aku semalam. Semoga kita semua dapat manfaat dan dapat menyediakan bekal anak-anak sepanjang tahun persekolahan 2018 ini.

1) Bangun awal. Iya ini rahsia mudahkan kerja. Ada ibu bangun pagi seawal 4.30 pagi lagi. Ada juga yang bermula 5.30 pagi tapi jangan lebih dari pukul 6.30 pagi kerana nanti akan kalut malut pula. Kunci untuk bangun awal adalah dengan tidur awal :) Ada ibu yang kongsikan untuk bagi ceria waktu pagi di dapur tu pasanglah TV atau radio kuat-kuat. Aku rasa berguna juga sebab aku ni jenis penakut, kalau pasang alunan Al Quran aci tak? :P

2) Rancang menu setiap malam. Ada ibu hebat siap rancang selama sebulan. Atas pilihan masing-masing. Kalau nak rancang selama sebulan tu pastikan diri berdisiplin untuk ikut semua menu yang dirancang. Bahan-bahan basah seeloknya disiapkan pada waktu malam lagi supaya esok pagi hanya goreng atau sediakan sahaja. Kalau mahu buat sandwich pastikan segala timun, tomato sudah siap dihiris nipis dan disimpan dalam peti. Kalau mahu bekalkan nasi, pastikan nasi sudah dimasak pada waktu malam.

3) Sediakan tempat untuk penyediaan bekal. Macam dapur aku ni agak sempit (tapi syukurlah ada juga dapur kan?) jadi memang kena sediakan tempat untuk meletakkan bekal-bekal anak di meja makan di ruang makan. Pastikan meja dibersihkan pada waktu malamnya dan bekas bekal yang bersih sudah diletakkan siap-siap di situ. Botol-botol air anak-anak dibasuh dan diisikan dengan air siap-siap. Esok hanya capai sahaja bawa masuk beg. Selain itu sinki juga perlu kosong sebab nanti kaan memudahkan kita untuk buat kerja. Kalau sinki penuh dengan periuk belanga yang kotor, alahai nak basuh yang tu aje sudah makan masa tau.

4) Guna semua gadget dapur yang membantu. Bagi aku memang berbaloi untuk miliki gadget hebat seperti Pressure Cooker, Breadmaker, Air Fryer kerana disamping melajukan proses menyediakan makanan, anak-anak juga boleh membantu kita melakukan sendiri bekal mereka seperti menggoreng nugget di dalam air fryer atau membakar pizza di dalam oven. Jadi, jangan lokek untuk berbelanja untuk gadget di dapur.

5) Setelah semua perancangan, pasti akan ada hari dimana ibu terbangun lewat atau tidak sihat. Jadi kena ada bekalan makanan kecemasan seperti roti dalam peket, bbiskut yang telah siap peket dan air kotak saiz kecil. Ibu juga manusia biasa di mana ada hari-hari mereka akan kecundang juga. Waktu ini bekalan makanan kering atau sejuk beku boleh menyelamatkan keadaan kan?

Diharap segala perkongsian aku ada manfaatnya. Zaman sekarang kalau boleh berjimat kita sediakan sendiri aje bekal anak-anak. Tak kisahlah makanan itu segera atau tak, yang penting kita sediakan penuh kasih sayang dan sudah tentu kebersihan juga terjamin. Ibu-ibu muda yang budget hot sediakan Bento penuh dengan hiasan pun jangan dok kecam ibu-ibu lama yang sediakan bekal anak-anak megi goreng atau makanan segera. Setiap ibu pasti tahu akan selera anak-anak. Kalau buat hiasan lawa-lawa tapi anak-anak tak makan pun membazir juga.

Macam anak-anak Mekla memang jenis tak nak makan sayur. Kalau letak dalam makanan pun memang akan dibuangnya jadi selalunya aku akan tidak letak sayuran melainkan bekal en suami kenalah letak timun atau salad. Kalau nak kisar sayuran kemudian bubuh dalam nasi atau mee tu memang tak lah sebab tak rajin mana tapi kat rumah ni memang amalkan minum jus epal hijau setiap malam. Kalau Haziq tu dia rajin buatkan jus epal dan oren untuk diri sendiri dan adik-adik. Kalau aku pula jus ubi bit, pegaga, epal hijau dan nenas (kadang-kadang aje). Memang sedap betul untuk diminum dan badan pun terasa ringan bila esoknya membuang dengan jayanya :)

Panjang pula aku membebel ya. Sebenarnya semua atas pilihan ibu-ibu. Kalau tak mampu nak sediakan bekal setiap hari, memadai bagi 3 hari dalam seminggu. Lama-lama nanti akan biasa. SOP di atas kalau teruskan memang memudahkan kerja kita di dapur. Yang penting semangat perlu ada dan ditambah dengan perancangan yang jelas, insya Allah semua sempat. Macam hari ni anak-anak bawa bekal  nasi dengan fillet ikan celup tepung dan kuah masam manis. Malam tadi memang aku siap potong isi ikan dan letak dalam bancuhan telur. Pagi ni hanya goreng sahaja. Nasi dimasak malam tadi lagi. Bancuhan cokodok pisang juga siap bancuh malam tadi dan pagi ni hanya goreng sahaja :) Tapi masih gagal untuk ambil gambar sebab dah kalut nak suruh anak-anak ke sekolah :P

Kita ulangtayang gambar lama ajelah


Megi goreng dengan telur mata. Menu ni selalunya dapat permintaan tinggi dari kawan-kawan Husna, maklumlah megi kan. Tapi aku guna megi kering jenama CINTAN dan goreng macam nak goreng mee tu


Roti sosej paling senang nak buat. Rebus dulu sosej (atau grill sekejap atas kuali Tefal) dan letak dalam roti serta letak sos tomato dan mayonis. Laku keras juga ni ;)

Oklah hingga berjumpa kembali. Jangan lupa terus ikuti blog aku atau add sahaja aku di facebook (Zaila Mohamad) atau Instagram (@zailabinimdae) untuk ikuti update terkini mengenai kehidupan aku seorang ibu kepada 6 orang anak (insya Allah bakal 7 awal Februari nanti).

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^