Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 11 Mac 2010

RINDU

Salam semua, sudah lama rasanya Zaila tidak bercerita tentang Zaila & anak-anak kan?? Asyek bercerita tentang jualan & kedai MKS sahaja..Mungkin ada di antara kawan-kawan yang sudah bosan / muak membaca tentangnya kan;) So, maafkan Zaila ya!!!

Lagipon sekarang ni tak ada apa yang menarik sangat untuk dikongsi. Tapi Zaila nak share satu rahsia..hehehe..Actually bukan rahsia sangat pun..masuk hari ni, dah 10 hari Zaila ditinggalkan hubby..Ehem ehem..jangan salah faham pula ya, maksud Zaila berpisah sementara sebab hubby Zaila kena bekerja di Labuan. Hehehehee..itupon nak kecoh ke?? Herm, bagi Zaila yang jarang berjauhan dari hubby, sangatlah terasa ketiadaannya..Memang sedih sangat-sangat!! Kali terakhir hubby outstation adalah pada tahun lepas, tupon cuma seminggu je ke Vietnam..Tapi kali ni walaupon Labuan tapi rase jauhnya (sebab lama kan) hehehehee..Camnelah nak bagi hubby keje offshore kalau 10 hari pun dah bising;D

Zaila memang salute pada isteri-isteri yang dapat survive tanpa suami di sisi. Tak kisahlah husband dia keje askar ke, site engineer ke, servicemen di offshore ke, pilot ke tapi kalau diorang boleh survive tanpa suami di sisi, memang hebat ah..Zaila yang ada anak 2 ni pon rase macam nak fengsan bila manage anak sorang-sorang. Selalunya semua benda dilakukan berdua so bila hubby tak ada, rasa macam patah kaki. Naseb baiklah Zaila ada peneman, bukan anak-anak tapi Kak Khatylah (sape lagi kan)..hehehee..maklumlah, Kak Khaty ni kan bujang lagi so Zaila ajaklah dia tidur di rumah Zaila buat teman Zaila. Tapi bukan tiap-tiap malam pon, kalau weekend Kak Khaty balik juga ke rumahnya di Seksyen 20 Shah Alam. Kalau ada Kak Khaty, takderlah Haziq & Ameera nakal sangat sebab diorang malu dengan Kak Khaty.

Paling sedih bila ditinggalkan adalah bila kena drive sendiri pergi & balik kerja..huhuhuhuuu..benda inilah yang paling Zaila takut sekali, walaupon dah 2 kali renew lesen tapi percayalah Zaila masih tak mahir lagi dalam memandu kereta ni..heheheheee
Tapi Alhamdulillah, sejak ditinggalkan ni, pandai pula Zaila drive sendirik (hehehehe..kalau dah terpaksa boleh aje kan) & syukur sebab tak ada sebarang kerosakan yang ketara..hehehehe, kalau tak hubby balik nanti bising aje sebab Zaila dah menjahanamkan kereta dia;D

Anak-anak pula macam biaserlah, kalau tak memeningkan kepala mama dia tak sah!! Suka sangat bergaduh 2 beranak tu tapi naseb baik juga sebab both of them takde apa-apa. Kalaulah Haziq kena serang athma masa papa takde, haruslah mama yang lelah juga..huhuhuhu..Minta jauhlah kan..Cuma for the first few nights tu Haziq bangun nanges malam-malam mencari papa dia..Memang sedih, Zaila pun rase seakan hilang sesuatu (tak boleh nak describe) bila tidur pusing kanan pusing kiri tak boleh nak lelapkan mata ni..hermmm, baru teringat, kalau hubby ada di sisi, letak je kepala di atas bantal sekejap sahaja sudah ke wonderland;) sampaikan hubby kejut suruh solat subuh pon susah nak bangun;D tapi kalau hubby takde ni, bukan sahaja tak lena tidur tapi bangun solat subuh pon awal sekarang ni (ni antara kebaikan berjauhan dengan suami)

Tak sabar rasanya nak tunggu hubby balik ke rumah. Harap-harap semuanya (kerja hubby) akan berjalan dengan lancar & Insya Allah hubby akan balik ke sini pada pagi Sabtu. Zaila dah kirim lobster dah dengan hubby & harap-harap adalah ya!! Herm, by the way tengah berfikir ni nak minta apa sebagai UPAH menjaga anak-anak selama 10 hari ni?? Acu cubo bagi cadangan gak?? Hehehehehe..habislah hubby, bersiap sedia untuk di pau oleh isterimu yang ingin membalas dendam ini;D

"Buat hubby, tataplah gambar anak-anak abang yang nakal chomeyl ini;0"

diorang naik perahu kot

tengoklah si Ameera buncit ni;D

dan si Haziq meleleh hingus tu!!

We all miss you papa!!!!


18 ulasan:

mohdandmeriam berkata...

salam zaila..sayangkan isteri tinggal2kan..balik nanti sangat suka macam pengantin baru gitu...yalah bila kita dah selesa ada driver n kena drive sendiri ras cuak juga mula2kan tapi bila dah biasa ok lah tu.

fabulous.farah berkata...

hehehe..sila tabah. suami keluar mencari nafkah=p

sisdee berkata...

heheheheh memang camtu le kan..kita dah terbiasa ada asben kat sebelah jek...time nie le pntingnya dia kan...

i tak tahan anak2 le dok tanya jek :(

apapun tak pe jap jek tu..nnt balik mesti bes kan :D

x muak pun cite psl bisness tu..suke lagi adalah :D

Lady of Leisure berkata...

sayang isteri tinggal tinggalkan... mcm tak kena jer kan pantun ni... takpe zaila, kata org jauh di mata tapi dekat di hati... just a phone call away... beberapa hari lagi nak jumpa dah... :)
tapi lady tahu n faham apa zaila rasa, berjauhan dengan husband tu memang benda yg paling kita tak nak kan... apa2 pun lady tabik spring pd zaila.. i know u r very strong...
:)

zarin berkata...

zaila, nanti amik award at my place ye!

CT NORAMIZA berkata...

huhuhuuuu siannya zaila, akak dah penah rasa, tp masa tu sorang diri, x de anak, berjauhan, mmg sunyi gila rasa hidup, berapa lama tu husband zaila kat sana?

take care ye..

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil berkata...

kagum dgn zaila .. be strong ok ..

ps : leh suruh hubby bizz gelang manik , mutiara semua dr labuan ;-)

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil berkata...

wah kagum dgn zaila nieh .. zaila leh suruh hubby beli kristal byk2 kt sana .. pastu zaila jual ler nanti yer ;-)

N A N I E berkata...

Zaila strong sangat..ai pon akan PJJ ngan Kerol..hmm hopefully jadik setabah Zaila..:)

maya amir berkata...

be strong dear... takpe, bile sekali jumpe terus mcm melepas rindu dendam sume kan..heheh..

btw i kasik u award..nanti check my blog k:)

zailamohamad berkata...

wsalam untie, heheheee..naik malu bila baca macam pengantin baru..hehehehe..memang bagus juga berjauhan sekali sekala, membuatkan hati masing2 makin rindu rinduan kan

zailamohamad berkata...

farah, ikutkan hati nak ikot aje;D

zailamohamad berkata...

sisdee, memang!! bila anak2 tanya mana papa, rase macam nak berderai air mata je..hehehehe tapi bila dah lama2 tu, anak2 dah xingat dah & pandai pula bila tanya mana papa, diorang cakap papa teje

zailamohamad berkata...

Lady, thanks..heheheheee..nak tak nak kena hadapi juga kan Lady, demi husband & anak2 Zaila kena kuatkan hati;)

zailamohamad berkata...

CT, zaila kalo takde anak2, rasenya dah bujang kembali..hehehehe g meronggeng ngan kawan2 ah

zailamohamad berkata...

Zarin, thanks a lot for the award!!!
rase macam artis pula;)

zailamohamad berkata...

Di, betul tu, kakak zaila ada di Labuan, dia selalu bawa balik gelang mutiara, cantek2 semuanya!!

zailamohamad berkata...

Nanie, alahai siannyer..tabahkan hati..i know you are stronger than me;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^