Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 14 November 2010

Buah Tangan Dari Labuan

Semalam en suami pulang dari outstation ke Labuan. Perginya 3 hari 2 malam aje tak sempat nak rindu-rinduan pon & seperti biasa kalau ke Labuan sudah pasti en suami tidak akan melepaskan peluang menghabiskan duit membeli buah tangan untuk kami 3 beranak ni;-) Agaknya sebagai upah untuk mama sepanjang menjaga 2 orang anaknya yang makin hari makin lasak ni ya;D

Actually tiada apa yang menarik di Labuan pon. Namun tiap kali ke sana, en suami memang akan belikan ikan segar untuk santapan anak dalam kandungan isterinya yang cantik manis makin montel ni. Kali ni en suami beli isi ikan kod pula. Haritu pernah juga en suami beli isi ikan salmon & lobster. Sila rujuk entry ini & ini. Kalau udang galah, toksah pesanlah sebab yang ini memang akan sentiasa ada dalam list en suami memandangkan en suami & Haziq adalah penggemar udang. Sila refer entry ini. So inilah rupa isi ikan kod yang telah dibakar atas frying pan Zaila tu. Caranya, taburkan garam, mixed herbs, pepper & goreng dengan sedikit butter sampai kekuningan. Senang bukan??
Rasanya sudah tentulah sedap sebab isinya yang segar & kalau nak dibandingkan dengan isi ikan Salmon, Zaila lebih sukakan isi ikan Kod sebab rasanya yang kurang hanyir & isinya yang sedikit kenyal itu. Sedikit maklumat tentang khasiat ikan Kod;-

Kajian Sejarah
Sejak turun temurun minyak ikan kod dipercayai boleh digunakan sebagai ubat, walaupun rasanya teruk dan berbau busuk, kerana ia melalui proses pereputan secara semula jadi dan berwarna hampir kehitaman.

Pada abad ke-18, minyak ikan kod melalui proses pemanasan dengan wap yang menghasilkan warna lebih pudar. Walaupun minyaknya lebih berkualiti, rasanya masih tidak sedap dan ia digunakan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami penyakit riket.

Menjelang abad ke-19, The British Cod Liver Oil Producers (Hull) Ltd mengambil pendekatan berbeza. Mereka melakukan kaedah mengukus cerek mengandungi minyak ikan kod. Kemudian mereka menyedari beberapa syarikat menangkap ikan menggunakan pukat tunda yang beroperasi di Hull, England menggunakan teknik merebus di laut.

Teknik itu menghasilkan minyak berwarna coklat keemasan, rendah kandungan asidnya dan rasa lembut.

Kenneth McLennan yang pernah bertugas dengan Lever Brothers mencadangkan minyak ikan kod boleh diperoleh dalam bentuk lebih kecil dan mewujudkan jenama dikenali sebagai ‘Seven

Minyak ikan untuk sendi sihat
Orang Eskimo jarang mengalami artritis reumatoid kerana mereka banyak makan ikan. Orang Jepun juga mengamalkan diet yang mengutamakan ikan. Itu sebabnya kes artritis (sakit sendi) di dua negara itu jauh lebih rendah berbanding negara lain.

Kajian menunjukkan bagi pesakit yang mengalami artritis reumatoid ringan, pengambilan minyak ikan kod boleh mengurangkan keperluan ubat anti-keradangan bukan steroid (NSAIDs).

Minyak ikan kod yang kaya dengan asid lemak Omega-3 penting untuk orang dewasa yang mengalami artritis dan masalah lain yang berkaitan tulang. Penggunaan asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran bahan kimia yang menyebabkan keradangan sendi.

Artikel dipetik dari sini.

Selain itu, en suami ada juga membeli sedikit ikan masin;-
ikan terubuk masin & satu lagi tu tak tahu ikan jenis apa tapi bila digoreng, rasanya rangup macam makan keropok;)

Untuk anak-anak, of couselah dapat pelbagai coklat seperti Daim, Toblerone, Hugs *harga lebih kurang dengan sini jugak*
inilah bungkusan yang mengandungi ikan Kod & udang galah
ikan masin yang dalam plastik tadi
yang ni pula terubuk masin goreng dengan bawang & cili

Memang sedaplah!!

7 ulasan:

maya amir berkata...

perghh terubuk masin tu...suke3x:) pastu ikan kod tu tak penah rase..tapi i bet, rase die mesti umpphhhh:)

Lady of Leisure berkata...

zaila, sedapnya terubuk masin tu kan.. lemak2... memang tak boleh lepaskan peluang beli terubuk masin kalau ke sana kan..

Nurhayati berkata...

wah ole2 dari labuan yg sangat puas hati..byk tu

DaZzlingLilLy berkata...

ikan terubok masin goreng tu cedap lah...

FaRah Baharom berkata...

pergh! sedapnye ikan terubuk masin tu.terliur pulak..:)

littlehumblelynn berkata...

zaila

ok..dah nampak..tp kan.>(sori yek) kita rasa wording kena warna gelap sikit..senang nak baca..just opinion ok!!anyhow kita suka makan terubuk masin..pos 1 g ampang aci?

zailamohamad berkata...

Maya, ikan kod tu rasa sedap juga, takderlah hanyir macam salmon..Zaila pon first time rasa yang fresh, kalo x pernahlah juga rasa minyak ikan kod..hehehe

Lady, a'a..actually kat Sarawak lagi murah berbanding di Labuan tapi dah nak makan sangat, paksa juga hubby beli

Yati, kena paksa beli tu, hahahaa

Lily, memang sedap

Farah, mehlah datang rumah, leh makan sama2:)

Lynn, ok..perasan gak macam pudar, aisey tak reti pula nak tukar2 kaler gelap, tukar template semualah nanti..thanks for ur opinion;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^