Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 11 Disember 2010

Bilik Aktiviti Anak-anak

Actually baru perasan yang dalam rumah kami ni masih belum ada bilik untuk anak-anak kami yang aktif ni melakukan aktiviti mereka sendiri so no wonderlah yang diorang ni macam suka je kacau mama & papa diorang tengok TV / layan fb / masak. Agaknya kalau ada bilik untuk diorang buat aktiviti diorang sendiri, mesti diorang tak ganggu kami kan *harapnyalah kan* So mama diorang ni mulalah berangan nak wujudkan satu sudut untuk mereka mengasah bakat mereka dalam aktiviti berfaedah seperti melukis atau mewarna jangan kaler dinding sudah

Rasanya Zaila haruslah mewujudkan suasana yang ceria & penuh kalerful untuk menarik minat mereka untuk belajar / berada di situ. Tapi of courselah dengan pantauan dari Zaila sebab takut nanti benda lain yang dicontengnya;D Rasanya perkara asas yang diperlukan adalah dengan membelikan mereka meja kecil & kerusi kecil supaya senang untuk mereka melakukan aktiviti dengan selesa;)

Selain itu haruslah ada rak buku kan, tak kisahlah yang jenis berdiri ke, gantung kat dinding ke..semuanya bergantung kepada keadaan bilik tersebut. Then Zaila rasa lampu juga memainkan pernan penting so nak kena pilih lampu yang jenis corak-corak untuk menarik minat anak-anak untuk duduk lebih lama di dalam bilik itu (especially bila waktu malam).

Owh, lagi satu, bilik aktiviti tu haruslah dipenuhi dengan poster-poster atau apa-apa jelah yang dekoratif *alaa, yang ala-ala dalam kelas tadika tu*. Hermmm, banyak juga yang nak kena cari ya..Tapi takpelah..demi kebaikan mereka juga, nanti sekurang-kurangnya mereka ada aktiviti yang berfaedah untuk dibuat di rumah selain dari menonton channel Ceria tu;D

Apa-apa pon, jom kita layan gambar-gambar dekorasi bilik anak-anak buat panduan untuk kita semua *thanks pakcik google*

bilik ini sesuai untuk anak-anak yang telah bersekolah

rak buku dirian macam ini sesuai untuk menyimpan mainan & bahan bacaan mereka;)

Dalam kepala otak Zaila macam ni lah gayanya

bagi ibubapa yang kreatif, bolehlah cat bilik anak-anak mereka macam ni

kelas ah katil ni, mana nak carik eh??
ni semua rangkaian produk dari IKEA

Pencahayaan amat penting juga so haruslah pandai menyusun atur kedudukan perabut

Pendek kata, kenalah kreatif juga demi memastikan anak-anak kita selesa & akan berterusan melakukan aktiviti di bilik tersebut. Nanti bila dah cukup segala kelengkapan Zaila update kat sini ya;)

5 ulasan:

Tihara berkata...

emhh..cantik dan kemas kan

maya amir berkata...

sure bebudak tuh suke dok dlm bilik, kalau bilik gitu kan:) bile zaila dah deco bilik anak zaila..nanti share sini ye:)

zailamohamad berkata...

Tihara, a'a..semuanya cantik-cantik..rasa macam tak sabar nak hias bilik anak-anak!!

Ernie Khairina berkata...

hmm best nya!

zailamohamad berkata...

Maya, insya allah..kena tunggu budget ada dulu baru boleh deko2;)

Ernie, hias rumah memang best!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^