Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 11 Mei 2011

Jom Join Contest IKEA

Sempena bulan May ni IKEA ada buat promosi you & your bedroom. Ada few items yang dah direduce harganya macam produk yang ni;-


KRABB Mirror (RM35/4pcs harga asal adalah RM49) tapi only available pada 23 May to 5 June 2011 sahaja. More products in promotion here.




IKEA ni kalau buat sale memang confirm akan ramai lah orang during weekend. Kalau betul-betul nak beli barang, haruslah ambil cuti one day off & pergi shopping di sana dengan tenang hati. Zaila pernah sekali ambil cuti & ke sana dengan en suami. Maklumlah waktu ni baru je pindah so banyak benda yang ingin dibeli disurvey & memang kami pula jenis yang suka DIY je semua benda termasuklah pasang cermin di dalam toilet, tempat sangkut tuala & menggantung frame gambar. Kalau masa weekdays pula, mesti korang akan berjumpa dengan ramai kontraktor-kontraktor / interior designer yang tengah pusing-pusing cari ilham. Pendek kata, memang akan sentiasa ada orang lah dekat IKEA ni!!




Sekarang pun IKEA ada anjurkan contest iaitu What's Your Bedroom Story. Hadiahnya adalah RM1500 IKEA gift card. Banyak tuuu *mak berangan dah boleh beli set sofa* Boleh klik sini for details. Caranya senang sahaja, ada 2 cara untuk join contest ini iaitu pergi sendiri ke IKEA & ambil gambar kita bersama quilt pilihan yang ada di display dekat P1 entrance tu & then upload dekat sini. Bagi mereka yang duduk jauh dari KL ni, bolehlah upload gambar & edit sendiri & follow semua instructions yang diberikan.




Hadiah yang ditawarkan pula adalah;-




1 x Grand Prize RM1500




1 x Most Voted Entry RM1000




1 x Runner up RM500




20 x Lucky Voters RM50 *kalau dapat yang nipun dah kira bertuah*




Tapi apa pula bedroom story yang nak dikongsi eh?? Kan rahsia kamar tidur tu tak boleh diberitahu pada orang lain;D Hehehe..Takderlah, gurau je..Hermm..Nak kena cari rahsia yang paling kreatif ni (itupun kalau nak join)!! Contest period from 5 May to 26 June 2011. So apa lagi, cepat-cepatlah ke IKEA;)

3 ulasan:

Joy berkata...

weekend ikea sgt la ramai org..

kasihredha berkata...

kalau ke ikea tak cukup sejam :)
kirim karipap ye zaila...hihi

zailamohamad berkata...

a'a..kalau bawa anak2 tersangat2lah serik tapi teringin nak pergi juga

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^