Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 3 Jun 2011

Cair Kerana Seth Tan

Waaah, tajuk memang tak boleh belah!! Tapi nak buat macamana kan..si empunya diri sekarang ni memang tengah tahap cair macam coklat Cadbury tu;D

Ni semua gara-gara episod Nora Elena semalam. Serious weh..romantik tahap gaban ah cik abang kita yang nama Seth Tan tu. Tahniah buat Aaron Aziz kekasih lamaku sebab cukup pandai membawakan watak Seth tu. Rasanya tak ada dah pelakon lain yang cukup sesuai untuk bawa watak Seth melainkan Aaron Aziz seorang sahaja;D *nampak benau dok angau kat Aaron Aziz*

Part yang paling membuatkan jiwaku cair bila time pelangi tu. Alahai sweetnya kalau ucapan itu keluar dari mulut suami kita juga kan?? Pastu tambah cair lagi bila Seth buat kejutan bunga tu. I bet mesti ramai ladies out there yang cair+menangis+cakap "owh, how sweet" kan?? Tapi semalam tengok-tengok pun sambil control-control senyum sebab en suami ada di sebelah. Nanti ada pula yang tarik muka karang;D

Actually kan, i bet mesti semua isteri diluar sana mengharapkan yang suami mereka juga seperti Seth kan?? Well, ladies..sila balik berpijak di bumi yang nyata k..watak Seth tu hanya watak novel sahaja & memang susahlah nak cari lelaki yang sebegitu di dalam dunia ni. Pada yang dapat suami macam tu, betapa bertuahnya anda!! Tapi pada Zaila yang dapat en suami yang sungguhlah tidak romantik ni, it's ok..i love him seadanya;)

Well, buat para suami sekalian juga, diminta bersabar untuk beberapa minggu lagi ya sehinggalah demam Seth Tan ni berakhir;)

4 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

demam seth & nora elena melandaaaaaaaaaaaaaaa

CeqGu berkata...

hahaha..kelakar je baca entry zaila kali ni...but it's true...seth tan bikin hati pompuan cairrr...kalau la en asben tengok sekali adegan romantik seth tan semalam...haruss la dia bengkak telinga dengar pujian cikgu anis pada seth melambung2 hihi...opsss bukan anis je yg tersenyum lebar tengok cerita tu...mak yang dah nak masuk umo 60 thn pun lebar jek senyum time tengok bunga penuh bonet:)

maya amir berkata...

heheh...susah nak carik mcm seth tan tu skang ni;)

Hada Masayu berkata...

a'a babe!!cair gila dgn seth tan...i bet he's hot & menjadi idaman melaya ketika ini...termasuklah..hehe...???aku menanti setiap ptg :) :) :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^