Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 17 November 2009

~~Produk Review-Budu Cap Ketereh~~

Psssttt..Anda suka makan budu tak?? Kalau tak suka, bolehlah pangkah terus window ini kerana Zaila akan bercerita tentang satu produk yang dinamakan BUDU atau nama glemernya sos ikan bilis..Rata2 rakyat Kelantan wajib ada botol yang makin kecil ni di dapur mereka..Zaila juga seorang penggemar budu tapi malangnya Zaila mendapat suami yang alah budu Kelate murtad sungguh!!. Hubby hanya akan menjamah budu yang dimasukkan ke dalam nasi kerabu sahaja..Kalau nak harapkan si dia menghirup menjamahnya..Jangan harap!!!

Hermm sangat2lah susah untuk mencari geng yang suka makan budu ni!! Owh, budu ini tersangat enak jika dimakan secara berkawan iaitu secara beramai2..sedar2 budu semakin habis & nasi juga bertambah2..bahaya juga kalau makan budu setiap hari kerana ianya bisa menjadi pemangkin kepada kenaikan berat badan;P so kawan2 awas!!! Budu juga sedikit masin, jadi kepada mereka yang mengidap darah tinggi dinasihatkan supaya memakannya dalam kuantiti seminimum mungkin ya;)

Kalau dulu, ramai yang mengatakan apabila makan budu ini anda seorang yang kampung, tak glemer, orang miskin & "darat" tapi sekarang Zaila bangga, bukan sahaja orang Kelantan yang menggemarinya, malah mereka yang bukan berasal dari negeri Che Siti Wan Kembang juga sudah tergoda menyukainya;) Malah kaum bukan Melayu pun suka!!! Sape yang suka makan budu angkat tangan?? Saya!!~~suke!!!suke!!ngeee~~

Tahukah anda bahawa budu ini mengandungi pelbagai khasiat yang sangat berguna untuk tubuh kita?? Selain mengandungi kandungan protein yang tinggi, budu juga mengandungi gluthaione yang bertindak sebagai antioksida di dalam tubuh kita..Dan tahukah anda bahawa budu juga boleh dijadikan sebagai bahan kosmetik yang boleh ti touch up di muka anda agar anda senantiasa cantik dan ayu. Haaa, mesti ramai yang tak tahu kan?? Tak percaya?? sila baca artikel ini;- sumber dari Kosmo
sila klik gambar bagi imej yang lebih jelas

Zaila hanya ambil sebahagian petikan sahaja, untuk bacaan penuh, sila google sendiri ya, kalau nak baca lagi baca kat sini;- blog kak hanieliza

Sebelum Zaila lupa, actually haritu Lady ada bertanyakan Zaila jenama budu yang terbaik kan?? Jawapan Zaila sudah pasti budu cap ketereh..Untuk pengetahuan semua, jenama budu cap ketereh yang dihasilkan oleh Mat Ismail di Kampung Geting, Tumpat kampung laki ai tuuu telahpun dilabelkan sebagai harta intelek negara Malaysia oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (PHIM) yang bermaksud jenama ini telah dipatenkan dan tidak boleh dicetak rompak..hambik koOOOooo..jadi tokey budu pon boleh kaya tau;P Tapi AWAS!!! Zaila pernah terkena sekali semasa stok budu Zaila habis dan Zaila ke kedai berdekatan dengan rumah untuk mendapatkan bekalan..Bila tengok botol tu, macam sama..jenama pun sama so Zaila beli ah..rupa2nya, jenama tiruan..terasa sungguh hampa sekali..nak tahu tang mana?? Bila diperiksa, ternyata budu itu bukannya berasal dari Kelantan tetapi dari Melaka..licik sungguh mereka ya..tapi sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..Masakan perut Zaila boleh terima..terus dibuang aje..

Kalau dulu, Zaila selalu beli budu di Tesco atau Jusco..Kalau tak silap Zaila, hanya terdapat jenama cap ketereh (pastikan beralamat di Kelantan ya) yang botol kecil tu hanyalah berharga RM1.90 sahaja (seperti gambar di atas) tapi kalau di Kelantan mungkin harganya hanyalah "tiga amah" (RM1.50) sahaja;) Tapi dengar cerita harga budu semakin melambung naik berikutan ketiadaan bilis yang bertindak sebagai ramuan utama di dalam budu tersebut.

Seiring dengan kecanggihan teknologi, bentuk budu juga sudah mengalami transformasi iaitu dari botol besar ke botol kecil ke dalam bentuk paket seperti sos cili yang dibekalkan di KFC atau McD tu..Alasannya?? Ramai orang Kelantan yang suka travel ke luar negara bolehlah melepaskan kerinduan terhadap sos bilis ini;)

Budu sangat sedap jika dihidangkan bersama ikan singgang, ulaman & ikan bakar..Selalunya Zaila akan memotong bawang merah, cili padi & asam limau ke dalam budu. Perghh!! memang terangkat..Tak cuba tak tahu, dah cuba mesti mahu lagi;P
Ulam yang sesuai adalah ulaman mentah seperti timun, petai, jering, pucuk gajus & macam2 lagi. Andajuga boleh mencelor (merebus??) jantung pisang, nangka muda, petai & apa sahaja ulam yang anda suka untuk dicicah ke dalam budu..mak aih, serious air liur Zaila meleleh ni;P

Paling tak tahan kalau ditambahkan durian ke dalamnya..ya ampuuunnn..mak Zaila selalu buat macam ni bila musim durian..mak aih tak tahan tengok gambar tuuu

Demikianlah besarnya pengaruh budu di dalam hidup Zaila..tengok gambar saje sudah boleh mengkecurkan air liur, melaparkan perut & mentensionkan diri pasal stok budu sudah habis~~tak sabar nak balik kampung beli sedozen~~

Zaila pasti kawan2 di luar sana pun cukup dengan budu ini kan?? Jangan tak tahu, Bush bekas presiden Amerika tu pun makan budu tau;P








































































































































































































haahaahaa..gambar ini telah pun disuperimposekan..Zaila terjumpa semasa search kat google..Gambar sebenar adalah jutawan budu iaitu pakcik Mat Ismail, pengasas kepada budu cap ketereh ni..Kawan2 pula suka makan jenama apa???

29 ulasan:

zarin berkata...

zarin pun suka budu cak ketereh tu..memang sedap bila cicah ulam dan mkn ngan ikan singgang..perghhh..sedap i tell u..

tang budu ngan durian tu, hubby yang suka sangat...tekak zarin tk boleh masuk le :(

*gorjesmum* berkata...

zaila:

kite serupaaaaaaaa...my hubby org kelantan..dio hok ngajar make budu ni wehhh ekekekke.terbaikkk!

Zuhaini berkata...

oh.. saya x pernah rasa budu.. rasa mcm mana eh..? :)

**nak kena tanya bush nih.. :)

yatica berkata...

Aku pom suka make(buke kekoh deh..ahaha) budu cap teghe..tp my parents xsuka sgt sbb dia kata budu hok ni agak manis skit berbanding budu hok diorg berehi iaitu budu 'selera kampung'(agak masin)..x kesahla, yg penting budu jgk!

Balik klate mesti aku beli sedozen budu ni(sbb jare balik kam). Poyok pun ado jgk dale peti rmh aku tu. Walla...Sng cite, sepuyuk nasik tu utk aku sorg jelah..haha

honeylanz berkata...

nak menangis baca n3 nih... rs mcm terus nk g cari nasi berlauk + budu. has x kisah brand apa..nama aja budu.. semua belasah. budu cap limau ada lagi ke skrg?

d.a.m.i.q.u.l.a berkata...

hehe mak sy pun kalo beli budu mesti jenama ni,tapi ayah je yang makan.tp kalo ade tempoyak skali sdapnye

zailamohamad berkata...

Zarin, u should try eating budu with durian..sedap i tell youuuuu

zailamohamad berkata...

Gorjesmum, iya?? your hubby ore Klate ke?? Katne??

zailamohamad berkata...

Zu, rasanya agak masin sedikit..kalau ditambah cili, bawang & ikan rebus, sedap sekali dong!!

zailamohamad berkata...

Yatica, aku pun sebenarnya xkisah chap gapo..janji budu tapi hok paling sohor sekali chap theghe ah

zailamohamad berkata...

Has, jangan nangis...p cari nasi belauk sekarang juga;)

zailamohamad berkata...

d.a.m.i.q.u.l.a, owh orang baru ya?? budu & tempoyak sedap kan?;)

Lady of Leisure berkata...

zaila thanks sbb buat entri ni.. lepas ni kompem lady carik budu cap ketereh hihi..
gambar yg last tu kelakar wakaka..
tapi serius lady tak penah dengar org makan budu ngan durian... benda baru ni bagi lady.. btw kalau nak masukkan durian dalam budu tu nak kene jadikan tempoyak dulu atau letak durian fresh ye zaila?

zailamohamad berkata...

Lady, kalau Zaila suka taruk yang fresh aje..kalau taruk tempoyak takut masin sangat pasal budu kan dah masin;)

yatie chomeyl berkata...

oloh..sedaknye tgk gmbr makane + budu tuh...

tulong pos mari sini buleh? hehe

N A N I E berkata...

Zaila..My husband suka sangat ngan budu..I belajar from him hehe..Nanti nak cari budu neh..:)

zailamohamad berkata...

yatie chomeyl, buleh tapi dop pecoh ko nati??ahakss;)

Nanie, tak sangka ya..husband u orang Klate ke??

wan berkata...

ello..
i paling suka makan budu ngan ulam taugeh! sedap tak hengat punya!!tp memang betul la, budu cap tereh nih yg plg world skali. even ada my fren yg nak dtg uk last yr siap post lagi budu2 nih tru kapal laut, seb baik tak pecah!hahaha kat sini ada jugak budu, tp siam mali dan mahal giloss. kureng sedap, tp bolehla nak lepaskan rindu kat budu yg ada gambar gajus nih.. hehehe

zailamohamad berkata...

Ello Wan..hikhikhik..dolu2 Zaila pon suka makan ngan taugeh...alahai, siannyer..kalo nak tahu budu chap ketereh dah buat dalam bentuk peket kecik2 dah, elok sangat kalo nak pos ke UK;)

zailamohamad berkata...

Ello Wan..hikhikhik..dolu2 Zaila pon suka makan ngan taugeh...alahai, siannyer..kalo nak tahu budu chap ketereh dah buat dalam bentuk peket kecik2 dah, elok sangat kalo nak pos ke UK;)

syahadah berkata...

ingta budu ingat nasi kerabu..sedapnyaa

Ami berkata...

saya pon suke!suke sgt huhu tapi tak bawak maghi sini la plok,ado yer packet plastic?balik nie bleh caghi.hok fav cap ketereh denge cap ikan bilis.letok lado burung,tempoyak/durian sket then cicah ikan bakar,woh pauh(mangga muda) and ulam2 hok celo(pucuk beko etc etc),perghh dapnya kan k.ila?

zailamohamad berkata...

Hada, makan ngan nasi panas pon sedap juga;)

Ami, ado doh..nati kelik bawaklah banyak2..kalu kastam sana tanya, oyaklah ni sos bilis special from Malaysia..haahaahaa;P
meme sedaplah ami oi!!

puan.farah. berkata...

huhuhu..betul2..budu sedap bangat..kalu dok afrika pon bowok budu ni..haha

zailamohamad berkata...

puan.farah, budu memang sedap!!!

*gorjesmum* berkata...

zaila,
hubby kite ore kb kat telipot..:D

zailamohamad berkata...

gorjesmum, kalu kelik Klate, singgohlah jale kat rumah;)

jane_doe3328 berkata...

aritu jumpa kat hypermarket, budu neh dijual lam peket kecik cam peket cili sos kalau beli takeaway kfc tuh

wah kagum!

zailamohamad berkata...

Jane, me bangga!! ramai orang sudah boleh terima budu ni;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^