Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 7 Julai 2011

Restoran Untie's Juliet, Kota Kemuning

Yeay!! Dah boleh upload pics!! So silalah tunggu entry marathon dari aku ya *baca sampai muntah ok*

Kita start dengan hari Jumaat yang lepas..ape punya entry tertunggaklah..udah seminggu ghupenyaaaa..atteeee, nak buat macamana, teman kan busy memanjang;P *tetiba cakap Peraklah plak*

Aku rasa kalo orang perempuan yang bekerja mesti ternanti-nanti hari Jumaat kan?? Kaum Adam dok sibuk balik tidur kat rumah solat Jumaat, kaum Hawa boleh plak p jajah shopping mall yang berdekatan. Betul tak?? Tipulah kalo tak buat lagu tu *except kalo keje kompeni Non Malay, konpem rehat diorang bagi masa sejam (or less) sampaikan nak solat pun terkejar-kejar kan??* Itulah yang aku suka bila keje kompeni 100% bumiputera ni..very the fexible time shopping keje;P

Office aku keje ni paling dekat ngan pasaraya. Asal rehat je boleh zass ke Econsave beli susu anak ke apa..Kalau Jumaat panjang langkah sket boleh ke Carrefour Bukit Rimau makan-makan kat situ, paaaaaaaaaaaling panjang langkah bila time gaji terus zass ke Jusco Bukit Tinggi..tudiiiiaaaaaaaa..Dah kata namanya orang pompuan, rehat 12.30 samapi 2.30 pon sempat shopping baju selai dua tau *tapi kena makan roti jelah kan sebab takde maknanya ko nak gegas2 makan sampai tercekik tulang then nak shopping pulak*

Isy, isy..Panjang pulak intro aku ni..Cakap jelah aku suka keluar rehat time hari Jumaat pasal lama sket boleh berborak makan. Oklah, aku ni kadang-kadang bukan not all the time suka p jauh-jauh semata-mata nak makan. Kadang-kadang aku p lepak *cewah ayat, macam lepak Starbucks pulak* kat mana-mana kedai makan je, makanlah sampai ketat isi perut..Sambil-sambil tu tengok-tengok pemandangan sekeliling..Eceh!!

So last Friday *baru nak masuk isi karangan* aku & BFF aku p lah satu kedai kat area Kota Kemuning ni konon-konon untuk lepak sambil makan light-lightlah *konon nak dietlah kan* so kami masuklah satu Restoran nama Untie's Juliet ke Aunt's Julie..Aku pon lupa..Yang penting restoran ni deret Delifrance & kat depan kedai ni ada macam banyak pokok-pokok, aku nampak macam semak samun pun ada dah..Bukan apa, tuan punya kedai ni actually she's a Baba Nyonya punya keturunan (kot) & paling penting kedai ni ada tanda HALAL & orang Melayu pon ramai yang masuk makan so ehem ehem..kami pon masuklah dengan penuh rasa yakin.

So kami pun masuklah duduk-duduk & tengok-tengok apa yang menarik kat sini. Boleh tahan juga ramai orang sampai penuh semua meja dalam tu. Untie yang datang amik order pun suruh order cepat-cepat sebab nak suruh kami makan cepat-cepat & then berambus cepat-cepat *hahaha..takdelah JK je* so dia suggestkan kami menu yang sedap kat sini. Amik lunch pakej katanya; hanya RM12 complete with dessert segala. Ni gambar makanan kami;-



member aku punya air pun aku sebok amik gambar ~air cincau laici, aku punya air suam sahaja sebab aku upgrade dessert aku ke apple crumble with ice cream

ni keau tiaw kari member aku punya, rasanya oklah & banyak ayam dalam tu

aku punya mee ladna, rasa pun sedap juga & banyak isi dalam kuah tu



member aku punya dessert ~ sagu gula melaka





nilah apple crumble & ice cream, first time rasa & sedap juga, masam apple balance with manis ice cream equals tu GEMOKS ok!!



Sempatlah juga aku curi-curi snap restoran ni..Kalaulah untue tu tahu aku blogger, sohih dia bagi aku makan free gamaknya *macamlah ko blogger diva sangat*


bekas letak sudu garfu & chopstick




Aku rasa untie ni sorang yang sukakan deko-deko jenis English style sebab restoran ni..Masya ALLAH, dia punya deko sampai nak penuh kedai. Kat dinding tu penuh ngan hiasan aje, takde satu pon ruang kosong..Isy, rasa crowded sangatlah di mata aku ni. Aku suka kalau hiasan kedai makan tu simple & tak menyemakkan bijik mata aku ni. Kalau makanan best, boleh dimaafkan, kalau tak best..camno?? Kito bakar ajeee *ok ini adalah ayat gurauan ya*


tapi jangan tak tahu, restoran ni siap masuk majalah koooooooooo



aisy, kata belum makan so gambar pon bergegar mengikut tahap kelaparan perut akulah;P




Overall, makanan kat sini boleh tahan sedap. Kawan aku suka, siap nak ajak datang lagi next-next Jumaat..entah bilalah tu tapi kan..Tapi kan..both of us agreed satu benda je yang membantutkan selera kami..Nak tahu kenapa?? acuuu scroll ke bawah sket;-




































































































































































































































penat dah scroll? oklah aku tunjuklah;-

















ko tengoklah pelayan diorang pakai cemana?? bukan sorang tapi dua orang pakai macam ni, konon atas bertutup dengan scarf tapi bawah pakai seluar pendek macam nak p pasar..Pastu pakai selipar Jepun lak tu, isy..isy..isy.. buruk bebeno ghupanyaaaa




Kot ya pun nak jimat tang pakaian pekerja, tapi make surelah korang punya pekerja ni memakai pakaian yang bertutup sket, pakai seluar panjang ke..pakai apron ke..ini?? isy malah aku nak cerita lebih..




Restoran ni makanan dah bagus, lokasi dah strategik, pelanggan seia pun dah ramai..so harap adalah action daripada Untie Julien (or Juliet or whatever) untuk ubah dressing attire pekerja diorang ni. Lagi satu kan, aku tengok..*mulalah nak bergosip ni* dia punya pekerja macam takut je ngan bos diorang ni..Buat keje tak angkat kepala & senyum pon, serious ajeee..Pastu bila dia terjatuhkan mangkuk & semua orang pandang dia, kelam kabut amik balik & aku nampak bos dia dah kembang kempis lubang hidung tahan nak marah..Wakakakaka..Ok, ini semua andaian aku aje, sila jangan percaya 100% ya;P




Ni hasil googlean aku tentang Untie's Juliets Cafe.




Owh lupa pula nak cerita pasal harga, actually aku rasa harga dia agak ok cuma agak frust bila kononnya set lunch hanya RM12 tapi member aku kena RM15 sebab tukar mee kepada kwea tiau & aku kena tambah another RM2 untuk Apple Crumble. Biasalah tuu..tapi kedai ni takda 5% gov tax so korang boleh makan banyak-banyak kat sini. Western food nampak macam sedap juga. Herm, tengoklah!! Da duit datang lagi;)

2 ulasan:

Sofya berkata...

makan dah ok, kedai pun ok..
mai kat yg serve tu.. kureng selera la plak... blurp

Nurul Diana@Mama Adam + Aidil berkata...

alahai potong tul bila tgk pakaian staff tue ... bagi ler pakai suar pjg ker kan ..nmpk kemas cantik sket ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^