Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 19 Ogos 2011

Baju Raya Siap Atau Tempah??

Alhamdulillah, hari ni dah masuk 19 hari puasa dah, esok dah 20..Sekejapnya masa berlalu kan;(

So macamana persiapan raya korang?? Aku masih tunggang langgang lagi, maklumlah orang gomen dah kaya raya dah sebab duit bonus dah masuk kan..Kompeni tempat aku kerja ni tak bagi lagi..Haiiiii, entah bilalah tu nak masuk, nak shopping baju raya mak bapak anak-anak pon terbantut *uhuk*uhuk*

Tapi semalam, mem besar *akulah tu* sempat heret en suami ke Plaza PKNS cari baju raya..Haruslah mem besar carik kaler tema dulu, baru baju laki, anak-anak follow kaler mem besar pula;P Yaa..aku jenis tak suka tempah baju sepapan dua papan untuk kasik satu famili sama kaler sama corak sama bunga, bukan tak suka..cuma aku ni jenis suka buat persiapan last minute..Memang sejak kahwin, aku tak pernah pakai sama kaler dengan en suami (maksudnya tempah sama laki bini)..Jenis aku, set je satu kaler then belilah ikut kesukaan hati;)

Tahun pertama raya sebagai isteri tema biru, tahun kedua hijau, tahun ketiga merah hati, tahun ke empat light purple & pink, tahun ke lima pink lagi, tahun ni terpilih purple lagi..Haissssyyyyyy, nampak sangat aku ni takde pilihan lain kan..Asyik-asyik kaler pink, purple=____='

Aku ni jenis suka beli baju siap. Walaupun badan aku macam gemoksdebab tapi Alhamdulillah senang cari baju siap. Selalunya aku dah tahu saiz aku & kalau ke kedai terus tanya saiz tu aje..Kalau cuba pun memang ngam-ngam r dengan tubuh;P


Tapi kan, baju siap sekarang ni...Masha Allah..rasa macam nak fengsan 20 juta kali..Rasanya memang susah sangat nak cari yang bawah RM100..Tapi kan, kalau tempah pun, rasanya lebih kurang je kan..Kain aje paling murah pun RM50 sepasang, campur upah RM40 (atau lebih) adalah juga dalam RM100..Tu belum ada jahit manik segala kan?? So kalau beli RM100++ siap manik penuh segala..


Tapi (berapa banyak tapi daaa) terserah atas individu masing-masinglah kan..Ada orang suka tempah sebab suka pakai baju kurung yang simple & kain yang dibeli tu takde persamaan dengan orang lain (kalau ada pun jarang-jarang sangat). Berbanding beli siap, kebarangkalian untuk terserempak dengan orang yang memakai baju sama kaler, sama pattern dengan kita adalah tinggi;P


Malas nak membebel lagi panjang, senang cerita korang suka beli siap ke tempah awal-awal??




3 ulasan:

Joy berkata...

tahun ni beli yg dah siap je...mujur senang cari size n color sedondon whole family

littlehumblelynn berkata...

suka tempah tp sejak 2 menjak payah sgt cari tailor tuh yg beli siap jer tuh..cantik beading tuh..

Ct Lalola berkata...

ct beli ready made jer, tp lom g beli lagiiiii hu3.... hope ade la saiz cute2 nih.... ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^