Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 17 Mei 2012

Burger Bakar Vs Home Made Burger

Assalamu'alaikum,

Korang pernah makan ke burger bakar yang tengah femes sekarang ni?Khabarnya nak makan pon kena beratur sampai berjam-jam & harga boleh cecah sampai RM150! (aku terbaca dalam suratkhabar The Star tapi tak ingat tarikhnya bila) GILA!! Semata-mata nak makan burger bakar sampai ada yang sanggup bayar mahal-mahal mengalahkan beli baju:P

So jalan penyelesaian terbaik bagi orang kedekut macam aku ni adalah buat sendiri..hehehe


goreng daging burger atas kuali Tefal, takyah susah-susah letak minyak..nanti otomatik minyak dari daging akan keluar..

letak bawang & keju je..lupa nak belikan salad..senang!

ni menu senang & cepat & sedap juga..beli roti ape ntah namanya yang bentuk cengkerang tu, beli tuna, sumbat je dalam tu..

Actually aku bukan kedekut sangat, setakat nak makan burger yang harga RM5~RM10 tu boleh je cuma aku pentingkan kebersihan dalam penyediaan makanan tu..Ada member aku bagitahu pernah ternampak mamat burger guna telur yang tak basuh (tahi ayam bertempek lagi di kulit telur) & pecah terus masuk dalam burger..Kalau korang tak rasa loya tekak ke nak makan?? Kalau tak nampak Alhamdulillah..kalau nampak?? Bye bye lah jawab dia..hehehe

So kalau ada masa tu masaklah sendiri makanan untuk suami & anak-anak kita:)

Oklah bye!

6 ulasan:

mummY daniSha berkata...

rm 150 tuk satu burger??seyes ke kak?ada jugak terbaca..tp betul ke?mahalnye..ade ke org nak beli mahal mcm tu?

actually,telur ayam kalau x basuh hukumnya x halal kan?

itu yg probs nye kan...sebab kalau kat kedai ke,mana kite tau die basuh ke x...

kalau mak saya die akan tanya org tu,telur basuh ke x hehehehe

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

nak godek2 resepi home made burger yg daging dia kita buat sendiri .. best2 ;-)

Iela Fazielah berkata...

setuju2.....boleh nak mkn..tp kalau mahal sgt n tunggu berejam2....baik xyah...buat sendiri lg cepat...Rm15 utk sebijik berger leh mkn 1 rmh dpt berbiji2 beger kan???

mrs adam berkata...

burger bakar 150?fuyohh mahal tu.yg saya tahu ada burger bakar harga 7.50.hihi*tapi tu pun tak penah beli lagi sbb ramai sgt org.btw burger homemade zaila tu nmpk menarik!

yatie chomeyl berkata...

eh samo la kito, or epun buat sendiri jah daging burger..goreng at skuali tefal jugop..meme xnekat...buat la tebal mano hok nok hihiii

roti yg bentuk cengerang tu namo dio croissant ;)

maya amir berkata...

serious 150 utk 1 burger? dgr jugak, beratur giler..umang aiii, kalau aku tak sanggup noks.. eh aku pun nak mencari roti mcm cengkerang tu.. best jugak ek letak tuna..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^