Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 28 Mei 2012

My Favourite Animal Pal in Madagascar3: Europe’s Most Wanted

Assalamu'alaikum,

Bila aku nampak je iklan Madagascar ni di website Nuffnang (refer entri ini), terus aku cakap aku kena join this contest sebabnya;-

1) I know my kids would love to watch this movie. Kan sekarang dah ada iklan trailer Madagascar 3 so setiap hari juga Haziq suruh aku beli DVD Madagascar..Actually aku dah beli yang Madagascar 2 : Escape 2 Africa. Almost everyday anak-anak aku dok layan DVD sampaikan aku pon boleh hafal dah scene & dialog yang ada dalam tu T___T

2) Sekarang kan musim cuti sekolah so aku rasa this is the best time untuk bawa anak-anak keluar tengok cerita ni. Mesti kami dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama:)

Elok sangatlah tu sebabnya sekarang ni United International Pictures (UIP) telah berbaik hati untuk memberikan 30 tiket free kepada Nuffnangers untuk bersama-sama meluangkan masa menonton Madagascar 3 : Europe's Most Wanted ni pada 5hb Jun 2012 (Selasa) di GSC Midvalley Mall.

Terujanya aku!!

Madagascar tak pernah mengecewakan kami..Seriously tertunggu-tunggu setiap sambungan dari movie-movie yang terdahulu

Kalau ikutkan semua watak dalam Madagascar ni aku suka..Tapi aku list kan ikut kesukaan aku;-


1) King Julien : memang kelakarlah bila dengar loghat Indian dia tu.. Selalu perasan dia tu raja & boleh buat sesuatu yang related dengan Tuhan. Contohnya dalam Madagascar 2 : Escape 2 Afrika di mana King Julien mencadangkan binatang tu sediakan sacrifice kepada tuhan (gunung berapi) untuk kembalikan air di tanah Afrika..padahal sebenarnya air yang sepatutnya mengalir masuk sudah disekat & nasib baiklah geng Alex yang pecahkan empangan tu..Tapi mati-mati King Julien ni cakap yang pengorbanan dia diterima Tuhan so that's why air tu datang balik..Memang seorang yang berkeyakinan tinggi!!


2) Melman : aku suka juga sebab dia ni jenis yang lurus bendul..Tapi sangat baik hati..Melman ni rupanya menaruh hati pada Gloria si badak sumbu tu..Selalunya apa sahaja yang dia buat hanya untuk gembirakan hati Gloria..sweet kan?


3) The Penguins : Skipper, Kowalski, Private & Rico..Diorang ni penyeri Madagascar juga..Kalau tak, takkanlah sampai ada siri kartun sendiri..


4) Mason and Phil : Dalam Madagascar 2 : Escape 2 Africa, diorang yang bertanggung jawab membaiki kapal terbang yang dinaiki oleh team Alex..tapi last-last semua mogok sebabnya nak dapatkan kes cuti bersalin punya pasal..Siap ugut Skipper dengan gambar Skipper tengah berdating dengan patung Hawai tu lagi..Bijak!! Bijak!!


5) Marty : best friend si Alex. Mulut memang becok & tak pernah berhenti bercakap.


6) Alex atau Alakay : memang kesukaan aku juga & anak-anak aku. Mempunyai kepakaran dalam membuat tarian mimik muka & sangat-sangat terkenal d Central Park Zoo New York.

Pendek kata, semua watak dalam Madagascar aku suka!! Seriously aku teruja untuk menonton Madagascar 3 : Europe's Most Wanted!! Nuffnang, silalah berikan tiket percuma kepada daku!! please..please..please:)


Mesti semua tertanya-tanya apa pula pengalaman mereka kali ni..

Korang boleh tengok trailer kat bawah ni; Agak-agak siapa watak kegemaran korang??

Pada Nuffnangers yang berminat untuk sama-sama menyaksikan Madagascar 3 : Europe's Most Wanted, bolehlah buat entry yang bertajuk "My Favourite Animal Pal in Madagascar 3 : Europe's Most Wanted & submit di sini sebelum 31/05/2012.

Owh, aku harap aku juga tidak terlambat untuk menyertainya!!!

3 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

good luck zaila. madagascar meme best pong..tamboh 2penguins 4 ekor tu ehehe

Zaila Mohamad berkata...

yatie,

hahaha..sajo try, mana tahu buleh tiket free..buleh bawok budak2 ni tengok..mesti Haziq & Husna suka tu!

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

trailer dia jer org dah gelak2 ;-)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^