Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 25 Mei 2012

Masa Terbaik Untuk Beli Emas





semua gambar aku ambil dari 916 Jewelleries (sila like fanpage nya)

Apa-apa pon..bagi salam dulu pembuka bicara;

Assalamu'alaikum,

Nah! ambik tisu ni buat lap ailio yang menjejes tu..Haaaa ada sape-sape tak yang tak terliur?? Tahniah!! Ilmu pendinding anda memang tebal!! Macam aku ni, sekali tengok terus nak beli nak tengok lagi & lagi..Memang tipikal orang pompuan Kelate:P

Kat atas ni design semua moden-moden & terkini (pada mata akulah) tapi jenis macam ni ringan je (tak padu). So sesuailah untuk digayakan ke majlis-majlis formal atau hari raya..kalau nak buat pakai harian..herm rasa macam hover eh! bukan rasa macam jangok (melawa) sangatlah pulak kan?? Tapi kalau beli bukan untuk pakai baik takyah beli terus kan?? Hehehe..bukan apa, design macam ni rasa macam nak buat kerja rumah pon susah sebab takut tersangkut kat mana-mana..Betul tak??

Eh! tajuk macam nak bincangkan masa terbaik untuk beli emas, tapi aku dok mengarut tah ape-ape..Oklah, macam biasalah..tajuk aku memang bikin gempak..Aku bukan reti pon pasal pasaran emas ni cuma yang aku tahu sekarang ni emas tengah turun harga..Turun harga pon bukannya mendadak sampai boleh beli macam beli ikan di pasar nun, turun harga dalam erti kata lain; kalau tahun lepas berat sekian-sekian dapat harga RM5k tapi tahun ni berat yang sama mungkin dapat harga RM3k ~ RM4k. Ini contoh sahaja..Tengoklah apa benda yang korang berkenan kan..Lagi berat timbangan, confirm lagi mahal..takkan lagi murah kot:P

Thanks pada Farah & Kak KV yang telah berjaya buat aku tak tidur malam..HAHAHA mula-mula Farahlah yang bercerita harga emas tengah murah, orang Klate meme beli emas pakai cash je uolss, bawak duit bergulung-gulung ikat dengan getah. Agaknya duit simpanan hasil tabungan bawah bantal kot:P Eh bukan ratus-ratus tau tapi ribu-ribu..Tapi kalau kat sini (bandar) jangan di amalkan..tak selamat!

Sambung lagi..Nampak pula kak KV tayang gelang raya di blognya..lagilah aku takleh duduk..Isy murah sangat ke emas sekarang ni?? Terus call Kak Moh tukang emas faveret aku..A'a..emas tengah murah loni tapi bila aku tanya gelang kesukaan harga cecah RM4k *pengsan* Ku ingatkan murah tu cecahlah ratus-ratus ke ape, rupanya beza seribu sahaja dari tahun lepas..howk alloh..Dok mampu jugak nak belinyaaa

So pada sesiapa yang tengah berduit sekarang ni..mohler g beli emas sementara masih murah ni..Jangan tunggu raya sebab nanti konpem-konpem emas akan naik harga..Kalau dapat duit bonus raya tu baik simpan dulu *tupon kalau tak tergoda dengan godaan lain* & elok je kena time emas turun harga...apa lagi..sambarlah selaluh! Buat macam beli ikan di pasar..pilih-pilih bayar sajork:P

Oklah..beli beli juga..tapi zakat emas jangan dilupa..nanti barulah berkat harta benda kita..Eleh, yang bercakap ni pon tak bayar pon zakat emas sebab masih tak cukup haul (syarat)..hikhik

Pada pendapat koranglah..bagus ke tak budaya membeli barang kemas ni?? selamat ke tak selamat untuk dipakai di zaman sekarang?

7 ulasan:

mummY daniSha berkata...

bagusla tuk utk pelaburan..kalau x salah,islam un galakkan pelaburan islam..tp kena ikut cara islamla heee

FaRah Baharom berkata...

mampu tengok ajela..huhu

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

wauuuuuuuuuuuu emas kelantan ker zai ??

Mag berkata...

huuu..comei..farah beli hok padu sebab nk wak paka hari2..kecik tuet jah..tapi 4 k jugok..T_T keney hok besar lagi tapi xpitissss..kah kah..kalu kito xdop hal kuk paka mah..ore xnapok..geley telindung ko baju..rata telindung ko tudung..kalu ore seksi meksi xleh paka la..nyo teliur kokre

Papa-NtiQ berkata...

Hi Zaila...demo orghe klate ko?...kawe pong hehe...dok kat pade bongor jale kale cepo....lamo doh pindoh johor 20 thn lepah....
senang2 tu singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal review tempat2 makan menarik yg saya pegi.
Zaila jgn lupa register dan follow blog saya ok timo kasih la wey...maghi la JB nih banyok tepak make beh sinih pahtu gi lah jale kat singapore universal studio hehe

Zaila Mohamad berkata...

mummy danisha,

ituler..kalau buat pelaburan bagus juga..mak akak selalu nasihatkan supaya beli emas sebab boleh jual bila time emas naik harga..hehehe

Farah,

lap ailio tu:P

Diana,

A'a..aku ambil kat facebook emas 916..cantik cantik kan:)

mrs spicy,

kak ila haritu cair gele masa jame buje pah tambah duit sket bulehlah buat hak padu..ni nak beli hak ringan2 je (padohal xdok fulus)..hehehe

Papa N-tiQ,

hom..ambo oghe Beris, Bachok..insya Allah ada masa kawe g blog demo..loni pantang sket masuk blog ada gambar makanan..buke gapo..takut terliur..hahaha

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

suka sgt brg kemas ni. tapi skrg mcm x berani nak pakai sgt. pakai emas putih je belasahan hari2. time beraya je la lip lap lip :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^