Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 26 November 2012

Durian Crepe Sedap!

Assalamualaikum,

Hari ini lewat sket update..Bangun pagi tadi lega sebab hari ni Haziq dah start cuti sekolah so setiap hari bolehlah bangun lambat sikit dari biasa :P Tapi pagi tadi takde maknanya nak bangun lambat, celik je mata, berbakul-bakul baju kotor menunggu giliran untuk dibasuh memandangkan hujung minggu adalah hari TUTUP DOBI..hehe

Semalam kami ke Bentong untuk mandi-manda di Air Terjun Chamang. Tak tahu pula ada air terjun kat situ. Tempatnya memang mendamaikan dengan bunyi air terjun tapi air sungai tu bleh tahan juga laju, sangat tak sesuai untuk kanak-kanak mandi tanpa pengawasan ibubapa. Nanti aku update gambar-gambar pemandangan kat sana..Semalam lupa pula nak snap gambar banyak-banyak:P

Tujuan lain kami ke sana juga tak lain tak bukan adalah untuk kenduri durian..Al-maklumlah kat sana memang banyak sangat durian. Sepanjang jalan tu penuh dengan orang jual durian. Musang King, D24, durian kampung, you name it..semua ada! Harga pon tidaklah secekik darah harga di KL & yang penting isi adalah super sedap! Betul..aku tak tipu..Memang puas hati sangat-sangat dapat makan durian sampai rasa nak muntah:P Terima kasih kepada Kakak ipar aku yang sponsor kami makan durian sempena meraikan anak sulungnya yang berjaya mendapat 5A UPSR yang lepas:)


Semua jenis durian & manggis pon ada!

Sebenarnya semalam kami semua bawa potluck; ada pulut durian, pecal (ke pecar eh?), rendang ayam & nasi impit, ketupat sotong, cokodok, laksam & laksa Klate & yours truly buat mee goreng (yang dipanggil mee greng lori kicap terbalik oleh adik beradik en suami) Cet! Memang kami suka mengenakan antara satu sama lain so no hal punya, takde nak kecik-kecik hati sebab semua orang pon ada gelaran & peranan masing-masing:P

Tapi yang paling best sekali adalah makan durian crepe di tengah-tengah hutan belantara..Ko pernah?? HAHAHA

Actually kakak ipar aku yang buat crepe siap-siap & filling tu then bawa ke sini. Lepas tu diambil isi durian Musang King ke durian apa tapi yang pasti aku rasa inilah yang membuatkan durian crepe ni sedap. Diperbuat dari bahan-bahan yang bermutu tinggi..cewah! Kalau beli kat kedai, belum tentu sedap tau:P


Kalau sudah Masterchep, campaklah kat mana-mana pon memang akan boleh menyediakan sajian yang terhebat & tersedap! ko boleh?? HAHAHA

Betullah kata orang, durian crepe ni sedap dimakan jika disimpan di dalam peti sejuk. Tapi habislah berbau satu peti dengan bau durian..huhuhu

Jangan lupa untuk hulurkan sumbangan kita bagi membantu umat Islam di Palestin dengan cara :

taip : PALESTIN 10 / 5 / 3 / 1 (<< NILAI RM )
hantar ke 39111

SUMBANGAN ANDA AMAT DI HARGAI.. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS KEBAIKAN ANDA. INSYAALLAH.. AMIN..

*** Others :-

sumbangan melalui e-banking :-

Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam (M) Berhad: 1202-9010-0598-95 

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

7 ulasan:

Fiza Rahman berkata...

Sedapnya. Aku hantu doyan.

NrlAidaHml berkata...

Wahh banyaknya durian..heaven kalo dpt mkn bnyk2 ni kan...tp bile preggy terpaksa berhati2 jugak..sbb org kata klo mkn durian bnyk sgt bleh ter beranak awal..hehehe..tak tau la betul ke tak..

CeqGu berkata...

bilo la nak menjadi durian crepe kat rumoh ni...duriye bli doh...nok buat jer malas

Iela Fazielah berkata...

wah..buat durian crepe sendiri tu... bestnyer gather sama2 kan

kasihredha berkata...

Tahniah Unk anak sedara yg dpt 5A.
Wahhhh musim crepe durian loni kae

Eliss berkata...

eliss suka btol durian dan manggis. hr ni nak beli durian, nak mkn pulut durian..haishhh..x sabrrrr

Zaila Mohamad berkata...

Fiza,

aku suka juga tapi takderlah nak makan selalu..dughian kan panas:P

MommyAida,

akak makan seulas dua, errr ke 3,4,5 ulas eh..tapi yang pasti beringat jugalah..

CeqGu,

jange malas2..rugi kalu tak try buat

Iela,

kakak ipar je yang buat..aku xpandai pon buat..HAHAHA

kak Kasihredha,

thanks..tahun ni 2 orang dapat 5A..meme pon..rata2 dok cerita pasal durian crepe

Eliss,

ibu mengandung jange make banyak sangat derian weh

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^