Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 13 November 2013

Diari Suri Bekerja Dari Rumah : Review Mesin Basuh Pilihan Kediaman Kami


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, akhirnya penderitaan telah berakhir *hover je ahkak sorang ni* bilamana en suami telah membelikan satu lagi robot yang amat berguna di dalam kehidupan seorang surirumah macam aku ni. Bolehlah aku kongsikan beberapa review tentang pilihan kami (err sebenarnya en suami yang pilih memandangkan dia yang bayar, sebagai isteri redhokan aje walau dalam hati mahukan jenama Samsung)

Baiklah, buat pengetahuan semua kami memilih jenama Hitachi yang muatan atas 11 kg. Kenapa memilih jenama Hitachi? Ini adalah antara penyebabnya :

1) Harga : perkara pertama yang kami (sebenarnya en suami) setkan dalam minda adalah untuk membeli secara tunai dalam lingkungan harga RM1,000 - RM1,500 kerana kalau boleh kami tidak mahu menanggung beban hutang hanya dengan membeli perkakasan elektrik. Setelah diberitahu akan budget harganya, jurujual terus memberikan pilihan jenama Samsung dan Hitachi. Jurujual tersebut memberitahu ramai kaum cina membeli jenama Hitachi kerana katanya kaum cina agak cerewet dalam membeli perkakas elektrik? Betulkah? Jadi kami pun konon-kononlah nak tiru mereka supaya kami pun akan kaya macam mereka. HAHAHA *gurau aje ok*

2) Fungsinya yang menarik iaitu mempunyai dram yang besar berbanding Samsung punya agak kecil (walaupun kapasiti muatan sama iaitu 11 kg). Selain itu, aku juga tertarik dengan sistem penapisan habuk dua cara iaitu yang menggunakan kain yang nipis dan juga sistem penapisan habuk yang selalu ada dalam setiap mesin basuh yang lain. Jadi kelebihannya adalah mempunyai 2 sistem penapisan habuk :)
Satu lagi fungsi mesin basuh ini yang sangat menarik adalah apabila siap kain tidak bergumpal-gumpal seperti selalu. Memang senang untuk menarik kain dan menyidainya juga. Oh satu lagi, di mesin ini terdapat satu alat yang boleh kita memastikan keadaan mesin basuh stabil atau tidak di mana ada bebola di dalam cecair dan jika bebola itu berada betul-betul di tengah bulatan yang ditetapkan bermakna mesin basuh itu berada di dalam keadaan stabil (tidak senget).

Agaknya itu sahaja kebaikan yang aku nampak setakat ini. Maklumlah baru aje menggunakannya tak sampai sebulan pun lagi. Untuk jenama ini tempoh waranti adalah setahun di kedai (kami beli di Sen Heng) dan en suami menambah 2 tahun lagi tambahan waranti pada harga RM100 (kalau tak silaplah) untuk menjadikan tempoh waranti lebih panjang, bukan apa, jika berlaku kerosakan dalam tempoh ini, pihak Sen Heng akan datang mengambil dan menghantarnya ke gudang secara percuma.

Pada yang bertanya kenapa tidak membeli mesin basuh muatan depan jenama Samsung Eco Bubble, sudah tentulah kerana harganya yang mahal dan mesin ini juga tidak sesuai untuk kediaman kami yang agak sempit di bahagian belakang rumah. En suami cakap orang kaya aje boleh pakai mesin basuh muatan depan tu sebab nak masukkan kain pun dah susah sebab tertonggeng-tonggeng depan mesin, sudah pastilah bukan majikan yang buat, bibik yang kena buat kan! HAHAHA Lawak juga suami aku ni ya:P

Oklah, itu sahaja perkongsian dari aku. Sebagai seorang surirumah, peralatan seperti mesin basuh memang menjadi alat bantuan penting bagi kami. Aku pernah merasai 2 minggu tanpa mesin basuh, cukup-cukup menyakitkan pinggang dan jiwa tapi bagus juga dalam melatih hati ini untuk sentiasa bersyukur dan mengenang kembali jasa mak kita. Alhamdulillah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan?
Sekarang ini sekali basuh aje dah siap sebab muatan 11 kg, siapa yang tak gembira. Isteri gembira, anak-anak gembira rumahtangga pun gembira sama:)

Kelas asas blog & fanpage masih lagi menerima pelajar. Daftar sekarang supaya kita juga boleh membina platform/tapak yang kukuh sebelum berhenti kerja.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

7 ulasan:

NrlAidaHml berkata...

muahaha..Review yang bagus kak!aida pon baru je beli mesin basuh Samsung..best jugak!yang penting awal2 dah boleh letak Softlan siap2..tak pyh hujung2 kelam kabut baru nak letak..hihih

ratukissdaniella berkata...

harga????? 1000.00??? ke up lgi?? kte pn ngah plan nk beli mesin bru 11kg jgk ni...

Zaila Mohamad berkata...

~MommyAqilMedina~

mesin Hitachi ni pon boleh masukkan terus softlannya cuma akak je yang tak masuk2 sebab malas..haha

ratukissdaniella

harganya adalah RM1300+

Tanpa Nama berkata...

hai..
baru beli msin ni tapi taktahu nak guna pulak..dh baca bku pnduan pon still tak faham . boleh tolong explain step2 awk selalu cuci gne mesin ni tak (dari A-Z nk tekan apa)hehe tQ

Tanpa Nama berkata...

tgh survey mesin basuh...
Mesin basuh hitachi yg en suami akak beli tu ok x... mcm berminat jer... thanks for sharing...

Zaila Mohamad berkata...

Anom,

ok sangat-sangat..setakat ini saya guna tiada masalah lagi. cuma jangan masukkan banyak sangat nanti cucian tak bersih

Tanpa Nama berkata...

SALAM...

Tolong tnya utk isteri...basuh comforter/selimut atau toto ok tak??

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^