Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Ahad, 17 November 2013

Pra-Percutian Cuti Sekolah 2013 & Apa Aktiviti Cuti Sekolah Anda?


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, dapat juga bercuti bersama anak-anak. Walaupun sebenarnya ini adalah satu percutian yang tidak dirancang. Betullah Allah sebaik-baik perancang. Hari ini sepatutnya en suami ke luar lagi atas urusan kerja tapi tiba-tiba terpaksa ditunda atas masalah yang tak dapat dielakkan. Sepatutnya aku ke sini bersama dengan adik ipar kerana esoknya ada konsert sekolah Husna tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, konsert itu juga telah ditunda ke minggu hadapan. Maka, dapatlah kami berehat bersama-sama. Walaupun hanya ke Putrajaya, tetapi kegembiraan yang jelas terpampang di muka anak-anak memang tiada nilainya:)

Oh, untuk dua hari ini aku bersiaran di Palm Garden IOI Resort, Putrajaya. Nantikan review mengenai hotel ini di blog aku ya! Setakat ini semuanya bagus-bagus sahaja.

Selamat bercuti sekolah bagi anak-anak semua! Sudah pasti pening kepala ibubapa mahu sediakan jadual aktiviti untuk anak-anak kan? Bagi anak-anak yang kecil masih tidak mengapa, tapi bagi anak-anak yang besar sudah tentulah kena dipenuhi dengan aktiviti supaya mereka tidak membuang masa dengan makan dan tidur sahaja! Ok, di sini aku cadangkan beberapa aktiviti yang boleh dibuat bersama anak-anak sempena cuti sekolah ini :

1) Menghantar anak-anak ke kem motivasi : ada banyak tempat yang menganjurkannya. Sekolah Haziq juga ada buat SMART Camp untuk pelajar yang berminat pada harga bayaran RM90 untuk sebulan. Ada banyak juga aktiviti yang sangat bagus untuk mereka seperti menghafal surah, belajar ilmu agama. Tapi aku tak daftarkan lagi Haziq kerana memikirkan kami yang akan bercuti nanti. Mungkin juga boleh menghantar ke program surau-surau seperti Kem Solat atau aktiviti hujung minggu yang sesuai untuk anak-anak.

2) Mengajak anak-anak mengemas rumah : Haaaa, ini yang aku tunggu-tunggu. Waktu cuti sekolah ini maknanya anak-anak akan sentiasa ada di rumah, jadi bolehlah merancang untuk menghias bilik mereka. Lakukan secara berperingkat atau tetapkan misi seperti minggu pertama siapkan bilik tidur anak lelaki, minggu kedua siapkan bilik membaca, dan begitulah seterusnya. Jadi takderlah mereka rasa terbeban atau penat sangat.

3) Menghantar anak-anak pulang ke kampong halaman kita. Sesekali biarkan mereka merasai kehidupan kampong sebagaimana kita lalui dulu. Biarkan mereka bergaul bersama dengan datuk dan nenek mereka. Hermmm, cadangan ini tak berapa sesuai untuk diri aku kerana anak-anak aku ni masih belum boleh berpisah bantal dengan mama mereka. Nak pergi tandas pun punyalah penakut! HAHAHA

4) Membuat atau memasak makanan kesukaan anak-anak : Ini memang sudah pasti aktiviti harian aku memandangkan mereka ini memang kuat makan. Jadi, apa kata sediakan satu hari untuk mengajak mereka melibatkan diri di dapur. Mungkin menyediakan kek cawan, burger atau sekadar membuat roti sandwich dengan pilihan inti kesukaan mereka. Insya Allah aktiviti ini boleh melatih mereka supaya rajin berada di dapur.

5) Membawa mereka bercuti : Iya, cuti sekolah yang panjang hanya datang setahun sekali, jadi gunakan peluang dan rancanglah sebuah percutian sebaiknya. Bagi yang mempunyai duit yang lebih, bolehlah merancang bercuti ke luar Negara tetapi sekiranya factor kewangan agak terhad, mungkin boleh bercuti di dalam Negara sahaja. Sebenarnya ada banyak juga tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi dan boleh dirancang mengikut budget yang ada. Yang penting, anak-anak gembira;)

Ok, itu sahaja idea-idea mengenai aktiviti sempena cuti sekolah yang boleh dilakukan. Kalau ada idea lain, boleh kongsikan juga di sini. Mana tahu, boleh aku cuba juga:)

Kelas asas blog & fanpage masih lagi menerima pelajar. Daftar sekarang supaya kita juga boleh membina platform/tapak yang kukuh sebelum berhenti kerja.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

1 ulasan:

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...

selamat bercuti zaila..kitorng takde plan lagi utk cuti sekolah ni..silap2 naik skolah baru gatal nk berjalan..nasiblah zara still tadika lagi kan tkrasa bersalah sgt nk ponteng..hakhakhak

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^