Salam Maal Hijrah buat semua pembaca blog ini. Alhamdulillah, sekejap sahaja setahun sudah berlalu kan? Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya dan semoga kita pun sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik.
Ok, ini nak cerita kejadian Sabtu lepas, biasalah aku hari Jumaat lagi siap-siap whats app dekat en suami tanyakan jadual hujung minggunya. Selalunya kalau en suami tidak keluar bekerja dia akan menjadi pemandu setia aku bagi menghantar aku dan membawa aku mendapatkan barangan:)
Jadi awal-awal lagi aku dah bagitahu yang aku mahu ke Ikea pada hari Sabtu. Kalau hari minggu nak keluar ke Ikea memang mencabar sedikit jadi kena buat persediaan awal-awal lagi, kena kejutkan anak-anak dan suruh mereka mandi kerana mahu keluar rumah seawal mungkin. Tapi kalau dah namanya "rakyat ramai" kami keluar rumah pukul 10 pagi juga dan sempat singgah makan sarapan merangkap tengahari di Restoran Kayu Nasi Kandar, satu-satunya kedai mamak yang aku suka masuk. Hihihi
Selepas itu terus ke Ikea dengan perut yang kenyang :) Taaapiiiii ya Allah sebelum masuk parking Ikea awal-awal lagi pakcik Jaga di Ikea tu sudah tutup pintu masuk dengan kon sebab parking sudah penuh. Nasib baik en suami berhentikan kereta betul-betul depan kon tu jadinya setelah menunggu beberapa minit pintu parking dibuka semula. Berlumba-lumba setiap kereta masuk dan mencari parking. Selalunya kami memang kurang bernasib baik kerana selalu aje terlepas pandang parking yang kosong atau orang yang mahu keluar. Jadinya en suami menyuruh aku dan anak-anak pergi masuk dahulu sementara dia menunggu untuk mendapatkan parking.
Kami menunggu en suami di bahagian sofa, sempat mengambil gambar gelagat anak-anak bila masuk Ikea.
Ramainya manusia dalam Ikea, ingatkan hari cuti sempena perayaan Deepavali ramai yang pulang beraya ke kampung tapi rupa-rupanya orang kampung yang datang beraya di sini. Eh! bukan beraya tapi mungkin mereka datang untuk menyaksikan perlawanan bola antara Kelantan menentang Pahang semalam. Memang ramai sungguh "oghe kapung ambo" di Ikea tu :)
Sebenarnya en suami ni bukannya suka sangat pergi Ikea, kalau bini dia mengajak sebolehnya tak mahu sebab nanti kena keluarkan duit dia tapi kali ini aku yang ajak dan kena lah keluarkan duit sendiri untuk beli barang idaman hati. Kalau tak, memang konfemlah orang tu tak mahu bayar :P
Biasalah kalau suri macam aku ni, ada nafsu kan, sesekali mahu juga ceriakan rumah. Kadang-kadang tertekan jiwa dan raga juga bila keadaan rumah yang serabut tu. Tambah-tambah bila anak-anak semua pakat bekerjasama menyepahkan rumah atau bila barang berterabur atas lantai. Jadi, aku semat dalam hati yang aku nak beli apa yang aku inginkan untuk kesenangan diri aku juga. Maklumlah kan, kita yang hari-hari nak mengadap dan mengemas rumah jadi kenalah fikirkan cara juga untuk memudahkan diri sendiri :)
Beli bunga plastik dari Ikea untuk ceriakan meja makan. Bunga hidup tak sesuai dengan jiwa aku sebab sekejap je hidup lepas tu mesti mati kekeringan atau dikerjakan oleh Ashraf
Ini salah satu punca kenapa aku ke Ikea; mahu mencari tempat simpanan barang. Konon-konon nak buat mini pantri atau ruangan storan untuk barangan rumah. Boleh baca entri ini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2011/11/bilik-stor.html
Alhamdulillah tercapai juga hasrat mahu beli kabinet storan di Ikea ni. Yang dalam gambar di atas adalah GORM shelving unit yang berharga RM99 satu. Bolehlah buat tempat letak/isikan barang-barang ringan.
Ini pula kaunter baru aku wujudkan di dapur untuk anak-anak khasnya. Kalau lapar bolehlah singgah sekejap buat roti jem ke, makan kek pisang ke..Padahal mama diorang yang lebih-lebih singgah makan. Hai, macamanalah nak kurus ya?
Ada satu lagi projek sedang diusahakan tapi kena tunggu esoklahs ebab esok cuti. Nanti menjadi tugas en suami lah yang tukang pasangnya. Nak tahu apa dia? Nanti aku kongsikan dalam entri yang akan datang :)
Alhamdulillah, walaupun tidak ada gaji tapi berkat bekerja sendiri ada juga duit untuk melunaskan nafsu membeli-belah aku ni. Istilah bahagia seorang suri berbeza dengan suri yang bekerja pejabat, kalau dulu aku suka menghabiskan duit membeli baju, alat solek, henbeg tetapi sejak menjadi surirumah ini aku lebih suka menghabiskan duit membeli apa juga benda yang menyenangkan tugas aku.
Bagi mereka khususnya kaum suri yang mahu mencari pendapatan sampingan dengan berniaga secara online, boleh ikuti kelas asas blog & fanpage di bawah kelolaanku. Sekiranya tiada produk, kami akan bekalkan produk dan boleh jadi ejen dropship barangan kami.
Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html
Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah
Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad
1 ulasan:
Tapi cuma Hari cuti le baru akak ada Masa nak ke sana...
Aduhaiiii ramainya org Kannn
Nak mkn meatballs pun Kena queue pjg huhu
Catat Ulasan